JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalendar Cuti Umum 2012

Posted by Khai2020 Mei 29, 2011 3 comments

Saya percaya ramai yang sedang kelam-kabut untuk cari tarikh dan kalendar sebenar untuk sesi Cuti Sekolah 2012. Maklumlah, AirAsia tengah buat banyak promosi sekarang. Jadi, sekiranya kita merancang percutian lebih awal, ianya pasti menjimatkan!!

Kemanakah destinasi percutian anda tahun 2012 ini?

Paris kah? Korea kah? London kah? atau Hong Kong? semua best tu….

Baiklah, untuk post kali ni, saya sertakan dulu Public Holiday bagi tahun 2012. Ketika post ini ditulis, kalendar cuti sekolah untuk tahun depan masih lagi belum keluar. Nanti bila kementerian buat pengumuman, saya akan update lagi kat sini ya!!

Terima kasih kerana sudi menjadi pengikut setia blog ini.. Sekiranya ada tersalah tarikh, sila tinggalkan komen anda di bawah ni ya!

1/1/2012 – TAHUN BARU 2012

23/1/2012 – 24/1/2011 – TAHUN BARU CINA

5/2/2012 – MAULIDURRASUL

7/2/2012 – THAIPUSAM

1/5/2012 – HARI BURUH

17/5/2012 – HARI WESAK

2/6/2012 – HARI KEPUTERAAN YDPA

17/6/2012 – ISRAK MIKRAJ

21/7/2012 – AWAL RAMADHAN

6/8/2012 – NUZUL AL-QURAN

19/8/2012 – 20/8/2012 – HARI RAYA PUASA

31/8/2012 – HARI MERDEKA

16/9/2012 – HARI MALAYSIA

26/10/2012 – HARI RAYA HAJI

11/11/2012 – DEEPAVALI

15/11/2012 - AWAL MUHARAM

25/12/2012 – HARI KRISMAS

Jangan lupa tinggalkan komen di bawah sekiranya ada apa-apa tambahan ataupun perubahan ya!

SELAMAT HARI GURU

Posted by Khai2020 Mei 15, 2011 0 comments



“Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain”. Pengertian ini sangat mendalam. Ia bermakna, guru sedia berkorban, masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya. Sama ada di dunia dan akhirat.

Oleh itu, wajarlah seorang guru itu perlu dihormati dan disayangi. Tetapi sejak kebelakangan ini, rasa hormat dan sayang terhadap guru semakin terhakis. Bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa juga menunjukkan sikap angkuh dan rendahkan guru.

Boleh dikatakan 99 peratus daripada lebih 360,000 guru di Malaysia adalah mereka yang sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab dan detik hati kecil untuk membantu anak didiknya berjaya.

Tidak ada guru yang akan berfikiran sebaliknya malangnya masyarakat suka dan cepat melihat keburukan daripada kebaikan dengan memberi tumpuan kepada kejadian yang dilaporkan media mengenai keburukan dan menghukum dengan pandangan serong serta prasangka, khususnya ibu bapa.

Keadaan ini membimbangkan kerana kerap berlaku ibu bapa tanpa usul periksa hanya mendengar sebelah pihak dan menyerang guru dengan mengambil tindakan yang menjejaskan kewibawaan mereka.

Oleh itu, amatlah wajar sekali kita mengembalikan rasa hormat kepada guru dalam apa cara sekalipun di Hari Guru ini untuk mengenang jasa mereka kita.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya sejak peringkat rendah sehinggalah sekarang. GURU….Jasamu sentiasa dikenang, malah aku sentiasa berdoa…Semoga anda BAHAGIA dan diRAHMATI Allah SWT selalu.

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
Sumber: http://www.izoblog.com/selamat-hari-guru-2010/


Damia 2 Years

Posted by Khai2020 Mei 08, 2011 0 comments













Related Posts with Thumbnails












NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER


IKLAN DI SINI

Hanya RM5/bulan!!!

Twitter