Ramai blogger pening kepala untuk menulis artikel bagi blog mereka. Sebenarnya anda bukan tidak ada bakat menulis atau tiada masa atau kekeringan idea. Itu semua hanyalah mitos semata-mata. Di sini saya nak share maklumat yang tak seberapa tapi dapat membantu bagaimana teknik nak update blog.

Terdapat dua jenis artikel (post) iaitu:

1. Topik yang terfikir secara spontan

2. Tajuk yang telah dirancang

Untuk mendapat idea yang spontan, ia tidak selalu berlaku. Maka, sebab itu ramai blogger ‘kekeringan idea’ kerana lebih berharap kepada idea yang spontan dan tiba-tiba.

Jadi, untuk membolehkan anda sentiasa menulis pelbagai artikel tanpa sebarang masalah, anda perlu merancang dari awal.

Contohnya, rancanglah lima hingga sepuluh tajuk artikel yang akan diterbitkan secara berkala. Tidak semestinya berlainan tajuk atau topik kerana anda juga boleh menulis dalam bentuk bersiri.

Dengan merancang lebih awal, maka anda sudah tidak ada masalah untuk memikir-mikir apa yang mahu ditulis. Malah, penulisan anda di blog akan lebih konsisten dan tidak terkeluar daripada topik utama. Sebaliknya, apabila sudah tahu tajuknya, maka anda hanya perlu mencari dan memikirkan isinya sahaja.

Luangkanlah sedikit masa untuk merancang bagi penulisan di blog anda. Saya yakin, masalah kekeringan idea tidak akan berlaku lagi.