Tujuan utama membuat blog adalah supaya tulisan-tulisan kita dapat dibaca oleh orang lain atau pengunjung blog. Semakin banyak yang berkunjung dan memberikan komen tentunya akan membuat senang hati dan gembira. Blog kita tidak akan serta merta dikunjungi ramai, ini memerlukan usaha publisiti dari pemilik blog sendiri.
Banyak cara yang dapat kita lakukan agar blog kita dikenali dan di kunjungi, antara lain adalah rajin-rajinlah blogwalking atau berkunjung ke blog milik orang lain, dan yang paling efektif adalah mendaftar melalui search engine atau mesin pencarian.
Bagi blogger baru mungkin berangggapan bahawa apabila kita membuat website atau blog akan secara automatik tersenarai atau berada pada list berbagai search engine, tetapi kenyataannya tidaklah sedemikian. Seperti juga hal sekolah, kalau mahu nama kita berdaftar pada buku daftar pelajar, kita harus melakukan pendaftaran terlebih dahulu ke sekolah tersebut. Samalah dengan mesin pencarian, agar blog kita tersenarai pada mesin pencarian, kita haruslah mendaftarkan blog kita.
Mesin pencarian jumlahnya sangat banyak sekali, dan pada masa ini yang paling terkenal di dunia adalah Google, Yahoo, serta Msn. Apabila blog kita ingin tersenarai pada mesin pencarian mereka, maka kewajiban kita adalah mendaftarkan URL blog kita pada mesin pencari mereka. Bila ada yang belum tahu kemanakah harus mendaftarkan blognya, maka sila ikuti langkah berikut :
1. Daftar Google
Untuk mendaftar ke Google, silalah kunjungi http://www.google.com/addurl/ . Apabila sudah berada pada halaman pendaftaran ada beberapa langkah yang harus di lakukan, iaitu melengkapkan borang yang disediakan:
· URL --> Isi dengan URL blog anda.
· Comments --> Isi dengan keyword atau kata kunci yang berhubungan dengan blog anda
· Isi kotak kosong dengan huruf Verifikasi yang tersedia.
· Klik Add URL
· Selesai.
Setelah anda mendaftar di Google, maka tidak serta merta blog anda tersenarai pada mesin pencariannya, tetapi memerlukan 3 ke 4 minggu baru blog anda tersenarai. Jika sudah 3 ke 4 minggu, maka cubalah masukkan alamat blog anda pada mesin pencarian Google, apakah sudah tersenarai atau belum? Jika belum, cuba tunggu beberapa minggu lagi. Jika ternyata masih belum juga, cuba daftar lagi blog anda ke Google seperti langkah di atas. Atau mungkin anda tidak sabar ingin cepat tersenarai. Biasanya dalam 3 atau 4 hari saja blog anda sudah tersenarai di Google.
2. Daftar Yahoo!
Untuk mendaftar ke yahoo! sila kunjungi
https://siteexplorer.search.yahoo.com/submit.
Tetapi untuk mendaftar ke Yahoo, anda harus mempunyai account Yahoo, kerana diperlukan log in terlebih dahulu ke account Yahoo. Bagi yang belum punya account Yahoo (email di yahoo) silah buat dulu, bagi yang sudah ada, and login dengan username serta password anda. Apabila sudah login, sudah tersedia kolum untuk diisi, sila isi kolum tersebut dengan URL anda, kemudian klik Add URL, selesai.
3. Daftar ke Msn
Untuk daftar ke Msn, sila kunjungi
http://search.msn.com/docs/submit.aspx?FORM=WSDD2
Sila isi huruf verifikasi dan URL pada kotak yang tersedia, kemudian klik Submit URL, selesai.
4. Apabila anda mempunyai keinginan lebih, iaitu URL blog anda terindeks pada pelbagai mesin pencarian, anda boleh menggunakan bantuan laman Submission. Cuba klik URL di bawah ini :
Tugas anda hanya mengisi alamat URL blog serta menuliskan alamat email saja, kemudian klik Submit Your Site.
5. Jika ingin lebih cepat terkenal cuba lakukan ping ke pelbagai agregator, silan klik link di bawah :
Isi form yang di sediakan.
Selamat Mencuba
thanx for this info...
Its ok. Tapi jgn lupa komen la sikit..
terima kasih cikgu..
banyak ilmu yang dapat dari blog cikgu...merci beoucop!!
mekaceh byk cikgu. entry ni sgt mbantu :)