JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27/10/2009 11:11am

KAMPAR: 19 pelajar terselamat manakala dua lagi masih hilang dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, runtuh, malam tadi, kata polis Perak.

Polis mengesahkan hanya tiga murid yang dihanyutkan air deras dalam kejadian jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan di Kampar.

Selain dua dilaporkan hilang, mayat seorang murid perempuan dikenal pasti sebagai Dina Deve a/p Nathan ditemui jam 8.40 pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam tadi, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha berkata, disahkan satu mayat sudah ditemui, manakala dua lagi masih hilang.

Katanya, beliau menafikan 22 pelajar hilang seperti laporan awal selepas pihak penganjur kem memberitahunya angka sebenar apabila kiraan terhadap setiap pelajar dilakukan.



BAGAIMANA JAMBATAN GANTUNG YANG BARU SEBULAN DIBINA BOLEH RUNTUH?

DR. ZAMBRY SEDANG MENINJAU KERJA-KERJA MENYELAMAT DI TEBING SUNGAI KAMPAR

TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG yang baru dibina runtuh di Kem berhampiran SK Kuala Dipang dekat Kampar amat menyedihkan kerana 22 pelajar terjatuh ke dalam Sungai Kampar dan dihanyutkan air deras. Sehingga jam 3.30 pagi ini, tidak ada tanda pelajar-pelajar Tahun 5 dan 6 yang sedang mengikuti Kem 1Malaysia itu ditemui.

Kejadian berlaku pada jam 10.40 malam tadi ketika pelajar-pelajar berkenaan menyeberang jambatan berkenaan untuk minum malam di SK Kuala Dipang yang terletak di seberang sungai tempat mereka mengadakan perkhemahan.

Ketika jambatan itu runtuh, seramai kira-kira 30 pelajar sedang berada di atas jambatan gantung itu, dan kesemuanya terhumban ke sungai. Hanya 7 pelajar yang terselamat sebaik kejadian kerana sempat berpaut di kabel jambatan, dan juga diselamatkan oleh guru dan petugas.

Tiang binaan di sebelah SK Kuala Dipang terbongkah yang menjadi punca jambatan itu runtuh, sementara binaan di sebelah kawasan perkhemahan masih kukuh.

Seramai 298 pelajar dari 60 buah sekolah kebangsaan sekitar Daerah Kinta Selatan mengambil bahagian dalam perkhemahan itu.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bergegas ke tempat kejadian dan menamatkan mesyuarat persiapan Sidang DUN Perak di kediamannya lebih awal. Beliau meninjau tempat kejadian dan mendapatkan laporan dari pihak polis, bomba dan pengendali perkhemahan.

Seramai lebih 100 anggota dari Pasukan Polis PGA dan Bomba berusaha keras untuk mencari mangsa.

Turut hadir dalam lawatan itu Timbalan Menteri yang juga Ahli Parlimen Tapah, Dato’ Saravanan, ADUN Chenderiang yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Adun Air Kuning yang juga Ketua Umno Bahagian Tapah, Dato’ Shamsuddin Abu Hassan, Ketua Umno Bahagian Kampar, Dato’ Radhi Manan, Exco Wanita yang juga Adun Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman, Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Dato’ Zainal Abidin Omar dan beberapa yang lain.

Di akhir lawatannya, Dr. Zambry yang kelihatan muram di sepanjang lawatannya itu, melahirkan rasa amat sedih dengan kejadian berkenaan dan telah mengarahkan supaya pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan jabatan-jabatan berkaitan membuat siasatan segera mengenai punca jambatan itu boleh runtuh. Beliau menyatakan rasa simpati kepada ibubapa di mana anak mereka terlibat dalam tragedi malang itu.

Kepada ibubapa yang anaknya masih dicari, saya melahirkan rasa simpati yang amat sangat. Terbayang wajah anak-anak saya di rumah. Semoga mereka selamat dan dapat dijumpai. InsyaAllah.

DR. ZAMBRY MENDENGAR TAKLIMAT TRAGEDI

DR. ZAMBRY MENDENGAR TAKLIMAT DARI PEGAWAI POLIS DAERAH

KERJA-KERJA MENCARI MANGSA DILAKUKAN LEBIH 100 ANGGOTA POLIS PGA DAN BOMBA

DR. ZAMBRY BERTEMU PELAJAR YANG BERKHEMAH

MB DAN SALAH SEORANG PELAJAR YANG TERSELAMAT

SALAH SEORANG DARI 7 PELAJAR YANG TERSELAMAT SETELAH TERHUMBAN KE SUNGAI

MB MENJAWAN SOALAN WARTAWAN DI TEMPAT TRAGEDI

DR. ZAMBRY MENDAPAT LAPORAN PIHAK BOMBA

SEBAHAGIAN PELAJAR YANG MENYERTAI KEM 1MALAYSIA DIBERIKAN TAKLIMAT OLEH GURU BERTUGAS

SEBAHAGIAN PELAJAR YANG MENYERTAI KEM

SEBAHAGIAN PELAJAR YANG MENYERTAI KEM

MB MELAWAT PELAJAR DI KEM

MB MELIHAT JACKET KESELAMATAN YANG TERDAPAT DI KEM ITU

SEBAHAGIAN WARTAWAN DAN JURUGAMBAR

PEMANTAUAN KERJA-KERJA MENCARI DAN MENYELAMAT

BINAAN JAMBATAN DI SEBELAH TEMPAT PERKHEMAHAN

Dipetik dari blog YB Ahmad Khusairi

27/10/2009 10:21am

KAMPAR 27 Okt. - Seorang lagi mangsa yang terselamat, Nurul Sabrina Mohd. Sobri, 12, memberitahu, terdapat kira-kira 53 pelajar atas jambatan semasa ia runtuh.

Menurut pelajar Sekolah Kebangsaan Tronoh itu, dia cepat-cepat melarikan diri ketika terasa jambatan itu hendak runtuh.

"Saya sempat lari ke darat sebelum jambatan runtuh. Seorang lagi kawan saya yang berada di tengah jambatan jatuh tetapi sempat diselamatkan oleh guru,” katanya. - Utusan

GOPENG: "Jambatan bergoyang-goyang kerana ada murid yang melompat dan bermain ketika kami melintas," kata seorang murid yang terselamat K Mathivanan, 12 menceritakan saat jambatan gantung yang runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang.

Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.

Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.


"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lalu bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.

Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

"Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.

Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid.

Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.

Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.

Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu.

Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lalu.

Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya.

Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter.

Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam. - Bernama

Tuesday, October 27, 2009

Tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang

GOPENG (26.10.09): Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.

Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba dan komando Vet69 yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi. Kelihatan juga Unit Amal PAS Malaysia turut memberikan bantuan ditempat kejadian.

Lebih kurang 22 orang murid masih belum dapat dikesan. Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana keadaan yang sangat gelap. Program malang tersebut melibatkan 296 lebih murid-murid sekolah.

Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.


Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.

Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai. Seramai 59 peserta yang melintasi titi itu walaubagaimanapun terselamat.Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.

3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah. Seramai 255 pelajar mengambil bahagian didalam program ini yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu,73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina. Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.

22 mangsa masih hilang setakat ini walaupun pencarian sepanjang 10km ia masih tidak menemui apa-apa. Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Program ini ialah dibawah anjuran PPD Kinta Selatan atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.

Keadaan Jambatan di Pusat Kegiatan Ko-Kurikulum
Kuala Dipang yang runtuh menyebabkan 20 peserta
program 1 Malaysia di kuatiri lemas jam 10.30 mlm tadi,
sehingga jam 5 pagi ini masih belum ada berita
mereka yang terselamat.

Beginilah keadaan jambatan yang runtuh.

Seorang peserta yang hayut tetapi terselamat setelah
berenang menyelamatkan diri, sedang ditemuramah
oleh para wartawan.

Berlaku sedikit kekecohan apabila ibu bapa tidak
dapat menerima akan berita kehilangan anak mereka

Kaum keluarga yang setia menunggu sehingga jam
5 pagi,untuk mengetahui keadaan anak mereka.

Sehingga kini, 22 orang murid masih hilang, 3 telah dijumpai manakala seorang disahkan mati.

Dipetik dpd:- http://ajijoi.blogspot.com/2009/10/tragedi-jambatan-runtuh-di-kuala-dipang.html


27/10/2009 3:30am

IPOH 26 Okt. - Seramai 22 pelajar dikhuatiri hilang dalam satu kejadian jambatan runtuh berhampiran sekolah Kuala Dipang, Tapah dekat sini malam ini.

Berita mengenai kejadian itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Datuk Shamsudin Abu Hassan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir malam ini.

Zambry dan para pegawainya kini dalam perjalanan ke tempat kejadian yang mengambil masa kira-kira sejam dari bandar raya ini.

Menurut sumber, para pelajar terbabit sedang berkhemah berhampiran tempat kejadian.– Utusan.

Dipetik dpd:-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm

SOALAN TRIAL GEOGRAFI SPM PAHANG 2009

Posted by Khai2020 Oktober 22, 2009 1 comments






GEOGRAFI K1, K2





SKEMA K1, K2

Pada Rabu hingga Jumaat minggu lepas saya dan Ckgu Awaludin telah menghadiri KURSUS PEMANTAPAN PENGAJIAN AM DI CORAL BAY RESORT, PANGKOR. Ini merupakan kali pertama saya di Pulau Pangkor. Seronok ada, risau pun ada sebab masa tu ada Gempa Bumi di Padang, Sumatera. Takut juga kalau berlaku Tsunami masa naik feri tu. Tapi Alhamdulillah, semua selamat. Berikut adalah antara koleksi gambar bersamam rakan-rakan guru ketika berkursus.




Dalam ferry ke Pangkor








Bergambar kat motor sewa. RM6 je sejam...











Menaiki kete sewa dari hotel ke jetty. RM10 satu van.

TEMPLAT BARU

Posted by Khai2020 2 comments

Blog ini telah menggunakan templat baru. Jangan pula para pengunjung terkejut ingatkan salah blog. Biasalah asyik tengok templat yang sama bosan jugak. Banyak laman-laman yang menyediakan templat yang cantik dan menarik so tak payah lah nak memerah otak mencipta templat sendiri. Cuma templat tersebut perlulah sesuai dengan blog kita. Kita boleh pilih samada nak yang satu colum, 2 colem, 3 colum, 4 colum dan lain-lain. Bagi saya, biasalah saya pilih 3 colum. Kita juga boleh pilih tema templat kita. So, cubalah......

Gempa Bumi Lagi

Posted by Khai2020 Oktober 01, 2009 0 comments

Mangsa yang terselamat menerima rawatan di Hospital Padang Panjang, Sumatera Barat selepas gempa bumi kuat melanda Indonesia Barat semalam.

# Wilayah Sumatera Barat, Indonesia digegarkan gempa berukuran 7.9 skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh.

# Gegaran memusnahkan bangunan, ratusan rumah, hotel, jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang.

# 330 pelajar Malaysia di Padang selamat.

# Orang ramai di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Johor Bahru mengosongkan bangunan tinggi ekoran gegaran gempa bumi itu.

# Pada masa sama, ribut merosakkan lebih 100 buah rumah masing-masing di pesisir pantai Kelantan dan Terengganu.

# Seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok di Pantai Kemayang, Bachok dan empat parah di Pengkalan Chepa. Sebanyak 10 rumah turut rosak di Kepala Batas.

# Lima kampung di Tembeling Tengah, Jerantut dilanda hujan air batu sebesar penumbuk.

# Di kepulauan Samoa dan Tonga, sekurang-kurangnya 113 orang terkorban akibat tsunami berpunca daripada gempa bumi kuat di Lautan Pasifik awal pagi ini.

JAKARTA 30 Sept. – Indonesia sekali lagi dilanda gempa bumi kuat, kali ini wilayah Sumatera Barat digegarkan dengan gempa berukuran 7.9 pada skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan beratus-ratus rumah musnah.

Bencana tersebut dilaporkan turut menyebabkan kebakaran di bandar Padang dan bekalan elektrik terputus mengakibatkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Gempa yang berpusat di Kilometer 57, Padang Pariaman dengan kedalaman 87 kilometer di bawah laut itu dilaporkan berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (pukul 6.16 petang waktu Malaysia), 53 kilometer ke barat laut bandar Padang.

Gempa di Sumatera Barat itu berlaku hampir sebulan selepas Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat digegarkan dengan gempa kuat yang mengorbankan 123 orang.

Ia juga berlaku selang sehari selepas gempa kuat menggegarkan Lautan Pasifik yang mencetuskan tsunami di kepulauan Samoa, American Samoa dan Tonga awal pagi ini menyebabkan 113 orang terkorban, manakala 50 yang lain cedera dan berpuluh-puluh lagi dilaporkan masih hilang.

Gempa di Lautan Pasifik tersebut mencetuskan ombak setinggi 4.5 hingga 6 meter menyebabkan banyak kampung di kepulauan tersebut musnah atau ditenggelami air dan ramai pekerja hilang di sebuah taman negara di American Samoa.

Di Sumatera Barat, pasukan mencari dan menyelamat dari Medan, Aceh, Palembang dan Pekanbaru telah dikerahkan ke lokasi gempa membawa peralatan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.

Sementara itu, televisyen tempatan melaporkan jalan di Kota Padang terputus sama sekali dan bekalan elektrik serta komunikasi juga terputus.

Sumatera Barat dilanda gempa kedua berukuran 6.2 pada skala Richter pada pukul 5.38 petang yang turut menggegarkan kawasan Pariaman di kedalaman 110 kilometer dari dasar laut.

Reuters melaporkan gempa menyebabkan sejumlah rumah dan jambatan rosak serta berlaku kebakaran di Padang.

“Ratusan rumah rosak sepanjang jalan. Juga ada kebakaran, jambatan terputus dan kepanikan luar biasa terjadi kerana paip air bocor sehingga membanjiri jalan,” ujar seorang saksi.

Pusat Peringatan Tsunami Pasifik sebelum itu telah mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Thailand, Malaysia dan India, tetapi kemudiannya menarik balik amaran tersebut.

Agensi berita AFP yang memetik jurucakap Jabatan Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Rahmat Triyono berkata, beberapa buah hotel di Padang dilaporkan turut musnah.

“Pada masa ini kami tidak dapat menghubungi Padang kerana komunikasi terputus sama sekali," kata Rahmat.

Di Jakarta yang terletak kira-kira 950 kilometer dari lokasi kejadian turut dirasakan gegaran tetapi tidak sekuat gempa yang melanda Tasikmalaya awal bulan ini.

Gegeran akibat gempa tersebut turut dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Malaysia termasuk di ibu negara, Kuala Lumpur.

Indonesia terletak di kawalan lingkaran gunung berapi dan Aceh sendiri pernah dilanda gempa dan tsunami pada 2004 yang mengorbankan 220,000 orang. – Utusan

Related Posts with Thumbnails












NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER


IKLAN DI SINI

Hanya RM5/bulan!!!

Twitter