JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harga petrol, diesel turun 15 sen lagi

Posted by Khai2020 Oktober 31, 2008 0 comments


Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa esok.

Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:

• Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter;

• Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter; dan

• Diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penurunan itu dibuat ekoran harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini.
Katanya, kerajaan juga telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya.
Ini merupakan penurunan harga kali keempat kerajaan mengumumkan bagi minyak petrol dan diesel
Pada 15 Oktober lalu kerajaan menurunkan harga minyak petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter manakala harga petrol RON92 diturunkan 10 sen kepada RM2.20 seliter. Harga minyak diesel pula diturunkan 20 sen kepada RM2.20.
Pada 4 Jun lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau kira-kira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu.

Lamanya nak cuti....

Posted by Khai2020 1 comments

Saya rasa rakan-rakan guru pun seperti saya juga tak sabar tunggu cuti. Satu hari rasanya macam setahun. Macam-macam projek nak buat masa cuti. Dah plan baik punya. Cadangannya nak memancing ke Tasik Banding tapi tak confirm lagi. Sesape yang nak join bolehlah hubungi kitaorang. Tu belum masuk plan nak up date blog. Naik cuti nanti blogger2 SMKTPG diharapkan akan dapat memperlihatkan blog masing2 yang canggih. Kenalah explore betul2....

Pelajar-pelajar tingkatan tiga SMK Telok Panglima Garang telah menyertai satu pertandingan bola baling. Hari ini saya jadi pengadil perlawanan bola baling la pulak. Dulu masa mengajar sekolah rendah selalu jadi pengadil tapi macam ingat-ingat lupa tapi ok lagi rasanya. Aktiviti ini diadakan selepas mereka menduduki peperiksaan PMR. Sebanyak 4 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Berikut adalah kedudukan pasukan-pasukan setelah perlawanan selesai:
  1. Cakelempong (Johan)
  2. Thomas Lee (N. Johan)
  3. Macho Guy (Ke-3)
  4. PKBM (Pasukan Kulit Buaya Malaysia) (Ke-4)
Foto-foto yang sempat dirakam.....


Pasukan yang berjaya ke final

antara aksi-aksi menarik....

Ramai juga bakat-bakat terpendam yang ada. Harap-harap Cikgu Amin dah dapat pemain-pemain berwibawa untuk tahun depan...

Bagaimana memendekkan teks?

Posted by Khai2020 Oktober 28, 2008 0 comments

Sebenarnya dah lama saya menjelajah dari blog ke blog untuk mendapatkan teknik bagaimana hendak memendekkan teks dan meletakkan "bacaan selanjutnya" atau "read more" dalam posting kita. Letih juga dibuatnya. Saya pernah kehilangan blog saya kerana mencuba tip-tip yang diajar dari blog yang saya lawati. Ini melibatkan perubahan-perubahan pada HTML yang terpaksa ditampal pada HTML blog kita. Menyesal pula dulu tak belajar HTML masa kat universiti. Sekarang terpaksa eksplor sendiri. Bagi mengelakkan lay out kita berjela-jela panjangnya dan terpaksa scrol sampai ke bawah maka cara ini sangat bagus. Kepada kawan-kawan blogger yang ingin belajar boleh dapatkan saya. Kita sama-sama bertukar ilmu pengetahuan di alam blogger.

Pembelian helikopter EC-725 keluaran Eurocopter yang bernilai RM1.67 bilion ditangguhkan sebagai langkah berjimat-cermat berikutan krisis kewangan global, kata perdana menteri.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri pertahanan berkata, kerajaan juga memutuskan bahawa sebarang pembelian baaru helikopter bagi menggantikan Nuri akan dilakukan selewat-leatnya sebelum 2011.
Menurut beliau, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Kebangsaan yang dipengerusikan beliau pada 13 Oktober lalu.
Keputusan itu, tambahnya, tiada kaitan dengan dakwaan beberapa pihak bahawa wujud penyelewengan dalam pengeluaran tender itu.

Pengenalan Kepada Blog

Posted by Khai2020 Oktober 22, 2008 0 comments

Berikut saya berikan beberapa tips dan panduan kepada para blogger. Semoga dapat dijadikan panduan kepada semua di samping menambah baik blog kita. InsyaAllah dari masa ke masa saya akan cuba dapatkan info baru dan dapat dikongsi bersama-sama.

#
sila klik untuk lihat keseluruhan teks


BIRTHDAY GIRL: AISYAH 2008

Posted by Khai2020 Oktober 19, 2008 0 comments

HAPPY BIRTHDAY AISYAH
SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE-5 TAHUN BUAT

NURIN AISYAH BT. MOHD NAGUIB


hati-hati, nanti terpotong tangan lak...



Hari saya dapat sama-sama meraikan birthday anak sedare sebelah wife saya. Ni satunya anak sedare. Dia panggil saya Pak Wong (Pak Long). Kali ni adalah sambutan birthday yang ke-5. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Untuk Aisyah, "Aisyah dah besar tau. Jangan kuat nangis lagi. Kena jadi good girl. Sekolah rajin-rajin".

Takde INTERNET

Posted by Khai2020 0 comments

Teringat iklan kat tv masa hari raya dulu, seorang anak yang sibuk bekerja pulang ke kampung tetapi di kampung takde line internet. Dia pun tido la di sebuah hotel kt bandar. Tapi tak elok pula buat pada orang tua macam tu. Saya sekarang kat kampung isteri di Senggarang Batu Pahat. Susah nak dapat internet. Dah pagi-pagi macam ni baru dapat. Saya rasa semua blogger akan rasa vseperti yang saya rasa, tak tau nak buat apa bila takde internet. Dalam hal ni kerajaan kena la peka . Mana pergi projek jalur lebar yang dilaung2kan dulu??? Lu pikir la sendiri....... Assalamualaikum....

WELCOME; SMKTPG BLOGGERS

Posted by Khai2020 Oktober 17, 2008 1 comments

Tahniah kepada guru-guru SMKTPG yang telah melangkah setapak ke dunia internet. Makin ramai guru yang menjadi blogger. Diharapkan ia akan mmendatangkan manfaat kepada warga SMKTPG. Gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin.

Kepada guru yang masih belum mempunyai blog takpe pelan-pelan kayuh. Guru yang dah ada blog bolehlah perturunkan ilmu yang ada kepada mereka. Kepada yang baru berkecimpung rajin-rajin la mendapatkan ilmu daripada sifu-sifu yang sentiasa bersedia memncurahkan ilmu di dada mereka. Selain itu, mesti rajin explore dan jangan segan bertanya. Jadikan blog2 yang sedia ada sebagai panduan.

Yang penting, mesti ada la INTERNET di rumah. Tak kira la samada streamyx @ broadband. Dial up sakit sikit la. Jenuh menunggu. Sebaik-baiknya STREMYX sebab TELEKOM punya. Kalau MAXIS BROADBAND macam saya, ada area tertentu saje yang high speed. Standard la TELEKOM kerajaan punya jadi coverage area lebih luas...

#Saya cadangkan J/K ICT SMKTPG wat pertandingan satu pertandingan kepada blogger2 kita yang proaktif ni sebagai satu galakan di samping menambah baik blog masing-masing.

Minyak turun lagi!!!

Posted by Khai2020 Oktober 16, 2008 0 comments

Harga minyak sedunia - 72 USDOLLAR/BARREL/tong

Jika ini berterusan maka kebarangkalian minyak di Malaysia turun lagi tinggi. Jika harga terus turun di bawah paras 60 Dollar harga minyak kemungkinan RM1.90 seliter. Harga minyak yang terus ini adalah disebabkan permintaan ke atasnya yang rendah akibat daripada krisis kewangan di Amerika dan Eropah pada masa kini.

Harga minyak turun lagi

Posted by Khai2020 Oktober 15, 2008 0 comments

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini.

Petrol RON97 = RM2.30 & Diesel = RM2.20 seliter.

....

HELI BARU MALAYSIA???

Posted by Khai2020 0 comments

PMR 2008 bermula

Posted by Khai2020 Oktober 13, 2008 0 comments

Bermula hari ini selama seminggu bermulalah Peperiksaan Penialaian Menengah Rendah (PMR) 2008 bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 di seluruh negara. Harapan kita semoga mereka beroleh kejayaan. Bagi saya mewakili guru-guru SMK Telok Panglima Garang mengucapkan "Good Luck kepada semua pelajar SMKTPG. Buktikan yang anda boleh. Jerik perih selama ini bermula daripada Ting. 1 selama 3 tahun perlu dibuktikan sekarang. Buat yang terbaik demi masa depan anda dan keluarga anda.

My Loving Wife

Posted by Khai2020 Oktober 12, 2008 0 comments

Pagi tadi saya hantar isteri kesayangan ke KLIA. Dia berkursus di Langkawi sampai Khamis. Seronok juga pergi berkursus naik flight. Kerajaan tanggung semua. Jadi selama 5 hari la saya sorang-sorang. Tapi takpe dah selalu. Orang kata sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Tapi kes saya terbalik pulak. A'way kepada isteri tercinta hati-hati. Semoga selamat kembali ke Putrajaya.

Open House (Hari Raya)

Posted by Khai2020 Oktober 11, 2008 1 comments

Saya mengucapkan terima kasih kepada saudara-mara, Cikgu Awaludin dan student Upper 6 SMK Telok Panglima Garang (seramai 25 orang) yang hadir ke open house saya di Putrajaya pada hari ini iaitu 11/10/2008 (Sabtu). Kepada yang tidak dapat hadir tak mengapalah, bila2 masa boleh datang untuk ziarah. Saya mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dari segi layanan serta menu yang tidak seberapa. Ini 1st time saya buat open house semoga lain kali jika diizinkan Tuhan semoga lebih sempurna. Kepada student2 saya kalau ke Putrajaya lain kali bolehlah singgah2 sokmo. Berikut adalah antara foto-foto yang sempat saya rakamkan sebaga kenang-kenangan...........................

Rombongan 1: Cikgu Awaludin & Student Form 6














Rombongan 2: Saudara mara






"MAIL BANGSAWAN" tanding Timbalan Presiden??

Posted by Khai2020 Oktober 10, 2008 0 comments

KANGAR: Pelakon bangsawan dan penggiat teater di Perlis, Ismail Hashim, menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno.

Dalam kenyataannya kepada media di sini, semalam, Ismail, 43, yang lebih dikenali sebagai 'Mail Bangsawan' berkata beliau menawarkan diri bertanding selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mac tahun depan.
Pengerusi Tetap Pemuda Umno bahagian Arau itu berkata, hasratnya ikhlas dan yakin tindakannya turut membuka mata golongan muda yang secara tidak langsung mengembalikan minat mereka terhadap perjuangan Umno'
Macam buat lawak je.....



Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac tahun depan. Naib presiden Umno itu mengumumkan keputusan tersebut dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

PAK LAH TAK BERTANDING

Posted by Khai2020 Oktober 08, 2008 0 comments

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.

Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada bulan Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dijangka dipilih sebagai presiden baru parti itu.

Keputusan perdana menteri itu, yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang ini sudah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas.

Abdullah pada awalnya dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno, dan perdana menteri, pada pertengahan 2010.

Mesyuarat BN itu bermula selepas jam 3.30 petang.

Apabila Abdullah bersara pada Mac 2009, beliau menjadi perdana menteri yang mentadbir dalam tempoh masa paling singkat -selama lima tahun lima bulan.

Perdana menteri ketiga, Tun Hussein Onn, meletak jawatan pada 1981 atas sebab-sebab kesihatan, selepas berkhidmat selama lima tahun enam bulan dan digantikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abdullah, yang mengambil alih kuasa pada 31 Oktober 2003 dari Dr Mahathir, menang besar dalam pilihanraya umum 2004 tetapi kalah teruk Mac lalu dan gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Ketika mengambil alih kuasa, Abdullah telah berjanji untuk melaksanakan pembaharuan termasuk menghapuskan rasuah.

Bagaimanapun, Abdullah kemudiannya dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah selepas gagal menangani isu rasuah dan kadar jenayah yang tinggi, sepertimana yang dijanjikannya dalam manifesto pilihanraya BN pada 2004.

Sementara itu, sekumpulan
penyokong Abdullah berhimpun di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, tempat berlangsung mesyuarat berkenaan.

Mereka membawa kain rentang yang menggesa Abdullah untuk terus memegang jawatan berkenaan sehingga 2010 seperti dijadual pada mulanya.

Kain rentang tersebut berbunyi: 'Hormati peralihan kuasa, elak perpecahan lagi', dan 'Pak Lah, teruskan perjuangan'.

Mereka turut melaungkan 'Hidup Pak Lah' dan 'Pak Lah presiden, Najib timbalan'.

AWAS MELAMINE!!!!

Posted by Khai2020 0 comments

MELAMINE!!! MELAMINE!!! MELAMINE!!!

Berikut adalah senarai produk di pasaran tempatan yang disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.



Golongan guru di negara ini mungkin menyambut Hari Guru sebanyak dua kali dalam setahun, berikutan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) turut mengistiharkan Hari Guru Sedunia pada 5 Nov.

Bagaimanapun persatuan-persatuan dan majlis berkaitan guru di negara ini masih berbincang sama ada untuk menyambut Hari Guru sebanyak dua kali, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail.

Sambutan Hari Guru di negara ini disambut pada 16 Mei setiap tahun.

“Tarikh sambutan Hari Guru Sedunia telah diisytihar oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan PBB baru-baru ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kementeriannya tidak mempunyai masalah untuk mengadakan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan dan dunia.

“Kedua-duanya tetap sama iaitu untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik,” katanya.


PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2008
TARIKH: 13-17 OKTOBER


GOOD LUCK FOR STUDENT FORM 3
SMK TELOK PANGLIMA GARANG, KUALA LANGAT, SELANGOR

may u be successful!!!!

Maklumat tentang negeri Selangor

Posted by Khai2020 Oktober 06, 2008 0 comments

Selangor Details Information

Area :7 955 sq kmSelangor Flag

State Capital : Shah Alam

Royal Town :Klang

District :Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Sepang

(klik URL di bawah untuk dapatkan data lebuh lanjut)

http://www.malaxi.com/Map_Selangor.htm

MESEJ PENTING!!!!

Posted by Khai2020 0 comments

Perkataan AKUM adalah gelaran untuk orang Yahudi untuk orang bukan yahudi yang bermaksud BINATANG dalam bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan
"Avde Kokhavim U Mazzalot
" yang bermaksud HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT.


Pada zaman dahulu, orang Pagan menyembelih binatang untuk bintang yang dianggap tuhan. Orang Yahudi menggelarkan binatang itu AKUM sehingga nama itu lekat pula kepada orang bukan Yahudi kerana mereka dianggap seperti binatang dalam ajaran mereka.


Adalah lebih baik jika kita menggantikan perkataan AKUM tu kepada SALAM dlm bahasa arab. Namun adalah lebih afdal jika kita menggunakan Assalamualaikum w.b.t secara keseluruhan.. wallahua'alm...

KAMUS LOGHAT PAHANG

Posted by Khai2020 0 comments

Sekadar hiasan.Sungai Pahang

Kebetulan saya orang pun orang Pahang jadi saya nak berkongsi sedikit loghat Pahang yang unik ini. Artikel ini saya petik dari blog: http://teratakburukzam.blogspot.com/

Apa yang unik mengenai loghat pahang ialah setiap daerah mempunyai gaya percakapan dan istilah tertentu yang berbeza.Ada juga teori yang mengatakan gaya percakapan ini berkaitan dengan kedudukan tempat tersebut mengikut arus Sungai Pahang.


Jika dari bahagian hulu sungai misalnya seperti di daerah Bentong,Raub,gaya percakapan lebih laju,manakala bila melalui kawasan pertengahan Sungai Pahang seperti di Temerloh,gaya percakapan agak perlahan dan bila ke bahagian hilir sungai pahang seperti di Chenor dan Pekan, gaya percakapan mereka juga akan lebih perlahan atau 'leweh' sedikit.

Jambatan Temerloh dari jauh

Sejauh mana kebenarannya tidaklah saya ketahui kerana tiada kajian mendalam mengenai pekara ini, mungkin ada adik-adik yang mengambil pengajian linguistik@sains pertuturan di universiti tempatan berminat untuk meneroka pekara ini,ianya amatlah dialukan sebagai satu cara menghargai dan mendalami keunikan budaya dan keistimewaan bahasa kita.




Disusun secara Alphabet:

A
Aok - awak
B
Babir - degil
Berderau - gotong royong
Bahan - pukul, Contoh : bahan kuat sket..bior mampuih.
Berlemi - berminyak
Biroh - gatal
Buboh - letak
Berambi - berhati-hati,berwaspada
Borok - borak
Beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa ,contoh ayat : mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya
Bela - repair contoh ayat Bila aok nok bela TV tu?
C
ce - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ce cuba dulu
Cemuih - bosan
Celau - hari ribut..sebab melakukan sesuatu luar biasa/tabie..seperti laga kucing
Chika - mual/muntah/perut memulas
Cakner -tak amek peduli, tak kisah.Contoh :sebab pagi tadi aku lupa gi keja gosok baju.. lalu mak aku kata bebudak sekarang ni tok cakne langsung
D
Dan - sempat,cth : la napenye tak makan lagi?tak dan ker?
Doh - sudah , Contoh : awok doh makan ker?
Dema - (awak,biasanya utk ramai) cthnya: dema ni takde keja lain ke
Degut - [ isk nak beri makna benda lak ni ]Dedor - suam-suam kuku
E
F
G
Godei - kacau kacau air, dodol
Gebor - selimut
Gonyoh - Sental kuat2
Getik - geli,meluat
Gamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah
H
Habat/habad - pengotor
I
J
Jabir - plastik
Jenih - jenis
Jenuh - puas,cth : ntoh ler..jenuh dah koi nunggu
K
kaieh - saya,aku(biasa pakai belah temerloh je)
Komeh - kami
kohot- letih..sengal
Kerang - menangis dengan sepenuh hati
Keri - ketawa teramat sangat.gelak guling-guling
karang - nanti,sebentar lagicth : karang lah mok koi kupas nyour tu
Kelat - tipu (nie bukan kelat buah tau)cth ayat :tak aci sungguh main kelat
Kuit/menguit - biase nye menunjukkan sesuatu yang banyak/ramai
Komoih - Gomol.Jgn le komoih budak tu nak tido weh
kobek - belek2...menyiasat ( bukan menyiasat org ye )
kepok - tempat simpan padi
kehem - berkehem, bersungguh-sungguh/keterlaluan
kodi/kudi? - ketinggalan zaman
keknya - tetapi
ketnyer - lebih kurang walobagaimana..heee.. kipai - letih /lenguh tangan
kahat -(jarang digunakan)
kenit - kecil
kederat - upaya
L
lat - tenggang/jarak masa
lantak aok - suka hati awak
lacuh - tempat yang banyak dilalui atau digunakan
lehet - dipakai bagi bagi buah labu
Lece - Tilam,
lengit - kalah teruk
ledut - pekat
Lejut - basah teruk(lencun)
Lepe - cuai
lecoh - becak
leweh - lemah longlai(cakap atau utk perbuatan)
lembang(berlembang) - sepah, berterabur
M
Moh - jom,mari
Mok - mak
Mengelice- mengelupur
Menikei/kenikei - buah tembikai
Meleweh - bercakap mcm nak tak nak
Mereloh - tido
Meronoh - buang air besar
Membute - tido
Mencayak tu - laju sangat bawak moto
Mengelentat - mengada2 seksi
Merohong - wangi sangat
Melantong - busuk sangat
Merebang/mengerebang - rambut tak terurus
Merening -benda yang nak pecah(bulat)
Meraban - tak tentu hala
Menginding - kita dekati pihak lain secara diam-diam,jugabermaksud berdampingan
Mengekelan - tercekik(berkaitan dengan makan)
Mengkone - kemana-mana
Merarau - tanya orang tembeling..makna
Menggeledeng - (Susah la nak explain maknanya), tp something yg merujuk kpd pergerakan badan.Bakper menggeledeng ngat ni?
Merahang - (jarang digunakan)
Masam Menaung - Masam Sesangat
Masam mencekut - masam sesangat
Merepih - mencangkul rumput
Mengopeh - suka pegang sana..pegang sini..tangan tak duduk diam
Merepau -jalan dalam hutan tanpa tujuan
Melengger - apa ye perkataan sesuai.contohnya perahu yang hampir nak dimasuki air
Merabung -kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung
Mengoteh, meroteh - tgn tak dok diam
melukah - (kain yang dipakai terbuka)
menganjing - mengada..hehe
Motong - (menoreh getah)
Mamai - emosi tak stabil(betul ke guna makna ni?)
Manis meleting - teramat manis
Mengekot - tubuh berbaring dengan bengkok..ala cam asam gelugur kedudukanya.
Mengaran,menajau - menangkap ikan dengan cacak tiang tgh sungai ikat tangsi dan mata kail.untuk pemberatnya tampat botol bersama.
Merawei - satu lagi cara menangkap ikan.
Mengoloh - tolak balik/undur
Mencelabak - benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat
Melepam - pahit/.masin/masam sangat
Mencanak -laju sangat(mencayak?)
Mek nye(matnya) - kenapanya
Malaih - malas
Mombong - penuh
Mengkane - telekung sembahyang
N
Nyayup - tinggi sangat diatas atau bawah sangat
Nyuluh - operasi buru binatng hutan pada mlm hari
Ngilir - menghala kehilir sungai.(dengan bot/perahu) secara perlahan.
Ngonyoh - gosok dengan kasar
Nyeraya - suruh
O
Oteing - Pening!Pah palih! Oteing paler kawan nak buat mende ni!
P
Pedooh' - tipu
Paluh - air sungai yang terkepung dek pasir(air tak mengalir)
Pundung/safa - rumah kecik yang dibuat untuk berehat seperti tepi sawah,kebun durian dsb
Pepalih - maksudnya macam...ishh...teruknye. cthnye : pepalih awok nyape buat gitu
Podot - sumbatcth ayat: kadir.kalau tok muat jugek aok podot je la baju tu dlm beg ni
Perintan - Keadaan,masa
Polok - gelojoh
Palor - Biar
Q
R
Rodong/ghodong - kengkawan cth. ayat: mok..koi nok keluor kejak jumpa ghodong
Racik - jerat ayam hutan
Rhebas - hujan dah mula turun renyai2..
Ralit - kusyuk
Rege - harga
S
Sesemut -kebas kaki
Senyour- kebas kaki juga
Seronyih - serabut, tak kemas, tak seperti keadaan asal
sangei - tudung saji
sengkawang -(tak tau makna dia ni)
Sengkelen -duit siling/pulas tangan kebelakang
Sempelet - kotoran di badan
Se'eh - Kenyang yg teramat sgt.Cth : Se'ehnya perot kawan ni.rase macam tok leh nok bangun doh!
Sokmo - selalu , Contoh :ler..sokmo nye aku yang kena buat..pemalas betul budak nie!
Setoho - di sana,
Seman (sebutan dengan seiman) - terkena badi/kenan.
sepolit - tinggal sedikit
Sekeceng - tidor sekejap sangat
Sokmo - selalu
Sakat -kandas/tersekat pergerakan perahu/bot.dalam air dek kerana pasir
T
Tatin - angkat jemuran
Taruk - letak
tekeh - sekeh/ketuk/pukul dengan belakang gemgaman tangan.
Tawor Hebe - Tawar Sesangat (Air)
Tekeih - sikit lagi. tekeih dah no kena ikan tadi.(sikit lagi nak dapat tangkap ikan itu)
Tohor - cetek , cth ayat: lor..mek nya tohor ngat air sungei nie
Tertomos - jatuh tersembam, tersungkur
Tembe - lembek, lemah, manja
Tok - tidak , Cth : tok makan lagi la..kawan lapo nie,
Tebal bakut - sangat tebal ( bak kata org pahang ckp bahse KL tebal giler!)
U
V
W
Wabe/bala/papalih - lebih kurang le makna tiga perkataan tu.
X
Y
Z

Sumber: http://teratakburukzam.blogspot.com/


HARI RAYA AIDILFITRI 2008

Posted by Khai2020 Oktober 05, 2008 0 comments

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.... Selamat bertemu kembali. Tahun ni saya berhari raya di Batu Pahat, Johor. First time beraya kat negeri orang, lain macam gak rasa. Tapi nak buat macam mane.... Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Kena la belajar adat resam orang. Walau macam mana pun raya tetap meriah walaupun teringat juga lemang kat kampung di Jerantut. Raya ke-3 baru la balik ke Jerantut.








Related Posts with Thumbnails












NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER


IKLAN DI SINI

Hanya RM5/bulan!!!

Twitter