JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips Menangani Anak

Posted by Khai2020 Ogos 28, 2009 0 comments

Tips Menangani Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul
anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai
tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan
tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara
saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang
ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu
kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan
mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika
suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.
Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah
pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak
dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga
dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan
sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk
mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga
21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu
bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih
sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh
kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak
menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg
sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan
dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh
disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia
balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan
anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st="on"
cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah
tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap
subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran,
pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar,
sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada
mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada
kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka
bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua,
bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa
mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang
sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau
menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.
Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua
kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan
ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak
dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa
kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia
sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan
bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal
sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka?
Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan
bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan
baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik
dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah..
Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali
semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha
pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan
buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau
bala turun. lace w:st="on" Cuba lace kita
perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya
tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik
apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana
hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke
peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya
sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan
hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu
panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan
kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan
bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam,
kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.
Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar
kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek,
walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan
melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua
mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati
golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua
sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti
tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak
sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang
terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin
hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa
kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul,
ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua
dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang
dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya
anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah
adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu
dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti
kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi
Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan
mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil
hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh
suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki
tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah
ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata
ayahnya, bahawa
isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak,
lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi
Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan
santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim
tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang
rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada
yang lain.

lace w:st="on"Ada lace sebanyak 501 tips yang
diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk
mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya
menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini
menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak
kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang
membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri
mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers
merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak
anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama
panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai
kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri
apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun
sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang
dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka
hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan
mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara
termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan
anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak
akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak
merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat
anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda
untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran
untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut
harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun
harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar
menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang
menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada
kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita
mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan
mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran
mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri
mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga
dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan
anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka
walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum
berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman
selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang
sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih
penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi
kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun
dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula
yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka
sendiri

Sambil-sambil baca tu kita layan lagu Getaran Jiwa Nyanyian Mat Saleh Ni…mengancam jugak

Kasut dan beg kulit anda adalah babi?

* cantik kan? :')

* cantik sangat kan? :')


* tapi berkulit babi.

jadi, kepada anda semua di luar sana.
berhati-hati lah. jangan ingat hanya beg dan kasut yang mahal saja
akan menggunakan kulit babi. yang murah pun sama saja.
seperti kasut saya, ianya hanya bernilai RM18.
sedihkan?

baiklah mari bergembira.
sebab anda akan menjadi orang yang bijak mengenal jenis kulit.
tidak perlu berjumpa pakar kulit.
jumpa saja mr.google, perkhimatan beliau sangat hebat.
tak tertanding si hebat yang lain.

ini adalah jenin-jenis kasut dan beg yang mungkin
menggunakan babi untuk menjadikan mereka lembut,
empuk,cantik, dan berkilat.




credit : www.al-azim.com


credit : arsyadmaster.com

** kalau ada 3 tompok dalam satu tu, maknanya tu kulit babi. HATI-HATI**



recognize pig skin lining


3 tiny spots in a group

check ur leather carefully, sometimes it's really hard to differentiate.

avoid any 3 spots!
careful with ur purchases, u never know what it could be.
check ur leather now!

refer here:

http://www.tailileather.com/color.asp

http://www.malimkundang.com/2008/11/how-to-identify-pigskin.html

http://qa.sunnipath.com/issue_view.asp?id=2075





















JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!

KLIK SINI




Bagaimana membina blog 2: Blogspot

Posted by Khai2020 Ogos 19, 2009 1 comments

Jika anda seorang yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging, di sini saya akan menerangkan secara ringkas bagaimana untuk membina sebuah blog menggunakan perkhidmatan blogger.com. Mungkin dilain masa saya akan menerangkan langkah pembinaan blog dari perkhidmatan lain pula. Atau anda boleh minta dari saya untuk menerangkan pembinaan blog pilihan anda. InsyaAllah saya akan cuba tunaikan permintaan anda.


Langkah 1: Pergi ke laman Blogger. Klik butang 'create your blog now'


Langkah 2: Lengkapkan maklumat diri;

  • alamat email
  • kata laluan
  • nama yang akan dipaparkan - dikaki setiap pos.. posted by xxxxxx (namapaparan)
  • word verification - taipkan berdasarkan perkataan yang tertera. Contoh di sini: Boyla
  • Klikkan kotak tanda setuju dengan syarat yang diberikan

Setelah selesai, klik 'continue'

Langkah 3:
  • Isikan 'Blog Title' iaitu tajuk blog anda, contohnya: Panduan Membina Blog merupakan tajuk blog ini.
  • Blog Address: tentukan alamat blog anda, selepas memilih alamat yang anda inginkan, klik "Check Availability" untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda telah berpunya atau belum. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih alamat yang lain.
  • Setelah selesai, klik butang 'continue'
Seterusnya anda hendaklah memilih template / rekaan blog yang disediakan, kemudiannya klik 'continue'
Maka dengan ini, anda telah berjaya mengikuti langkah-langkah membina blog dan juga berjaya membina blog anda sendiri.

Sangat mudah bukan... Jumpa lagi!!!

Pelancaran Bulan Kemerdekaan SMKTPG 2009

Posted by Khai2020 Ogos 15, 2009 0 comments


Hari ini adalah sekolah ganti SMKTPG untuk Deepavali. Pada pagi ini bertempat di Tapak Perhimpunan berlangsung pelancaran Bulan Kemerdekaan 2009. Walaupun ramai murid tidak hadir tetapi acara yang berlangsung tetap meriah. Para pelajar dan guru bersemangat dan penuh patriotik bersama-sama menjayakan majlis tersebut.






















Pada 12 Ogos yang lalu satu pertandingan badminton tertutup antara guru lelaki telah diadakan di Dewan Seri Panglima SMKTPG. Pada kejohanan tersebut sebanyak 6 regu (12 orang) telah berentap untuk merebut hadiah-hadiah lumayan.







PEMENANG MENERIMA HADIAN


JOHAN
REGU 3
CIKGU RAJA RAZALI & CIKGU ROSLAN



Bersama Pengerusi Kelab Guru 7 Kakitangan SMKTPG



NAIB JOHAN
REGU 2
CIKGU FAIZAL REDZA & EN. HANIS



Menerima hadiah daripada pengerusi

Regu 1
Cikgu Redza & En. Hanis

Regu 2
Cikgu Amin & Cikgu Yasser

Regu 3
Cikgu Khairudin & Cikgu Lis
Tebal
Regu 4
Cikgu Raden & Cikgu Nasir

Regu 5
Cikgu Raja Razali & Cikgu Roslan

Regu 6
Cikgu Hafizi & Tn. Haji Jumiran


Pasukan yang berjaya ke separuh akhir ialah:


Cikgu Raja/Cikgu Roslan VS Cikgu Amin/Cikgu Yasser

Cikgu Khairudin/Cikgu Lis VS Cikgu Faizal Redza/En. Hanis


Perlawanan Akhir:
Cikgu Raja/Cikgu Roslan VS Cikgu Faizal Redza/En. Hanis

JOHAN
Cikgu Raja & Cikgu Roslan

NAIB JOHAN
Cikgu Faizal Redza/En. Hanis


Lapan lagi korban H1N1, jumlah 26

Posted by Khai2020 Ogos 09, 2009 0 comments



Lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 26 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kematian tersebut dilaporkan antara 3 Ogos hingga hari ini.

Menurutnya, ada kematian tersebut yang hanya dikesan selepas dilakukan bedah siasat.

Beliau memberitahu pemberita di Kota Kinabalu bahawa sebahagian daripada kematian tersebut membabitkan kumpulan yang berisiko tinggi.

Star melaporkan Liow sebagai berkata, seorang daripada korban tersebut adalah gadis berusia 20 tahun, seorang pelajar kolej, yang meninggal selepas menerima rawatan pesakit luar.

Menurutnya, pada masa ini, terdapat 62 pesakit yang sedang menjalani rawatan, 13 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima lagi sedang menunggu keputusan ujian.

Related Posts with Thumbnails












NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER


IKLAN DI SINI

Hanya RM5/bulan!!!

Twitter