Pelajar 6 Bawah SMKTPG, JOHAN Pertandingan Pidato Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Prauniversiti Peringkat Daerah Kuala Langat 2009
Nama Produk | JAKET EKSEKUTIF BMW (Black & Navy Blue) |
---|---|
Harga | RM70.00 |
Saiz | S-5XL |
Keterangan Produk | Boleh tambah embroidery @ sulam logo dan nama. Agen dialu-alukan dengan pembelian pada harga borong. Tapi kuantiti mesti 12 pcs ke atas. |
Stok | Make to order |
Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.
Menteri pelajaran juga berkata laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003.
"Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Menurut Bernama, beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
"Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya dalam sidang media khas mengumumkan pembatalan dasar tersebut mulai 2012.
Tambahnya, berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda masing-masing di SJK Cina dan SJK Tamil.
Kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa ia tidak dapat diteruskan seperti dihasratkan, lapor agensi berita itu lagi.
"Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," Muhyiddin dipetik berkata.
Menurutnya lagi, pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.
"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik," katanya.
Selain itu, tambah Muhyiddin, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap kepetahan.
Katanya, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.
"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus," katanya seperti dilaporkan.
Sumber: http://www.malaysiakini.com/
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.
"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.
GMP merupakan gabungan badan-badan bahasa, NGO dan parti-parti politik yang ditubuhkan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003.
Melalui GMP, isu PPSMI juga turut dibangkit dalam kempen beberapa pilihanraya kecil yang diadakan sejak awal tahun ini.
Hassan mengucapkan syabas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, yang menteri pelajaran, kerana "berani membuat keputusan yang benar" demi kebaikan masa depan rakyat.
Katanya, PPSMI merupakan satu dasar yang salah dan menyusahkan rakyat serta membazirkan wang untuk kembali kepada dasar asalnya.
"Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI," katanya ketika diminta mengulas pengumuman Muhyiddin hari ini.
Hassan berkata, GMP memberi sokongan penuh kepada beliau sehingga proses seterusnya sehingga 2012.
Berikutan itu, katanya, GMP akan bermesyuarat dalam masa terdekat sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemansuhan PPSMI.
Daulat bahasa Melayu
Ditanya sama ada pemansuhan itu lebih baik dilaksanakan secara serta-merta, Hassan berkata:
"Tak usahlah, tak payah begitu. Kita dah enam, tujuh tahun (dalam dasar itu), sekarang sudah kembali sepenuhnya seperti dahulu.
"Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama.
"Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua," tambahnya.
Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menyambut baik keputusan kerajaan itu.
"Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat," kata badan itu dalam satu kenyataan.
NGO itu juga berpendapat bahawa keputusan tersebut bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui bahasa kebangsaan.
Kemaskini 5.05pm Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.
Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.
Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.
Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.
Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.
Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.
"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.
Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.
Rentetan pelaksanaan PPSMI
Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah
Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah
Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah
Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.
Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.
Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."
Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.
Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."
Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.
"Dashboard" adalah bahagian induk di mana ia mengolah dan memaparkan informasi yang mudah dibaca. Blogger Dashboard anda bertindak sebagai panel kawalan induk untuk menguruskan blog.
Sebaik sahaja anda mendaftar masuk ke dalam Blogger anda akan terus di bawa ke muka panel kawalan Dashboard di mana dari sini anda boleh mengakses semua blog-blog dan profil anda serta membaca sebarang berita baru mengenai blog, blog yang terkini diselenggara.
Untuk dashboard terbaru sila log masuk ke dalam dashboard blogger melalui "Blogger in Draft" di alamat http://draft.blogger.com/.
Masukkan email atau user name dan kata laluan blogger anda seperti contoh berikut:
Selepas log masuk cek kotak Make Blogger In Draft may default blogger. Setiap kali anda log masuk kedalam blogger dashboard terbaru ini akan digunakan. Lihat contoh berikut:
| 0 comments »
Klik gambar untuk lihat lebih jelas.
Langkah pertama. Sila buka laman web Google Blogger. Anda akan dapati laman dengan gambar seperti di atas. Klik anak panah warna merah "CREATE YOUR BLOG NOW" untuk langkah seterusnya.
Klik gambar untuk lihat lebih jelas.
Langkah Kedua. Anda akan lihat paparan muka "Create a Google Account" seperti dalam gambar di stas. Untuk mendaftar sila isi semua ruangan yang disediakan:-
- Email Address (must already exist): Tuliskan alamat email yang anda guna sekarang kerana Google akan menghantar email pengesahan kepada anda sebaik sahaja anda telah mendaftar
- Retype Email Address: Taip sekali lagi alamat email yang sama seperti di atas.
- Enter a Password: Masukkan kata laluan anda di sini sekurang-kurangnya 8 aksara, dan simpan serta ingatkan untuk setiap kali mendaftar masuk ke Google Blogger.
- Retype Password: Taip kata laluan di atas sekali lagi untuk pengesahan.
- Dispaly Name: Taip nama anda (tidak semestinya nama sebenar). Nama ini akan dipaparkan dalam blog anda nanti.
- Word Verification: Sila taip huruf-huruf warna merah yang Google sediakan disitu dengan betul dan tepat, sekiranya anda tersalah taip Google akan membuka paparan ini semula sehingga ditaip dengan betul.
Setelah selesai dan anda yakin semua maklumat yang ditaip adalah betul sila klik panah "CONTINUE" untuk langkah seterusnya. Jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan Google akan memaparkan semula paparan muka ini untuk anda betulkan sebarang kesilapan.
Klik gambar untuk lihat yang lebih jelas.
Langkah ketiga. Anda akan dibawa kepada paparan muka "Name Your Blog" seperti gambar di atas untuk menamakan blog anda. Ada tiga ruangan yang perlu diisi:-
- Blog Title. Isikan ruangan ini dengan tajuk (title) yang berkaitan dengan isi tulisan bakal ditulis dalam blog anda. Sebarang Tajuk. Tajuk ini akan dipaparkan nanti dalam 'dashboard' anda, dalam blog anda dan dalam profil anda.
- Blog Address (URL). Pilih nama yang sesuai dan masukkan nama blog anda dalam ruangan ini (http://NamaBlogAnda.blogspot.com). Alamat URL ini akan digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin membuka dan membaca blog anda, jadi anda kena catatkan alamat ini. Selepas menaip nama blog anda klik dulu "
Check Availability untuk menyemak nama yang anda taip belum digunakan oleh orang lain serta dibenar untuk digunakan. - Word Verification. Masukkan huruf-huruf yang sedia dipaparkan diatas itu dalam ruangan ini, sama dan tepat seperti huruf yang dipaparkan.
Klik gambar untuk lihat lebih jelas.
Langkah keempat. Memilih 'template' untuk blog anda. Dalam paparan muka ini ada disediakan gambar dua belas (12) jenis template dengan gambar contohnya, (lihat gambar di atas), skroll keatas dan kebawah untuk melihat semuanya dan pilih satu yang anda suka. Nama dua belas template tersebut adalah seperti berikut:-
- Minima
- Minima Black
- Dots
- Son of Moto
- No.897
- Scribe
- TicTac
- Thisaway Rose
- Snapshot
- Rounders 3
- Dots Dark
- Sand Dollar
Klik pada butang bulat gambar blog tersebut untuk memilih satu yang anda suka kemudian klik "CONTINUE" untuk langkah seterusnya.
Langkah kelima. Anda akan dibawa kepada paparan muka "Your blog has been created!" seperti dalam gambar di atas. Ini menunjukkan anda telah berjaya membuat satu blog untuk anda, jangan lupa catatkan alamat URL blog anda, ID pengguna dan kata laluan untuk akaun google blogger anda.
Klik pada panah "START BLOGGING" untuk langkah seterusnya.
Klik gambar untuk lihat lebih jelas.
Langkah keenam. Akhir anda telah berjaya sampai di sini, dimana dalam paparan bahagian ini anda akan menulis dalam ruang yang disediakan apa-apa sahaja cerita-cerita yang ingin anda tulis dan sampaikan kepada pembaca blog anda nanti. Sila beri tajuk artikel yang akan anda tulis dan masukkan dalam ruangan "Title:" di atasnya. Selesai menaip anda kena klik pada "PUBLISH POST" untuk dipaparkan dalam blog anda. Google akan 'save' pos anda selepas itu dan anda boleh klik pada "View Blog" untuk melihat rupa blog yang anda tulis. Sila baca artikel "Membuat Posting Dalam Blog" sebagai penerangan bagaiman menggunakan "setting" dalam bahagian ini.