Bilangan Blog: Anda boleh membuka sebanyak mana yang disukai dalam satu akaun.
Bilangan Pos: Tidak ada sekatan had bagi bilangan pos dalam satu-satu blog. Kesemuanya akan disimpan dalam akaun anda (kecuali yang telah anda hapuskan) tidak kira samada anda memaparkan pos-pos dari dalam arkib atau tidak.
Saiz Pos: Tidak ada had panjang sesuatu pos individu, tetapi penggunaan satu muka paparan ada batasannya.
Saiz Satu-satu Muka Paparan: Muka paparan individe samada muka induk atau muka bagi pos-pos dalam arkib dihadkan sebanyak 1MB. Ini bertujuan bagi membenarkan beberapa ratus muka paparan, tetapi anda akan menghadapi masalah sekiranya anda senaraikan terlalu banyak pos dalam dalam muka induk blog anda. Sekiranya anda melanggar had yang dibenarkan bagi satu muka anda akan mendapat mesej "006 Please contact Blogger Support". Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mengurangkan bilangan pos blog anda, ini jagi membolehkan blog anda dibuka dengan cepat.
Bilangan komen: Setiap satu pos boleh menerima banyak komen-komen. Seperti pos dalam arkib sekiranya anda menyembunyikan sebahagian dari komen dalam blog anda, kesemua komen-komen tersebut masih ada tersimpan dalam akaun anda.
Jumlah Gambar: Jumlah gambar yang boleh disimpan dalam storan akaun anda ialah 1GB berkongsi dengan 'Picasa Web'.
Saiz Gambar: Sekiranya anda menghantar pos gambar melalui 'Blogger Mobile', had bagi satu gambar adalah sebanyak 250K.
Ahli Blog: Sekiranya anda mengumpul ahli dalam blog anda, bilangan yang dibenarkan adalah seramai 100 ahli bagi setiap blog.
Deskripsi Blog: Had bagi menulis deskripsi dalam satu-satu blog adalah sebanyak 500 aksara.
Maklumat Profil "About Me": Maksima 1,200 aksara.
Profil "Interests and Favorites": Maksima sebanyak 2,000 aksara setiap satu medan.
Bila anda telah mendaftar masuk dalam Blogger anda akan melihat paparan 'Dashboard' seperti gambar di bawah. Senarai yang menunjukkan kesemua blog yang telah anda buat. Klik ikon berwarna hijau 'plus' untuk menyediakan pos baru:

Bila telah selesai sila klik "Preview" untuk melihat paparannya.

Setalah anda puas hati dengan pos yang dibuat sila klik "Publish" dan pos anda sedia untuk dibaca oleh pengunjung:

Langkah pertama. Sila buka laman web Google Blogger. Anda akan dapati laman dengan gambar seperti di atas. Klik anak panah warna merah "CREATE YOUR BLOG NOW" untuk langkah seterusnya.Klik gambar untuk lihat lebih jelas.
Langkah Kedua. Anda akan lihat paparan muka "Create a Google Account" seperti dalam gambar di stas. Untuk mendaftar sila isi semua ruangan yang disediakan:-
- Email Address (must already exist): Tuliskan alamat email yang anda guna sekarang kerana Google akan menghantar email pengesahan kepada anda sebaik sahaja anda telah mendaftar. Bagi yang belum ada buatlah emel samada di Google, Yahoo, Hotmail dsbg...
- Retype Email Address: Taip sekali lagi alamat email yang sama seperti di atas.
- Enter a Password: Masukkan kata laluan anda di sini sekurang-kurangnya 8 aksara, dan simpan serta ingatkan untuk setiap kali mendaftar masuk ke Google Blogger.
- Retype Password: Taip kata laluan di atas sekali lagi untuk pengesahan.
- Dispaly Name: Taip nama anda (tidak semestinya nama sebenar). Nama ini akan dipaparkan dalam blog anda nanti.
- Word Verification: Sila taip huruf-huruf warna merah yang Google sediakan disitu dengan betul dan tepat, sekiranya anda tersalah taip Google akan membuka paparan ini semula sehingga ditaip dengan betul.
Setelah selesai dan anda yakin semua maklumat yang ditaip adalah betul sila klik panah "CONTINUE" untuk langkah seterusnya. Jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan Google akan memaparkan semula paparan muka ini untuk anda betulkan sebarang kesilapan.

Langkah ketiga. Anda akan dibawa kepada paparan muka "Name Your Blog" seperti gambar di atas untuk menamakan blog anda. Ada tiga ruangan yang perlu diisi:-
- Blog Title. Isikan ruangan ini dengan tajuk (title) yang berkaitan dengan isi tulisan bakal ditulis dalam blog anda. Sebarang Tajuk. Tajuk ini akan dipaparkan nanti dalam 'dashboard' anda, dalam blog anda dan dalam profil anda.
- Blog Address (URL). Pilih nama yang sesuai dan masukkan nama blog anda dalam ruangan ini (http://NamaBlogAnda.blogspot.com). Alamat URL ini akan digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin membuka dan membaca blog anda, jadi anda kena catatkan alamat ini. Selepas menaip nama blog anda klik dulu "
Check Availability untuk menyemak nama yang anda taip belum digunakan oleh orang lain serta dibenar untuk digunakan. - Word Verification. Masukkan huruf-huruf yang sedia dipaparkan diatas itu dalam ruangan ini, sama dan tepat seperti huruf yang dipaparkan.

Langkah keempat. Memilih 'template' untuk blog anda. Dalam paparan muka ini ada disediakan gambar dua belas (12) jenis template dengan gambar contohnya, (lihat gambar di atas), skroll keatas dan kebawah untuk melihat semuanya dan pilih satu yang anda suka. Nama dua belas template tersebut adalah seperti berikut:-
- Minima
- Minima Black
- Dots
- Son of Moto
- No.897
- Scribe
- TicTac
- Thisaway Rose
- Snapshot
- Rounders 3
- Dots Dark
- Sand Dollar
Klik pada butang bulat gambar blog tersebut untuk memilih satu yang anda suka kemudian klik "CONTINUE" untuk langkah seterusnya.

Langkah kelima. Anda akan dibawa kepada paparan muka "Your blog has been created!" seperti dalam gambar di atas. Ini menunjukkan anda telah berjaya membuat satu blog untuk anda, jangan lupa catatkan alamat URL blog anda, ID pengguna dan kata laluan untuk akaun google blogger anda.
Klik pada panah "START BLOGGING" untuk langkah seterusnya.

Langkah keenam. Akhir anda telah berjaya sampai di sini, dimana dalam paparan bahagian ini anda akan menulis dalam ruang yang disediakan apa-apa sahaja cerita-cerita yang ingin anda tulis dan sampaikan kepada pembaca blog anda nanti. Sila beri tajuk artikel yang akan anda tulis dan masukkan dalam ruangan "Title:" di atasnya. Selesai menaip anda kena klik pada "PUBLISH POST" untuk dipaparkan dalam blog anda. Google akan 'save' pos anda selepas itu dan anda boleh klik pada "View Blog" untuk melihat rupa blog yang anda tulis.
Link pada posting-an
Jika anda membuat sebuah artikel untuk di posting, dan di dalam nya ingin di buatkan sebuah link, misalkan artikel tersebut bercerita tentang bisnes yang anda ikuti pada sebuah website di internet, lalu anda ingin mengajak para pembaca artikel tersebut untuk mengunjungi website yang anda ceritakan. Misalnya dalam artikel tersebut ada kata-kata seperti Jika anda tertarik sila klik disini, jadi untuk membuat link dari kata-kata tersebut sila ikuti langkah-langkah berikut :
- Highlight kata-kata yang ingin di buat link, contoh di atas adalah klik disini.
- Klik ikon yang bergambar seperti ini
yang berada pada toolbar, kemudian itu akan muncul tulisan http:// pada window baru yang berbentuk seperti gambar di bawah ini :
- Isi kotak yang ada tulisan tersebut dengan alamat website yang anda inginkan, misalnya : http://www.cikgukhai.com/panduanblogger
- Klik OK. Selesai
Untuk mengetahui tulisan mana yang sedang diubah oleh anda, lihat sahaja mana yang berubah tulisannya pada preview yang terletak sebelah bawah.
Peniaga-peniaga agak sistematik dengan memakai t-shirt seragam. Kiranya kalau diberi 5 bintang saya bagi 4 la. Saya syorkan anda semua datang la ke pasar malam putrajaya Presint 2. Ianya terletak berhampiran dengan pejabat kerajaan. Kalau anda tahu Masjid Putra maknanya anda dah dekat dengan pasar malam tersebut. Selamat datang.
HARI : SELASA & JUMAAT
(setiap minggu)
Untuk berkongsi pengalaman kami di Langkawi berikut adalah sebahagian dari foto yang sempat dirakamkan. Untuk foto selengkapnya sila lihat pada slideshow di sebelah kanan blog ini.
Hari ini saya ingin menjawab pertanyaan dari AM melalui shoutbox tentang bagaimana cara membuat kategori (label) dari artikel yang telah diposting. Dengan adanya kategori atau label artikel dalam sesuatu kelompok yang telah diposting oleh pemilik blog dapat mempermudahkan para pembaca memilih artikel mana yang ingin dibaca.
Bagaimana cara membuat label?
Sila ikuti langkah - langkah berikut ini :
1. Sig in di blogger dengan id anda
2. Klik menu Layout
3. Klik menu Elemen Halaman
4. Klik tulisan Tambahkan sebuah Elemen Halaman
5. Klik TAMBAHKAN KE BLOG yang berada di bawah tulisan Label
8. Klik SIMPAN PERUBAHAN
9. Selesai.
Sangat mudah bukan?
Selamat mencuba !