JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CIKGU HJ JAILANI MASUK WAD

Posted by Khai2020 November 29, 2008 3 comments

Kepada rakan-rakan guru SMKTPG untuk makluman Hj Jailani telak dimasukkan ke wad G6 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Saya mendapat berita ini daripada sms Tn Hj Jumiran pukul 1 sebentar tadi. Sesiapa yang berkesempatan bolehlah menziarahi beliau sebagai tanda sokongan kita kepada beliau. Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh. INSYAALLAH.....

TEKNIK UPDATE BLOG

Posted by Khai2020 November 28, 2008 0 comments

Ramai blogger pening kepala untuk menulis artikel bagi blog mereka. Sebenarnya anda bukan tidak ada bakat menulis atau tiada masa atau kekeringan idea. Itu semua hanyalah mitos semata-mata. Di sini saya nak share maklumat yang tak seberapa tapi dapat membantu bagaimana teknik nak update blog.

Terdapat dua jenis artikel (post) iaitu:

1. Topik yang terfikir secara spontan

2. Tajuk yang telah dirancang

Untuk mendapat idea yang spontan, ia tidak selalu berlaku. Maka, sebab itu ramai blogger ‘kekeringan idea’ kerana lebih berharap kepada idea yang spontan dan tiba-tiba.

Jadi, untuk membolehkan anda sentiasa menulis pelbagai artikel tanpa sebarang masalah, anda perlu merancang dari awal.

Contohnya, rancanglah lima hingga sepuluh tajuk artikel yang akan diterbitkan secara berkala. Tidak semestinya berlainan tajuk atau topik kerana anda juga boleh menulis dalam bentuk bersiri.

Dengan merancang lebih awal, maka anda sudah tidak ada masalah untuk memikir-mikir apa yang mahu ditulis. Malah, penulisan anda di blog akan lebih konsisten dan tidak terkeluar daripada topik utama. Sebaliknya, apabila sudah tahu tajuknya, maka anda hanya perlu mencari dan memikirkan isinya sahaja.

Luangkanlah sedikit masa untuk merancang bagi penulisan di blog anda. Saya yakin, masalah kekeringan idea tidak akan berlaku lagi.

KUALA LUMPUR 1 April – Sedar atau tidak, tetapi Malaysia adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia.

Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan.

Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.

Katanya, blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

“Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada forum bertajuk Masyarakat dan Media Dalam Pilihan Raya 2008 di sini hari ini.

Forum turut disertai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jaafar.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Abu Hassan berkata, kerajaan mengambil pendirian tidak mempedulikan maklumat dalam blog sebelum pilihan raya tetapi pembangkang bertindak sebaliknya.

Beliau berkata, pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai.

Johan pula berkata, sesetengah blog begitu berpengaruh apabila menerima sehingga sejuta kunjungan dalam satu hari yang normal.

“Kalau pada hari-hari yang ada isu yang panas, jumlah kunjungan boleh mencecah antara tiga dan empat juta,” katanya.

Sumber: Utusan.com.my

ISTILAH globalisasi merujuk kepada fenomena yang menjadikan dunia kelihatan seperti mengecil dari segi perhubungan manusia kerana kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Dewasa ini, Internet merupakan alat globalisasi yang tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam menyebarkan maklumat.

Blog pula ialah salah satu media alternatif yang menggunakan jaringan Internet dan semakin popular digunakan, khasnya oleh golongan muda kerana masa dan ruangannya yang tidak terhad seperti media-media lain.

Baru-baru ini, iaitu pada 11 Mac 2008, satu diskusi berkaitan blog bertajuk ‘Penulis dan Blog: Trend Masa Kini’ telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam diskusi tersebut, panelis-panelis telah mendedahkan bahawa sehingga Februari lalu, terdapat 108 juta laman blog yang wujud, dengan 120,000 blog baru setiap hari atau 1.4 blog sesaat.

Perangkaan ini jelas menunjukkan bahawa blog merupakan medium yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat bagi menyalurkan maklumat antaranya agama, pendidikan, undang-undang, politik dan bisnes.

Malah ia turut menyuarakan pandangan mereka menerusi catatan-catatan atau diari dalam talian, keluh-kesah, artikel dan komen berkenaan pelbagai perkara, lazimnya dalam isu melibatkan masyarakat dan pemerintahan negara.

Sehubungan itu, hasrat Menteri Penerangan yang baru, iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek, untuk mendekati para penulis blog adalah sangat wajar dan harus dipuji.

Beliau berpendapat bahawa pandangan penulis blog tidak boleh diketepikan, dan menyatakan keinginannya untuk membuat pertemuan dengan mereka bagi mendapatkan maklum balas sebagai usaha membantu pembangunan negara.

Ini adalah kerana, pandangan-pandangan yang dimuatkan ke dalam blog lazimnya merupakan ‘suara hati’ yang sebenarnya kerana tidak melalui sebarang ‘penapisan’. Jadi, ketulenan pandangan tersebut adalah lebih tinggi dan perlu diambil kira dalam menilai hasrat dan keinginan masyarakat terhadap negara khususnya.

Kesimpulannya, blog merupakan medium yang tidak boleh dipandang ‘sebelah mata’ seperti pada awal penggunaan Internet di negara kita.

Masyarakat hari ini semakin peka dan bijak menggunakan teknologi dalam menyalurkan sebarang idea, pandangan dan ketidakpuasan terhadap sesuatu perkara.

Justeru, usaha yang ingin dilakukan oleh beliau bagi mendekati penulis blog adalah wajar disokong.

– Mohd Faisal Mustaffa,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.

Sumber: Utusan.com.my

BAGAIMANA MENGGUNAKAN FOLLOWERS

Posted by Khai2020 November 25, 2008 0 comments

Sudahkan anda mendaftar sebagai FOLLOWERS @ PENGIKUT blog ini? Jika belum sila ikuti langkah berikut:
  1. Di side bar sebelah kanan blog ini terdapat widget FOLLOWERS @ PENGIKUT. Klik pada FOLLOW THIS BLOG.
  2. Akan terpapar tetingkap START FOLLOWING THIS BLOG. Tik pada Follow publicly as..
  3. Klik FOLLOW.
  4. Klik CLOSE.

FOLLOWERS
sangat berguna untuk kita mengenali dengan lebih dekat lagi blogger-blogger yang sering mengunjungi blog kita. Apabila terpapar sahaja foto FOLLOWERS untuk mengetahui profail blogger tersebut dengan lebih lanjut klik sahaja pada foto tersebut. So, dapatlah kita mengeratkan silaturrahim sesama kita. Tambahan pula SMKTPG mempunyai 150 orang guru. Ini agak sukar untuk kita mengenali mereka satu persatu.

SELAMAT MENCUBA!!!

Guru-guru SMKTP bertambah lagi dengan kehadiran 6 orang guru baru. Selamat datang diucapkan kepada mereka. Pada hari ini juga kesemua mereka belajar membina blog daripada JU Blogger kita iaitu Cikgu Shila. Jadi bertambah la lagi ahli "BLOGGER CLUB SMKTPG". Diharapkan mereka yang masIh fresh ini dapat menyumbangkan sesuatu kepada blogger SMKTPG. Mereka ialah:
  1. Azhari Mohamed (amazhari.blogspot.com),
  2. Che Wan Rosida N.Hasan (shahjeehan.blogspot.com),
  3. N Shakirah Zawani Ja'afar (cikgushakirah.blogspot.com),
  4. Chaw Lee Lian (dear-lilian.blogspot.com),
  5. Aimi Nabihah Mohamad (cikguaimi.blogspot.com),
  6. Herdawati Selamat (cikguherda.blogspot.com)
Padahari ini juga seorang guru senior Cikgu Kowangid (kowangidtaupek.blogspot.com)
juga telah berjaya membina blognya. Tahniah...

Bertemu lagi. Mungkin pada postingan pertama bagaimana memendekkan teks agak sukar dilakukan maka pada kali ini saya gunakan text are yang dapat dapat menyimpan kod-kod HTML yang dapat di copy dengan mudahnya. Moga-moga postingan kali ini akan lebih membantu.

1. Pada halaman {Template}, sila pilih {Edit Html}. Jangan lupa tanda tik pada kotak {Expand Widget Template}.

2. Cari kod di bawah ini:



Tambahkan kod ini di hadapannya :


3. Cari kod di bawah ini :


Gantikan dengan kod ini :



4. Pilih {Save Template} dan lihat hasilnya. Untuk mencuba apakah tutorial ini berfungsi, pilih {New Post}.

SELAMAT MENCUBA!!!

PESANAN UNTUK BLOGGER's

Posted by Khai2020 November 21, 2008 0 comments

Kepada blogger semua di sini ingin saya mengingatkan jika terdapat sebarang kemusykilan dan kebuntuan untuk mengaplikasikan tip-tip yang telah saya berikan bolehlah terus bertanya kepada saya. Masuk ke ruangan ulasan dan komen@tanyalah sebarang masalah tentang artikel tersebut. Termasuklah jika sesiapa ingin memberikan cadangan dan berkongsi sesuatu dipersilakan. Yang pentingnya masuk ke blog saya berilah ulasan sepatah dua kata sebagai tanda sokongan antara kita semua. INGAT yang penting KERJASAMA. Kepada blogger-blogger sebagai short cut sila ke folder PANDUAN BLOGGER yang berada di bawah tajuk KATEGORI terletak di sebelah kiri side bar blog saya.

Kali ini satu lagi tutorial yang lebih mudah dan amat sesuai bagi mereka yang tak suka melihat teks yang berjela-jela. Kalau boleh ada tajuk sahaja tetapi sebaik-baiknya ada 2 @ 3 ayat barulah pembaca dapat info atau gambaran tentang artikel kita. Ini dapat menjimatkan space blog kita dan supaya pengunjung blog tidak perlu scroll sampai ke bawah yang akan menyebabkan mereka bosan. Caranya ialah di hujung artikel kita akan tertulis secara automatik samada perkatan [Read More...] atau [Baca Lagi...]. Bagaimana nak buat? Sila ikuti langkah-langkah berikut:


BAGAIMANA MENINGKATKAN PENGUNJUNG BLOG

Posted by Khai2020 November 20, 2008 4 comments

Tujuan utama membuat blog adalah supaya tulisan-tulisan kita dapat dibaca oleh orang lain atau pengunjung blog. Semakin banyak yang berkunjung dan memberikan komen tentunya akan membuat senang hati dan gembira. Blog kita tidak akan serta merta dikunjungi ramai, ini memerlukan usaha publisiti dari pemilik blog sendiri.

Banyak cara yang dapat kita lakukan agar blog kita dikenali dan di kunjungi, antara lain adalah rajin-rajinlah blogwalking atau berkunjung ke blog milik orang lain, dan yang paling efektif adalah mendaftar melalui search engine atau mesin pencarian.

Bagi blogger baru mungkin berangggapan bahawa apabila kita membuat website atau blog akan secara automatik tersenarai atau berada pada list berbagai search engine, tetapi kenyataannya tidaklah sedemikian. Seperti juga hal sekolah, kalau mahu nama kita berdaftar pada buku daftar pelajar, kita harus melakukan pendaftaran terlebih dahulu ke sekolah tersebut. Samalah dengan mesin pencarian, agar blog kita tersenarai pada mesin pencarian, kita haruslah mendaftarkan blog kita.

Mesin pencarian jumlahnya sangat banyak sekali, dan pada masa ini yang paling terkenal di dunia adalah Google, Yahoo, serta Msn. Apabila blog kita ingin tersenarai pada mesin pencarian mereka, maka kewajiban kita adalah mendaftarkan URL blog kita pada mesin pencari mereka. Bila ada yang belum tahu kemanakah harus mendaftarkan blognya, maka sila ikuti langkah berikut :

1. Daftar Google

Untuk mendaftar ke Google, silalah kunjungi http://www.google.com/addurl/ . Apabila sudah berada pada halaman pendaftaran ada beberapa langkah yang harus di lakukan, iaitu melengkapkan borang yang disediakan:

· URL --> Isi dengan URL blog anda.

· Comments --> Isi dengan keyword atau kata kunci yang berhubungan dengan blog anda

· Isi kotak kosong dengan huruf Verifikasi yang tersedia.

· Klik Add URL

· Selesai.

Setelah anda mendaftar di Google, maka tidak serta merta blog anda tersenarai pada mesin pencariannya, tetapi memerlukan 3 ke 4 minggu baru blog anda tersenarai. Jika sudah 3 ke 4 minggu, maka cubalah masukkan alamat blog anda pada mesin pencarian Google, apakah sudah tersenarai atau belum? Jika belum, cuba tunggu beberapa minggu lagi. Jika ternyata masih belum juga, cuba daftar lagi blog anda ke Google seperti langkah di atas. Atau mungkin anda tidak sabar ingin cepat tersenarai. Biasanya dalam 3 atau 4 hari saja blog anda sudah tersenarai di Google.

2. Daftar Yahoo!

Untuk mendaftar ke yahoo! sila kunjungi

https://siteexplorer.search.yahoo.com/submit.

Tetapi untuk mendaftar ke Yahoo, anda harus mempunyai account Yahoo, kerana diperlukan log in terlebih dahulu ke account Yahoo. Bagi yang belum punya account Yahoo (email di yahoo) silah buat dulu, bagi yang sudah ada, and login dengan username serta password anda. Apabila sudah login, sudah tersedia kolum untuk diisi, sila isi kolum tersebut dengan URL anda, kemudian klik Add URL, selesai.

3. Daftar ke Msn

Untuk daftar ke Msn, sila kunjungi


http://search.msn.com/docs/submit.aspx?FORM=WSDD2


Sila isi huruf verifikasi dan URL pada kotak yang tersedia, kemudian klik Submit URL, selesai.

4. Apabila anda mempunyai keinginan lebih, iaitu URL blog anda terindeks pada pelbagai mesin pencarian, anda boleh menggunakan bantuan laman Submission. Cuba klik URL di bawah ini :



Tugas anda hanya mengisi alamat URL blog serta menuliskan alamat email saja, kemudian klik Submit Your Site.


5. Jika ingin lebih cepat terkenal cuba lakukan ping ke pelbagai agregator, silan klik link di bawah :



Isi form yang di sediakan.


Selamat Mencuba

BERJAYA AKHIRNYA.....

Posted by Khai2020 November 19, 2008 4 comments

Akhirnya saya berjaya membuat tiga kolum untuk blog saya. Betul la orang kata usaha tangga kejayaan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Blogger yang ingin mendapatkan tips bagaimana membuat tiga kolum di blog anda jangan lupa tunggulah postingan saya selanjutnya.

BILIK GURU SMKTPG SEMASA CUTI

Posted by Khai2020 November 18, 2008 0 comments

Hari ni saya ke sekolah sebab bertugas untuk STPM. Hari ni papaer Pengajian Am Kertas 2. Harap2 student boleh jawab la. For all my student i wish u good luck.....


Lengang betul la... seram pun ada


Tapi di tengah2 kesunyian ada seorang guru yg sungguh berdedikasi. Syabas diucapakan. Tapi disebabkan taknak dapat sms hangit kena la buat jugak...

WAJAH-WAJAH BLOGGER SMKTPG

Posted by Khai2020 November 17, 2008 0 comments

Berikut saya tampilkan wajah-wajah blogger guru-guru SMKTPG.

Wajah-Wajah BLOGGER SMKTPG dapat dilihat
pada slideshow di side bar blog ini




BAGAIMANA MENG'UPLOAD' GAMBAR

Posted by Khai2020 November 16, 2008 0 comments

Supaya posting artikel pada blog lebih menarik untuk dilihat sebaiknya kita masukkan gambar di antara postingan kita, di samping dapat menjelaskan lagi apa yang kita ingin sampaikan. Bagi blogger yang masih confused bagaimana caranya untuk memasukan gambar atau istilahnya 'upload gambar', maka akan saya jelaskan langkah-langkahnya :

  1. Login seperti biasa dengan ID anda


  2. Klik Posts


  3. Klik New Post

  4. Klik toolbar (sebelah kanan atas) yang bergambar seperti ini (pemandangan)


  5. Tik pada button Choose a layout, bila anda mahu kedudukan gambar berada atau ditempatkan di mana saja, pilih pada None, kedudukan gambar di sebelah kiri pilih left, di tengah pilih Center, dan di kanan pilih Right.
  6. Tik pada Image size, jika ingin gambar yang di upload kecil pilih Small, bila ingin sedang/sederhana pilih Medium, dan besar pilih Large

  7. Beri tanda tik pada tulisan Use this layout every time bila anda inign setiap upload gambar settingnya seperti tersebut.


  8. Tekan tombol Browse, lalu masukan gambar dari komputer anda yang ingin di upload.


  9. Klik Add another image bila gambar yang ingin di upload lebih dari satu gambar


  10. Klik tombol UPLOAD IMAGE, tunggu beberapa saat sampai proses upload selesai


  11. Klik Tombol Done untuk mengakhiri proses upload


Setelah proses upload anda selesai, untuk melihat gambar tadi, klik tombol Compose. Di sini anda dapat melihat gambar yang anda upload tadi sekaligus dapat mengedit kembali ukuran dari gambar ini, caranya iaitu klik gambar tersebut sampai gambar anak panah mouse anda berubah menjadi gambar panah empat penjuru. Arahkan mouse pada garis pada gambar hingga gambar mouse berubah menjadi anak panah dua arah, tekan tombol mouse lalu tahan dan gerakan ke arah kiri atau kanan untuk mengubah lebar gambar, bila sudah sesuai dengan yang anda inginkan lepas tombol yang anda tahan tadi. Untuk mengatur tinggi gambar, arahkan mouse pada tepi bawah atau atas gambar sampai gambar mouse berubah menjadi anak gambar panah dua arah, tekan mouse lalu tahan kemudian gerakan mouse ke atas atau ke bawah untuk mengatur tinggi gambar, lepaskan mouse bila ukuran gambar sudah sesuai dengan yang anda inginkan.

kemaskini:Beginilah keadaanya di SMK Telok Panglima Garang pada hari terakhir persekolahan. Guru-guru sibuk menyiapkan kerja-kerja dan fail-fail yang perlu dihantar kepada pentadbir. Mereka tidak mau pada masa cuti dapat 'sms hangit'. Mereka juga sudah membuat perancangan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada juga yang sudah merancang untuk bersiar-siar @ makan angin bersama keluarga setelah hampir setahun berhempas pulas mendidik pelajar-pelajar SMKTPG. Kepada guru-guru semua SELAMAT BERCUTI dan jumpa lagi mesyuarat guru pada 30-12-2008 serta selamat bertugas untuk sesi 2009.





"Pot Luck": Aktiviti wajib guru-guru SMKTPG.
Guru lelaki biasalah... In charge air & buah...










CARA MEMBUAT POSTINGAN (Catatan)

Posted by Khai2020 November 13, 2008 0 comments

Bagi anda yang mengalami kesulitan tentang cara memposting suatu artikel ke blog, maka kali ini akan saya terangkan tentang cara memposting di blog. Di dalam menu posting ada beberapa toolbar yang boleh digunakan. Jika anda sudah biasa menggunakan Microsoft Word ataupun Microsoft Excel tentu tidak akan mengalami masalah ketika memposting sesuuatu artikel, tapi mungkin tidak salahnya sekiranya saya terangkan sedikit tentang ini, mungkin ada di antara kita yang masih confused...


Toolbar yang ada ketika posting :

--> Untuk mengubah jenis fon yang digunakan

--> Untuk ubah saiz fon

--> Untuk Menebalkan fon

--> Untuk menebalkan fon

--> Untuk ubah warna fon

--> Untuk membuat link (pautan)

--> Untuk membuat tulisan ke kiri

--> Untuk membuat tulisan di tengah

--> Untuk membuat tulisan ke kanan

--> Untuk membuat artikel menjadi rata kiri dan rata kanan

--> Untuk menambah angka

--> Untuk menambah bullet

--> Untuk semak spelling (ejaan)

--> Untuk memasukan gambar (upload gambar)

--> Untuk membuat artikel dalam kode HTML

--> Untuk membuat artikel dalam mode karang (biasa)

--> Untuk review (melihat) artikel

Cara penggunaan toolbar di atas adalah higlight terlebih dahulu tulisan yang akan di edit, kemudian tekan tombol toolbar yang diinginkan.

Langkah-langkah dalam memposting suatu artikel:

  1. Copy artikel yang telah anda tulis sebelumnya, kemudian paste di area posting. Edit sesuai dengan kehendak anda.

  2. Klik “compose “ untuk melakukan editing (jangan klik Edit HTML).

  3. Klik tombol tool yang berlambang “pemandangan” berwarna biru, jika anda ingin memasukan gambar ataupun photo untuk menghiasi postingan anda.

  4. Klik tombol “ Preview “ untuk melihat hasil postingan anda yang akan kelihatan di blog, mungkin masih ada yang perlu di edit.

  5. Klik tombol “ publish “. Selesai. Tulisan anda akan dapat dilihat dan di baca oleh seluruh dunia.

LAGU SEKOLAH

Posted by Khai2020 November 12, 2008 0 comments

Megah SMKTPG

Warga SMKTPG

Berikrar dan berjanji

Tekun ilmu dicari

Mencapai hasrat murni

Warga SMKTPG

Tekad usaha bersatu

Murnikan azam kita

Mencapai cita-cita

Chorus:

Mari teman semua

Kita bersatu padu

Untuk menjayakan cita yang direstu

Jangan lupa nasihat

Ibu bapa dan guru

Mencapai wawasan yang dituju

Megah SMKTPG

Maju jaya berbakti

Ilmu amal diberi

Kita harus syukuri (2 x)

Lagu : En.Abd.Rahim.b.Hj.Anuar.
Lirik : En.Abd. Malik.b.Sha'ari dan Guru-guru SMTPG

LOKASI SEKOLAH SMKTPG

Posted by Khai2020 0 comments



Last Updated ( Tuesday, 22 April 2008 )

LENCANA SEKOLAH

Posted by Khai2020 0 comments



Wajah Harimau

Melambangkan bandar Telok Panglima Garang yang telah lama dibuka dan didiami, juga sebagai sikap berani yang bersesuian dengan nama Panglima Garang

Warna Merah dan Kuning

SMKTPG di dalam Negeri Selangor

Cogan kata

Dengan ”Ilmu Rukun Hidup” memberikan peransang dan galakan setiap pelajar kerana salah sati rukun hidup mestilah setiap orang berilmu.

Pena bulu ayan dan buku

Memperkenalkan penduduk Telok Panglima Garang sejak dari mula penempatan ini dibuka, penduduknya tetap mendapat pendidikan walaupun sekolah belum wujud.

Warna putih

Warga SMKTPG mementinkan perpaduan dan semangat muhibah

PTK DG41: PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR (701/12)

Posted by Khai2020 November 11, 2008 0 comments

Hari ini saya tampilkan lagi satu panduan bagi mereka yang akan menduduki PTK 2009. Kali ini saya lampirkan sukatan peperiksaan kertas Pengurusan Hal Ehwal Pelajar. Baca jangan tak baca.....
PTK: HAL EHWAL PELAJAR
Get your own at Scribd or explore others: Education Teaching PTK

SPM 2008

Posted by Khai2020 1 comments

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2008
KEPADA STUDENT FORM 5
SMK TELOK PANGLIMA GARANG, KUALA LANGAT


Guru bertugas sedang memberi kata-kata terakhir
sebelum pelajar menduduki kertas Bahasa Melayu


Pelajar mendengar taklimat guru dan masing-masing
tengah berdebar-debar dan tak sabar nak jawab soalan


Semoga pelajar-pelajar dapat menjawab soalan dengan tenang. Kami guru-guru SMKTPG sentiasa mendoakan agar kalian semua berjaya dengan cemerlangnya.

PTK DG41: PENGURUSAN P&P (701/02)

Posted by Khai2020 November 10, 2008 0 comments

Tempoh hari saya berikan kepada Sukatan Peperiksaan kertas wajib Kompetensi Umum iaitu Teras & Professional. Pada kali ini pula saya akan berikan pula Sukatan Peperiksan kertas pilihan iaitu Pengurusan P&P (paper ni saya daftar). Di lain masa saya akan berikan kertas-kertas yang lain pula.

701/02 PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Get your own at Scribd or explore others: Education Teaching P&P

Related Posts with Thumbnails












NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER


IKLAN DI SINI

Hanya RM5/bulan!!!

Twitter