JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Mari Saya Tunjukkan Cara Bagaimana Berniaga DiShopee Dengan Betul Sehingga Mampu Menjana  Sale 4 Angka Seminggu!

Mungkin anda juga pernah beli barang di Shopee tu!

Tapi, rugilah kalau asyik keluar duit sahaja bila masuk dan guna apps Shopee tu!

Apa kata kita tukar dan buat duit pula dengan apps Shopee tu? 

Caranya... Dengan kita jual barang dan jadi peniaga pula disitu!


Ianya sebuah website marketplace! Iaitu tempat orang ramai boleh menjual dan membeli barang! 

Bahasa mudahnya.. Shopee ini adalah sebuah PASAR! Tetapi secara online!


Kalau nak cerita apa yang best jual barang kat shopee ni! Memang banyak sangat kelebihan dan keistimewaannya!


Lebih-lebih lagi kalau sebelum ini, anda pernah menjual di FB atau Instagram serta menggunakan Whatsapp untuk Close Sale! Memang leceh sikit kalau guna cara tu!


Nak kena layan satu-satu customer untuk dapatkan sale!

Tapi kat Shopee, proses jualan itu jadi lebih mudah!

Tak perlu dah nak layan satu demi satu customer!


Hanya perlu letak gambar produk, letak maklumat produk dan letak harga! Siap!

Kalau ada orang beli! Nanti akan dapat notification dari pihak Shopee!

Tak perlu dah 24 jam tenung handphone dan berbalas mesej di Whatsapp sebab dok layan customer yang belum tentu pun nak beli!


Apa yang paling menarik! Di Shopee ni, pelawatnya ramai! Ramai giler! Secara kasar! Bilangan pelawatnya dianggarkan seramai 21 juta orang sebulan!.. Iaitu kira-kira 700,000 orang sehari! 


ehari! 

shopee traffic

Ramai giler kan? Kalau anda buka kedai kat KLCC pun belum tentu boleh dapat pengunjung/pelawat seramai itu!


Apa yang lagi-lagi-lagi best pasal shopee ni! Pelawat-pelawat kat website/apps Shopee ini! 

Mereka adalah golongan yang mempunyai keinginan membeli yang tinggi!

Sebab itulah mereka masuk/buka apps Shopee! Sebab nak beli barang!


Tidak seperti di Facebook atau Instagram.

Di Facebook & Instagram.. kebanyakkan orang.. buka/ masuk apps tersebut adalah untuk bersosial sahaja! Cuma segelintir kecil je yang masuk ke FB & Instagram untuk cari dan beli barang! Sebab tu kalau nak jual barang kat FB & Insta payah sikit.. nak kena pujuk dan belai dulu customer kat whatsapp.. barulah mereka akan beli!


Eh! Banyak lagilah kelebihan berniaga di Shopee ini!

Kalau nak tahu lebih details pasal kelebihan berniaga di Shopee ni!

Download je EBOOK FREE kat bawah ni!

Ebook Bisnes Shopee!!.!!.

Ebook Bisnes Shopee



Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.




Hah!! Dalam ebook panduan ini, saya dah tulis dan tunjukkan siap-siap. Secara langkah demi langkah, dari mula daftar akaun di Shopee, cara nak masukkan barang hinggalah sampai kepada nak pos barang tu kepada pembeli!


Memang complete!


Antara perkara-perkara penting yang saya tulis di dalam ebook ini ialah..

Berminat Nak Dapatkan Ebook Ini?. 

Klik di bawah.....




PERHATIAN! Kepada Calon Peperiksaan MUET!

KETAHUI TEKNIK LULUS CEMERLANG PEPERIKSAAN MUET DISINI!

(Pendedahan Eksklusif Oleh Penanda Kertas Pemeriksaan MUET!)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan MUET. Adakah anda kini sedang berada di dalam keadaan rungsing memikirkan tentang peperiksaan MUET yang akan hadapi tidak lama lagi?

Maklumlah, peperiksaan MUET ini mungkin salah satu perkara yang terpenting di dalam hidup anda. Ianya akan menentukan sama ada anda akan berjaya untuk menyambung pelajaran ke IPT atau tidak?, atau ia juga akan menjadi tanda penentu bahawa sama ada anda layak atau tidak untuk dinaikkan pangkat di tempat kerja anda.

Pada tahun 2009, seramai 164,446 calon telah menduduki peperiksaan MUET, tetapi malangnya, hanya 12% sahaja yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang (Band 6). Bakinya, memperolehi keputusan yang biasa-biasa sahaja dan kurang memuaskan.

Keputusan yang kurang memuaskan ini akan menyukarkan anda untuk memperolehi jurusan yang anda idamkan di Universiti. Keputusan untuk kenaikan pangkat di tempat kerja mungkin perlu dipertimbangkan semula oleh pihak atasan apabila melihat keputusan peperiksaan MUET anda yang kurang memuaskan. Mahu atau tidak, anda terpaksa mengambil sekali lagi peperiksaan MUET dan ianya akan mengambil masa anda selama 6 bulan lagi.

MEMPERKENALKAN EBOOK ‘PANDUAN MUET’

Panduan MUET ini ditulis atas kesedaran membantu golongan yang ingin maju ke hadapan untuk bersaing di era globalisasi ini. Ebook ini memberi garis panduan tentang bagaimana peperiksaan MUET dijalankan dan juga teknik-teknik menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing.

Di dalam ebook ini, ada banyak panduan dan info yang dapat membantu anda. Antaranya:

  • Gambaran bagaimana peperiksaan Speaking dijalankan
  • Kelemahan calon semasa peperiksaan Speaking
  • Contoh soalan-soalan serta teknik dan panduan menjawab komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing
  • Panduan mahir dalam kemahiran mendengar
  • Format terkini peperiksaan MUET dan pelbagai lagi info yang anda perlukan berkaitan MUET


APAKAH ISI KANDUNGAN EBOOK INI?

Bab 1 : Pengenalan

Bab 2 : Apa itu MUET?

Bab 3 : Speaking Paper (800/2)

  • Perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Speaking Exam
  • Contoh Soalan Peperiksaan Speaking
  • Gambaran Bagaimana Task A Dijalankan
  • Gambaran Bagaimana Task B Dijalankan
  • Kelemahan Calon Semasa Peperiksaan Speaking

Bab 4 : Reading Paper (800/3)

  • Panduan Menjawab Soalan Reading
  • Cara Mencari Makna Perkataan Tanpa Guna Kamus
  • Contoh Soalan Reading

Bab 5 : Writing Paper (800/4)

  • Cara Menjawab Soalan Writing
  • Senarai Perkataan Untuk Membuat Analisa
  • Contoh Soalan & Jawapan Paper Writing

Bab 6 : Listening Paper (800/1)

  • Panduan Menjawab Ujian Listening
  • Tips Memperbaiki Kemahiran Mendengar
  • Tips Menjadi Pendengar Yang Baik
  • Contoh Soalan Listening

Bab 7 : Panduan Menghadapi Peperiksaan

  • Sebelum Peperiksaan
  • Semasa Peperiksaan
  • Selepas Peperiksaan

Bab 8 : Penutup



APA KATA MEREKA?

Buku-buku rujukan MUET di pasaran selalunya menyediakan contoh soalan- soalan sahaja. Tetapi Panduan MUET menyediakan sekali teknik-teknik menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing. Cara penyampaiannya juga mudah dan senang difahami.

Panduan MUET juga amat sesuai bagi calon-calon peperiksaan yang tidak berpeluang mengikuti kelas bimbingan MUET secara formal atas sebab masa atau kesibukan bekerja.

Yang ikhlas, 

 Teacher Asmah http://teikakawashi.blogspot.com


BERAPAKAH HARGA EBOOK INI?

Dengan membaca ebook ini, segala tanda tanya dan persoalan berkaitan MUET yang bermain di minda anda pasti akan terjawab. Anda tidak perlu berbelanja besar untuk ebook ini. Harganya hanya RM30 sahaja!

Ya! RM30 sahaja. Sepatutnya harga ebook ini lebih mahal selaras dengan pengalaman saya yang sudah berbelas tahun menjadi tenaga pengajar, pemeriksa kertas Bahasa Inggeris dan berkelulusan Sarjana TESL. Tetapi istimewa untuk anda, anda boleh memperolehi tips kejayaan peperiksaan MUET ini dengan hanya RM30 sahaja.

ADA BONUS HEBAT!

Jika anda mendapatkan ebook ‘Panduan MUET’ ini sekarang, anda akan menerima DUA lagi buah ebook yang sangat menarik secara PERCUMA!

EBOOK BONUS # 1
TIPS MENGUASAI BAHASA INGGERIS

Ebook ini menyenaraikan dan membincangkan bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan memahirkan komponen Listening, Speaking, Reading dan Writing anda.

Ebook ini juga mengajar anda proses menulis esei dari peringkat memahami tajuk esei hingga peringkat akhir iaitu menyemak kesalahan.

EBOOK BONUS#2
PANDUAN PENGUCAPAN UMUM YANG BERKESAN

Ebook ini memberikan tips menyampaikan pengucapan umum yang berkesan.

Faedah-faedah yang diterima dari pengucapan umum

Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa berucap dan beberapa lagi info menarik tentang pengucapan umum.

DAPATKAN SEKARANG!

Jadi! Usah berlengah lagi! dapatkanlah ebook panduan ini untuk memberikan keyakinan kepada anda di dalam menghadapi peperiksaan MUET yang akan datang dan sekaligus, membolehkan anda memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan tersebut! Klik butang dibawah untuk mendapatkan ebook ini!

Ya! Saya ingin mendapatkan ebook Panduan MUET ini sekarang dengan harga RM30 sahaja!

PERHATIAN! Kepada Calon Peperiksaan MUET!


KETAHUI TEKNIK LULUS CEMERLANG PEPERIKSAAN MUET DISINI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…



LAGU RAYA M. NASIR

Posted by Khai2020 Jun 18, 2017 0 comments


SUATU HARI DI HARI RAYA
OLEH: M. NASIR

LAGU RAYA

Posted by Khai2020 0 comments


"AIR MATA"
OLEH: SITI NURHALIZA


Saya ingin berkongsi satu peluang yang hebat bagi mereka yang berminat. Pekerja dari rumah samada secara sambilan atau sepenuh masa diperlukan di seluruh Malaysia. Upah yang lumayan disediakan. Bekerja dengan syarikat berasaskan internet di seluruh dunia. Segera rebut peluang.... Klik banner di bawah....











TAKWIM SEKOLAH 2015

Posted by Khai2020 Disember 12, 2014 0 comments

Berikut adalah perincian Takwim Persekolahan bagi Tahun 2015 yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Pendidikan Malaysia. Takwin sangat berguna bagi guru-guru yang akan membuat perancangan pengagajaran di kelas. Ia juga penting sebagai panduan kepada ibu bapa dan penjaga pelajar bagi merancang aktiviti persekolahan mahupun cuti.








Kita tidak dapat setuju dengan kekejaman Hitler, cumanya di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya.

Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi. Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf.

Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies.

Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi. Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto.

Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam. Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah.

Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? 

Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya (yg kedua), Yahudi memang dalam sejarahnya adalah bangsa yang merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Pun begitu Islam tidak mengiktiraf kekejaman sekalipun ke atas Yahudi. Setiap individu tanpa mengira latar bangsa hendaklah dihukum secara adil dan saksama.

The End

Anda boleh membuat semakan urusan kenaikan pangkat secara online dari masa ke semasa menerusi link yang disediakan dibawah. Ianya dijangka boleh mula dibuat selepas tarikh pengesahan oleh Ketua Jabatan pada 19 dan 20 Julai 2012.

Pemohon atau pengguna tidak dibenarkan lagi membuat sebarang urusan pendaftaran mahupun pengemaskinian maklumat dalam Sistem e-Pangkat selepas tarikh 18 Julai 2012. Namun dalam pada itu Ketua Jabatan masih boleh melakukan pengemaskinian selepas tarikh berkenaan. Berdasarkan maklumat KPM, jika anda ada masalah atau tidak tersenarai (jika layak) dalam Keputusan Kenaikan Pangkat (e-Pangkat) ini, maka Ketua Jabatan akan bertanggungjawab sekiranya PPP dan AKP tidak boleh dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan/ kenaikan pangkat yang akan disiarkan di laman ePangkat selepas ini. kredit kepada ammboi.com

SEMAKAN KEPUTUSAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT ONLINE (e-PANGKAT)


Semakan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Online (e-Pangkat) – KPM

Note: Tahniah pada yang berjaya. Semoga ianya menambahkan semangat anda untuk terus memperjuangkan kerjaya anda sebagai warga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).



Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan berita mengenai pelarasan gaji kakitangan awam sekitar 1 bulan lebih yang lalu iaitu pada 23 September [klik : DI SINI]. Nampaknya proses menambahbaik skim penjawat awam berjalan seperti yang dirancang. Terbaru….

Terbaru, daripada 1.4 juta kakitangan awam, sejumlah 600,000 penjawat awam akan terlibat sama akan menrima “durian runtuh” apabila bakal menerima kenaikan gaji kakitangan awam naik yang mana akan melibatkan 81 skim perkhidmatan awam kesemuanya. Antaranya :

KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM NAIK 2 TANGGA GAJI : SENARAI SKIM?


  1. Pembantu Kawalan Trafik Udara
  2. Pemandu Lokomotif Sabah
  3. Pereka
  4. Pegawai Kebudayaan
  5. Ahli Fotografi
  6. Jurusolek
  7. Pegawai Galian
  8. Pegawai Kimia Bumi
  9. Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
  10. Penolong Pegawai Galian
  11. Penolong Pegawai Kimia Bumi
  12. Pembantu Galian
  13. Pembantu Kaji Bumi
  14. Pegawai Makmal Filem

SELAMAT HARI GURU

Posted by Khai2020 Mei 16, 2013 1 comments

S

Fakta-fakta Menarik PRU 13.....

Posted by Khai2020 Mei 08, 2013 1 comments




Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

4) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

5) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

6) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

7) Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

 

Kelebihan memakan petai

Posted by Khai2020 Oktober 29, 2012 0 comments



Keenakan petai sebagai ulam, jeruk, mahupun menjadi bahan dalam masakan seperti sambal tumis udang atau sambil ikan bilis dan sebagainya, membuatkan penggemar-penggemar petai berasa lapar.

Di sebalik keenakan petai bersama kesan bau mulut yang kurang menyenangkan, petai turut mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi. .

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu, buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). .

Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik. .

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai
* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang
Petai belalang mempunyai buah yang kecil. Petai Belalang ini boleh didapati di kawasan kampung. Petai Belalang ini baik bagi mereka yang hendak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkan petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.
 
http://my.entertainment.yahoo.com/news/kelebihan-memakan-petai

TAKWIM PERSEKOLAHAN & PEPERIKSAN 2013

Posted by Khai2020 Oktober 23, 2012 0 comments




Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim persekolahan bagi tahun 2013. Diharapkan ini dapat memudahkan pelajar, ibu bapa atau penjaga dan pihak sekolah membuat perancangan untuk tahun 2013:
 


 

Mana lebih baik iPhone 5 Vs Samsung Galaxy S3

Posted by Khai2020 Oktober 21, 2012 0 comments

Klik pada imej untuk besarkan...

 

PSY - GANGNAM STYLE (강남스타일) M/V

Posted by Khai2020 September 21, 2012 0 comments


Bernama 10/9/2012 KOTA BAHARU, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus yang terbaik kepada anggota perkhidmatan awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 Sept ini. Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata sebelum ini CUEPACS memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan. "Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat dua bulan bonus. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini Ahad. Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi dan kecekapan mereka melaksanakan tanggungjawab. Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya memberi nama baru kepada jawatan yang berkaitan dengan pembantu seperti pembantu pertanian, pembantu pegawai tadbir dan pembantu juruteknik. -- BERNAMA

LAGU RAYA

Posted by Khai2020 Ogos 16, 2012 0 comments


BONUS RAYA SETENGAH BULAN GAJI!!!!!!

Posted by Khai2020 Julai 25, 2012 0 comments


BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM, BAYARAN KHAS RM500 UNTUK PESARA KERAJAAN

Bernama
25/7/2012

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

-- BERNAMA

Dipetik daripada:
http://cuepacs.blogspot.com/2012/07/bonus-setengah-bulan-gaji-untuk.html


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Sambutan Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Sambutan Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.
KUALA KANGSAR: Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena sambutan Hari Guru ke-41 di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kenaikan pangkat itu membabitkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
Beliau turut mengumumkan 3,085 pengetua gred DG48 ke DG52 dan penolong pengetua gred DG44 ke DG48 akan diperakukan untuk kenaikan pangkat secara berperingkat mulai bulan depan.

Guru terbabit boleh menyemak status kenaikan pangkat di laman web Kementerian Pelajaran.



PROGRAM MINGGU ORIENTASI PELAJAR PRAUNIVERSITI SMKTPG AMBILAN MEI 2012

Tarikh: 7 - 16 MEI 2012
























































Related Posts with Thumbnails












NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER


IKLAN DI SINI

Hanya RM5/bulan!!!

Twitter