JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SALAM MA'AL HIJRAH 1430

Posted by Khai2020 Disember 28, 2008 2 comments



Jangan lupa doa Awal Tahun [ download ] dan Akhir Tahun [ download ] ok. Semoga di tahun yang baru ini lebih kemakmuran dan kesejahteraan buat semua umat Islam seluruh dunia. Ayuh sama-sama kita bilas hati kita.

CIKGU RADEN DAPAT BABY GIRL

Posted by Khai2020 Disember 24, 2008 3 comments

Tahniah kepada rakan blogger kita Cikgu Raden Imanuddin yang telah mendapat baby girl. Saya pun dapat berita ni daripada Blog Perkongsian Maklumat. Bayi dilahirkan secara ceasarean seberat 3.39kg (sihat tu) di HUKM pada 11.50 pagi tadi. Syukur diucapkan kerana isteri dan anak Cikgu Raden yang kedua-duanya sihat walafiat. Maka secara rasminya Cikgu Raden bergelar "BAPA". Tahniah... Tahniah.... Tahniah.... Harap-harap cikgu Raden dapat tunjukkan foto baby dia. Kita pun sama tumpang gembira....

Bilangan Blog: Anda boleh membuka sebanyak mana yang disukai dalam satu akaun.

Bilangan Pos: Tidak ada sekatan had bagi bilangan pos dalam satu-satu blog. Kesemuanya akan disimpan dalam akaun anda (kecuali yang telah anda hapuskan) tidak kira samada anda memaparkan pos-pos dari dalam arkib atau tidak.

Saiz Pos: Tidak ada had panjang sesuatu pos individu, tetapi penggunaan satu muka paparan ada batasannya.

Saiz Satu-satu Muka Paparan: Muka paparan individe samada muka induk atau muka bagi pos-pos dalam arkib dihadkan sebanyak 1MB. Ini bertujuan bagi membenarkan beberapa ratus muka paparan, tetapi anda akan menghadapi masalah sekiranya anda senaraikan terlalu banyak pos dalam dalam muka induk blog anda. Sekiranya anda melanggar had yang dibenarkan bagi satu muka anda akan mendapat mesej "006 Please contact Blogger Support". Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mengurangkan bilangan pos blog anda, ini jagi membolehkan blog anda dibuka dengan cepat.

Bilangan komen: Setiap satu pos boleh menerima banyak komen-komen. Seperti pos dalam arkib sekiranya anda menyembunyikan sebahagian dari komen dalam blog anda, kesemua komen-komen tersebut masih ada tersimpan dalam akaun anda.

Jumlah Gambar: Jumlah gambar yang boleh disimpan dalam storan akaun anda ialah 1GB berkongsi dengan 'Picasa Web'.

Saiz Gambar: Sekiranya anda menghantar pos gambar melalui 'Blogger Mobile', had bagi satu gambar adalah sebanyak 250K.

Ahli Blog: Sekiranya anda mengumpul ahli dalam blog anda, bilangan yang dibenarkan adalah seramai 100 ahli bagi setiap blog.

Deskripsi Blog: Had bagi menulis deskripsi dalam satu-satu blog adalah sebanyak 500 aksara.

Maklumat Profil "About Me": Maksima 1,200 aksara.

Profil "Interests and Favorites": Maksima sebanyak 2,000 aksara setiap satu medan.

CARA MEMBUAT POSTINGAN 2

Posted by Khai2020 Disember 23, 2008 0 comments

Bila anda telah mendaftar masuk dalam Blogger anda akan melihat paparan 'Dashboard' seperti gambar di bawah. Senarai yang menunjukkan kesemua blog yang telah anda buat. Klik ikon berwarna hijau 'plus' untuk menyediakan pos baru:


Muka baru untuk membuat pos akan dipaparkan (create new post page). Mulakan dengan memberi tajuk kepada pos anda dan teruskan menaip isi pos:


Bila telah selesai sila klik "Preview" untuk melihat paparannya.



Setalah anda puas hati dengan pos yang dibuat sila klik "Publish" dan pos anda sedia untuk dibaca oleh pengunjung:


PANDUAN MEMBINA BLOG 2 (BLOGGER)

Posted by Khai2020 Disember 22, 2008 0 comments

Pada postingan yang lalu saya telah pun memberikan panduan bagaimana membina blog. Tetapi saya rasakan ianya kurang kemas. Pada kali ini saya berikan panduan yang lebih detail dan jelas semoga dapat membantu kepada mereka yang ingin mula berblogging.Klik gambar untuk lihat lebih jelas.


Langkah pertama. Sila buka laman web Google Blogger. Anda akan dapati laman dengan gambar seperti di atas. Klik anak panah warna merah "CREATE YOUR BLOG NOW" untuk langkah seterusnya.

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Langkah Kedua. Anda akan lihat paparan muka "Create a Google Account" seperti dalam gambar di stas. Untuk mendaftar sila isi semua ruangan yang disediakan:-

  • Email Address (must already exist): Tuliskan alamat email yang anda guna sekarang kerana Google akan menghantar email pengesahan kepada anda sebaik sahaja anda telah mendaftar. Bagi yang belum ada buatlah emel samada di Google, Yahoo, Hotmail dsbg...

  • Retype Email Address: Taip sekali lagi alamat email yang sama seperti di atas.

  • Enter a Password: Masukkan kata laluan anda di sini sekurang-kurangnya 8 aksara, dan simpan serta ingatkan untuk setiap kali mendaftar masuk ke Google Blogger.

  • Retype Password: Taip kata laluan di atas sekali lagi untuk pengesahan.

  • Dispaly Name: Taip nama anda (tidak semestinya nama sebenar). Nama ini akan dipaparkan dalam blog anda nanti.

  • Word Verification: Sila taip huruf-huruf warna merah yang Google sediakan disitu dengan betul dan tepat, sekiranya anda tersalah taip Google akan membuka paparan ini semula sehingga ditaip dengan betul.

Setelah selesai dan anda yakin semua maklumat yang ditaip adalah betul sila klik panah "CONTINUE" untuk langkah seterusnya. Jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan Google akan memaparkan semula paparan muka ini untuk anda betulkan sebarang kesilapan.

Klik gambar untuk lihat yang lebih jelas.

Langkah ketiga. Anda akan dibawa kepada paparan muka "Name Your Blog" seperti gambar di atas untuk menamakan blog anda. Ada tiga ruangan yang perlu diisi:-

  • Blog Title. Isikan ruangan ini dengan tajuk (title) yang berkaitan dengan isi tulisan bakal ditulis dalam blog anda. Sebarang Tajuk. Tajuk ini akan dipaparkan nanti dalam 'dashboard' anda, dalam blog anda dan dalam profil anda.

  • Blog Address (URL). Pilih nama yang sesuai dan masukkan nama blog anda dalam ruangan ini (http://NamaBlogAnda.blogspot.com). Alamat URL ini akan digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin membuka dan membaca blog anda, jadi anda kena catatkan alamat ini. Selepas menaip nama blog anda klik dulu "Check Availability untuk menyemak nama yang anda taip belum digunakan oleh orang lain serta dibenar untuk digunakan.

  • Word Verification. Masukkan huruf-huruf yang sedia dipaparkan diatas itu dalam ruangan ini, sama dan tepat seperti huruf yang dipaparkan.
Setelah lengkap ditaip sila klik panah "CONTINUE" unruk langkah berikutnya.

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Langkah keempat. Memilih 'template' untuk blog anda. Dalam paparan muka ini ada disediakan gambar dua belas (12) jenis template dengan gambar contohnya, (lihat gambar di atas), skroll keatas dan kebawah untuk melihat semuanya dan pilih satu yang anda suka. Nama dua belas template tersebut adalah seperti berikut:-

  • Minima

  • Minima Black

  • Dots

  • Son of Moto

  • No.897

  • Scribe

  • TicTac

  • Thisaway Rose

  • Snapshot

  • Rounders 3

  • Dots Dark

  • Sand Dollar

Klik pada butang bulat gambar blog tersebut untuk memilih satu yang anda suka kemudian klik "CONTINUE" untuk langkah seterusnya.


Langkah kelima. Anda akan dibawa kepada paparan muka "Your blog has been created!" seperti dalam gambar di atas. Ini menunjukkan anda telah berjaya membuat satu blog untuk anda, jangan lupa catatkan alamat URL blog anda, ID pengguna dan kata laluan untuk akaun google blogger anda.

Klik pada panah "START BLOGGING" untuk langkah seterusnya.

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Langkah keenam. Akhir anda telah berjaya sampai di sini, dimana dalam paparan bahagian ini anda akan menulis dalam ruang yang disediakan apa-apa sahaja cerita-cerita yang ingin anda tulis dan sampaikan kepada pembaca blog anda nanti. Sila beri tajuk artikel yang akan anda tulis dan masukkan dalam ruangan "Title:" di atasnya. Selesai menaip anda kena klik pada "PUBLISH POST" untuk dipaparkan dalam blog anda. Google akan 'save' pos anda selepas itu dan anda boleh klik pada "View Blog" untuk melihat rupa blog yang anda tulis.

BREAKFAST AT KLUANG STATION

Posted by Khai2020 Disember 19, 2008 0 comments

I brought my family to Kluang Station for breakfast today, this is the place that we can find the best toast in town and its also my favourate place for breakfast whenever i got chance visiting my brother in law here at Kluang. We arrived at that place at about 7.30 am and its quite early so we can find a place easier and not to wait for a long queve. The price of the food here is so resounable indeed.We can have nasi lemak or mihun with only 70 cent. The best thing that happened here in Kluang Station is that we can find people enjoying their meal freely and happily even have to share the seat with others...












CARA MAMBUAT LINK (1)

Posted by Khai2020 Disember 16, 2008 1 comments

Dalam dunia blog, tentu anda tidak asing lagi dengan yang namanya link. Apabila anda seorang blogger, tentu saja membuat link adalah sesuatu yang harus. Berbeza dengan website pada umumnya, blog mempunyai link exchange atau bertukar link dengan blog lain, jadi kalau anda tidak tahu membuat link, ini akan menyebabkan anda akan diasingkan oleh blogger lain. Dalam topik membuat link ini, saya akan mengulasnya serba sedikit :

Link pada posting-an

Jika anda membuat sebuah artikel untuk di posting, dan di dalam nya ingin di buatkan sebuah link, misalkan artikel tersebut bercerita tentang bisnes yang anda ikuti pada sebuah website di internet, lalu anda ingin mengajak para pembaca artikel tersebut untuk mengunjungi website yang anda ceritakan. Misalnya dalam artikel tersebut ada kata-kata seperti Jika anda tertarik sila klik disini, jadi untuk membuat link dari kata-kata tersebut sila ikuti langkah-langkah berikut :

  1. Highlight kata-kata yang ingin di buat link, contoh di atas adalah klik disini.


  2. Klik ikon yang bergambar seperti ini yang berada pada toolbar, kemudian itu akan muncul tulisan http:// pada window baru yang berbentuk seperti gambar di bawah ini :






  1. Isi kotak yang ada tulisan tersebut dengan alamat website yang anda inginkan, misalnya : http://www.cikgukhai.com/panduanblogger


  2. Klik OK. Selesai
Mudah sekali kan? Selamat mencuba...

CARA SETTING HURUF & WARNA BLOG

Posted by Khai2020 Disember 12, 2008 0 comments

Anda bosan dengan setting huruf & warna blog anda? Sebenarnya anda boleh menetapkan huruf & warna blog anda mengikut citarasa anda. Untuk para blogger baru, anda menikmati fasiliti baru dari blogger.com, iaitu anda dapat mengatur jenis font (huruf) serta warna font dengan mudah. Berikut adalah langkah -langkah untuk mengatur Fonts & Colors (khusus untuk blogger baru dengan template baru, untuk blogger yang memakai template klasik, menu ini tidak disediakan). Klik menu "Fonts and Colors", maka akan muncul beberapa tetapan :

  1. Page Background color --> tetapan warna background blog. Sila klik warna yang ada di sebelah kanan yang disukai


  2. Text Color --> tetapan warna huruf dari postingan


  3. Link Color --> tetapan warna huruf yang di link


  4. Blog Title Color --> tetapan warna huruf judul Blog


  5. Blog Description Color --> tetapan warna huruf keterangan blog


  6. Post Title Color -->tetapan warna huruf judul postingan


  7. Border Color --> tetapan warna kotak yang mengelilingi judul blog, serta garis pemisah


  8. Sidebar Title Color --> pengaturan warna hurup judul yang anda di sidebar (kolom samping)


  9. Sidebar Title Color --> tetapan warna huruf yang ada di sidebar(colum tepi)


  10. Visited link Color --> tetapan warna huruf link ketika pengunjung meletakkan cursor ke tulisan yang mengandung link


  11. Text Font --> tetapan jenis huruf, untuk huruf hasil dari postingan ataupun huruf yang ada di sidebar


  12. Sidebar Title Font --> tetapan jenis huruf untuk judul yang ada di sidebar serta tarikh postingan


  13. Blog Title Font --> tetapan jenis huruf Judul blog


  14. Blog Description Font --> tetapan jenis hurup keterangan blog


  15. Post Footer Font --> tetapan jenis huruf footer (contoh : posted by )


  16. Klik “ SAVE CHANGES” untuk mengakhiri tetapan. Selesai


Untuk mengetahui tulisan mana yang sedang diubah oleh anda, lihat sahaja mana yang berubah tulisannya pada preview yang terletak sebelah bawah.


BERITA MENYEDIHKAN....

Posted by Khai2020 Disember 06, 2008 4 comments

Pada pukul 5.00 pagi tadi saya mendapat panggilan dari bapa mentua dari kampung. Beritanya sangat menyedihkan. Abang Mok sepupu isteri saya atau nama penuhnya En. Tomadan B. Johari telah pulang ke Rahmatullah di tanah suci Mekah Al-Mukarramah ketika menunaikan haji. Umur Allahyarham ialah 54 tahun. Allahyarham adalah seorang penjawat awam JUSA C dan bertugas di Institut Tadbiran Awam Negara, Bukit Kiara. Sebelum itu beliau beliau adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atasnya. Allahyarham sebenarnya tidak berapa sihat. Beliau terpaksa menghadiri dialisis 2 minggu sekali. Diberitakan semasa meninggal dunia Allahyarham sedang dialisis. Saya rasa sedikit terkilan juga kerana kali terakhir semasa menghantar beliau di Kompleks Haji Kelana Jaya saya tak sempat bersalam dan mengucapkan sesuatu kepada Allahyarham. Kepada Topek dan Mak Yah Bersabarlah. Allah lebih sayang dia.





Semoga rohnya bersemadi dengan tenang. Amin......
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah...
AL- FATIHAH........

PASAR MALAM DI PUTRAJAYA

Posted by Khai2020 Disember 05, 2008 2 comments

Termasuk hari ni dah 2 kali saya pergi ke Pasar Malam di Presint 2, Putrajaya. Dulu rasa malas nak pergi memikirkan tempat parking yang terhad. Tetapi tanggapan saya meleset sebab parkingnya jangan la risau. Takde problem... Banyak....Gerai-gerai jualannya sangatlah banyak. Bermacam-macam barangan daripada barang dapur, pakaian, makanan, minuman, dan sebagainya. Kereta pun turut dijual.

Peniaga-peniaga agak sistematik dengan memakai t-shirt seragam. Kiranya kalau diberi 5 bintang saya bagi 4 la. Saya syorkan anda semua datang la ke pasar malam putrajaya Presint 2. Ianya terletak berhampiran dengan pejabat kerajaan. Kalau anda tahu Masjid Putra maknanya anda dah dekat dengan pasar malam tersebut. Selamat datang.


LOKASI: PRESINT 2
HARI : SELASA & JUMAAT

(setiap minggu)










FAMILY ON VACATION: LANGKAWI 2008

Posted by Khai2020 Disember 04, 2008 2 comments

Pada 30-11-2008 to 2-12-2008, saya & keluarga pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Kami sekeluarga seramai 9 orang menaiki AirAsia dari LCCT, Sepang. Tambang seorang lebih kurang RM250/pax. Kami menaiki flight pada pukul 11.40 pagi dan tiba di Langkawi International Airport 40 minit kemudian. Kami menginap di Kondo Sri Lagenda dengan kos RM80/day (harga member).

Beberapa tempat yang kami lawati ialah Pantai Cenang, Makam Mahsuri dan Kilim Geoforest. Park. Aktiviti utama adalah shopping di Nusantara Maju (Gamat), Idaman Suri dan Haji Ismail Group (pinggan mangkuk). Sebenarnya tidak cukup 5 hari kalau nak eksplor Pulau Langkawi. Tapi takpe lain kali ada masa boleg datang lagi.

Untuk berkongsi pengalaman kami di Langkawi berikut adalah sebahagian dari foto yang sempat dirakamkan. Untuk foto selengkapnya sila lihat pada slideshow di sebelah kanan blog ini.


KILIM GEOFOREST PARK



Kilim Geoforest Park



Makam Mahsuri

Makam Mahsuri


Minyak Gamat (Nusantara Maju)





CARA MEMBUAT KATEGORI (LABEL)

Posted by Khai2020 Disember 03, 2008 0 comments

Hai!!! bertemu kembali. Selama 3 hari saya tak berblog sebab saya pergi bercuti ke Langkawi. Baru balik malam semalam. Saya tidak akan menceritakan hal percutian saya pada postingan kali ini. Buat masa sekarang saya sedang menyusun foto dan artikel yang sesuai yang hendak di posting.

Hari ini saya ingin menjawab pertanyaan dari AM melalui shoutbox tentang bagaimana cara membuat kategori (label) dari artikel yang telah diposting. Dengan adanya kategori atau label artikel dalam sesuatu kelompok yang telah diposting oleh pemilik blog dapat mempermudahkan para pembaca memilih artikel mana yang ingin dibaca.

Di blogger.com kemudahan ini sebenarnya sudah tersedia. Walaupun begitu jika kita tidak mengetahui cara menggunakannya ini akan menyebabkan ianya tidak berguna. Untuk membuat kategori, di blogger.com dikenali dengan istilah Label. Dengan adanya kemudahan ini kita sebagai pemilik blog hanya perlu mengisi kotak label yang disediakan pada setiap posting artikel.

Agar tidak memeningkan, silah lihat pada side bar sebelah kanan blog saya ini akan terlihat widget KATEGORI : PANDUAN BLOGGER, SMKTPG, FAMILi, dsbg... Untuk melihat fungsi label ini silah klik label yang bertuliskan PANDUAN BLOGGER, maka secara automatik seluruh postingan yang saya beri label PANDUAN BLOGGER akan dipaparkan untuk dibaca oleh pengunjung.

Sesuatu artikel kita boleh berikan 2 label atau lebih. Ini bermakna postingan tersebut termasuk ke dalam dua @ lebih kategori/ label.

Bagaimana cara membuat label?

Untuk membuat sebuah kategori atau label, anda hanya perlu mengisi kotak kosong di bawah ruangan posting disebelah tulisan Label untuk catatan ini. Isi kotak tersebut dengan kategori yang sesuai untuk postingan yang kita buat. Contoh : Aktiviti Rekreasi. Satu postingan tidak hanya wajib hanya pada satu kategori saja, tetapi satu postingan boleh mempunyai beberapa kategori. untuk membuatnya hanya dipisahkan dengan tanda koma ( , )saja, misalnya untuk postingan artikel blog ini boleh dilabel Blog tutorial, blog tools, aksesori blog, kerana postingan tersebut memang sesuai dalam ketiga-tiga kategori tersebut.


Sila ikuti langkah - langkah berikut ini :


1. Sig in di blogger dengan id anda


2. Klik menu Layout


3. Klik menu Elemen Halaman


4. Klik tulisan Tambahkan sebuah Elemen Halaman


5. Klik TAMBAHKAN KE BLOG yang berada di bawah tulisan Label


6. Tulisan Labels disebelah tulisan Tajuk dapat diubah menjadi Kategori jika anda mahu mengubahnya.


7. Pilih button yang anda inginkan untuk menyusun kategori tersebut sama ada mengikut alphabet: jika kategori ingin dipaparkan mengikut abjad ( dari A --> Z ), atau Berdasarkan Frekuensi : jika kategori ingin dipaparkan sesuai dengan jumlah bilangan artikel sesuatu label (kategori)


8. Klik SIMPAN PERUBAHAN


9. Selesai.


Sangat mudah bukan?


Selamat mencuba !

CIKGU HJ JAILANI MASUK WAD

Posted by Khai2020 November 29, 2008 3 comments

Kepada rakan-rakan guru SMKTPG untuk makluman Hj Jailani telak dimasukkan ke wad G6 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Saya mendapat berita ini daripada sms Tn Hj Jumiran pukul 1 sebentar tadi. Sesiapa yang berkesempatan bolehlah menziarahi beliau sebagai tanda sokongan kita kepada beliau. Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh. INSYAALLAH.....

TEKNIK UPDATE BLOG

Posted by Khai2020 November 28, 2008 0 comments

Ramai blogger pening kepala untuk menulis artikel bagi blog mereka. Sebenarnya anda bukan tidak ada bakat menulis atau tiada masa atau kekeringan idea. Itu semua hanyalah mitos semata-mata. Di sini saya nak share maklumat yang tak seberapa tapi dapat membantu bagaimana teknik nak update blog.

Terdapat dua jenis artikel (post) iaitu:

1. Topik yang terfikir secara spontan

2. Tajuk yang telah dirancang

Untuk mendapat idea yang spontan, ia tidak selalu berlaku. Maka, sebab itu ramai blogger ‘kekeringan idea’ kerana lebih berharap kepada idea yang spontan dan tiba-tiba.

Jadi, untuk membolehkan anda sentiasa menulis pelbagai artikel tanpa sebarang masalah, anda perlu merancang dari awal.

Contohnya, rancanglah lima hingga sepuluh tajuk artikel yang akan diterbitkan secara berkala. Tidak semestinya berlainan tajuk atau topik kerana anda juga boleh menulis dalam bentuk bersiri.

Dengan merancang lebih awal, maka anda sudah tidak ada masalah untuk memikir-mikir apa yang mahu ditulis. Malah, penulisan anda di blog akan lebih konsisten dan tidak terkeluar daripada topik utama. Sebaliknya, apabila sudah tahu tajuknya, maka anda hanya perlu mencari dan memikirkan isinya sahaja.

Luangkanlah sedikit masa untuk merancang bagi penulisan di blog anda. Saya yakin, masalah kekeringan idea tidak akan berlaku lagi.

KUALA LUMPUR 1 April – Sedar atau tidak, tetapi Malaysia adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia.

Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan.

Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.

Katanya, blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

“Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada forum bertajuk Masyarakat dan Media Dalam Pilihan Raya 2008 di sini hari ini.

Forum turut disertai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jaafar.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Abu Hassan berkata, kerajaan mengambil pendirian tidak mempedulikan maklumat dalam blog sebelum pilihan raya tetapi pembangkang bertindak sebaliknya.

Beliau berkata, pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai.

Johan pula berkata, sesetengah blog begitu berpengaruh apabila menerima sehingga sejuta kunjungan dalam satu hari yang normal.

“Kalau pada hari-hari yang ada isu yang panas, jumlah kunjungan boleh mencecah antara tiga dan empat juta,” katanya.

Sumber: Utusan.com.my

ISTILAH globalisasi merujuk kepada fenomena yang menjadikan dunia kelihatan seperti mengecil dari segi perhubungan manusia kerana kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Dewasa ini, Internet merupakan alat globalisasi yang tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam menyebarkan maklumat.

Blog pula ialah salah satu media alternatif yang menggunakan jaringan Internet dan semakin popular digunakan, khasnya oleh golongan muda kerana masa dan ruangannya yang tidak terhad seperti media-media lain.

Baru-baru ini, iaitu pada 11 Mac 2008, satu diskusi berkaitan blog bertajuk ‘Penulis dan Blog: Trend Masa Kini’ telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam diskusi tersebut, panelis-panelis telah mendedahkan bahawa sehingga Februari lalu, terdapat 108 juta laman blog yang wujud, dengan 120,000 blog baru setiap hari atau 1.4 blog sesaat.

Perangkaan ini jelas menunjukkan bahawa blog merupakan medium yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat bagi menyalurkan maklumat antaranya agama, pendidikan, undang-undang, politik dan bisnes.

Malah ia turut menyuarakan pandangan mereka menerusi catatan-catatan atau diari dalam talian, keluh-kesah, artikel dan komen berkenaan pelbagai perkara, lazimnya dalam isu melibatkan masyarakat dan pemerintahan negara.

Sehubungan itu, hasrat Menteri Penerangan yang baru, iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek, untuk mendekati para penulis blog adalah sangat wajar dan harus dipuji.

Beliau berpendapat bahawa pandangan penulis blog tidak boleh diketepikan, dan menyatakan keinginannya untuk membuat pertemuan dengan mereka bagi mendapatkan maklum balas sebagai usaha membantu pembangunan negara.

Ini adalah kerana, pandangan-pandangan yang dimuatkan ke dalam blog lazimnya merupakan ‘suara hati’ yang sebenarnya kerana tidak melalui sebarang ‘penapisan’. Jadi, ketulenan pandangan tersebut adalah lebih tinggi dan perlu diambil kira dalam menilai hasrat dan keinginan masyarakat terhadap negara khususnya.

Kesimpulannya, blog merupakan medium yang tidak boleh dipandang ‘sebelah mata’ seperti pada awal penggunaan Internet di negara kita.

Masyarakat hari ini semakin peka dan bijak menggunakan teknologi dalam menyalurkan sebarang idea, pandangan dan ketidakpuasan terhadap sesuatu perkara.

Justeru, usaha yang ingin dilakukan oleh beliau bagi mendekati penulis blog adalah wajar disokong.

– Mohd Faisal Mustaffa,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.

Sumber: Utusan.com.my

BAGAIMANA MENGGUNAKAN FOLLOWERS

Posted by Khai2020 November 25, 2008 0 comments

Sudahkan anda mendaftar sebagai FOLLOWERS @ PENGIKUT blog ini? Jika belum sila ikuti langkah berikut:
  1. Di side bar sebelah kanan blog ini terdapat widget FOLLOWERS @ PENGIKUT. Klik pada FOLLOW THIS BLOG.
  2. Akan terpapar tetingkap START FOLLOWING THIS BLOG. Tik pada Follow publicly as..
  3. Klik FOLLOW.
  4. Klik CLOSE.

FOLLOWERS
sangat berguna untuk kita mengenali dengan lebih dekat lagi blogger-blogger yang sering mengunjungi blog kita. Apabila terpapar sahaja foto FOLLOWERS untuk mengetahui profail blogger tersebut dengan lebih lanjut klik sahaja pada foto tersebut. So, dapatlah kita mengeratkan silaturrahim sesama kita. Tambahan pula SMKTPG mempunyai 150 orang guru. Ini agak sukar untuk kita mengenali mereka satu persatu.

SELAMAT MENCUBA!!!

Guru-guru SMKTP bertambah lagi dengan kehadiran 6 orang guru baru. Selamat datang diucapkan kepada mereka. Pada hari ini juga kesemua mereka belajar membina blog daripada JU Blogger kita iaitu Cikgu Shila. Jadi bertambah la lagi ahli "BLOGGER CLUB SMKTPG". Diharapkan mereka yang masIh fresh ini dapat menyumbangkan sesuatu kepada blogger SMKTPG. Mereka ialah:
  1. Azhari Mohamed (amazhari.blogspot.com),
  2. Che Wan Rosida N.Hasan (shahjeehan.blogspot.com),
  3. N Shakirah Zawani Ja'afar (cikgushakirah.blogspot.com),
  4. Chaw Lee Lian (dear-lilian.blogspot.com),
  5. Aimi Nabihah Mohamad (cikguaimi.blogspot.com),
  6. Herdawati Selamat (cikguherda.blogspot.com)
Padahari ini juga seorang guru senior Cikgu Kowangid (kowangidtaupek.blogspot.com)
juga telah berjaya membina blognya. Tahniah...

Bertemu lagi. Mungkin pada postingan pertama bagaimana memendekkan teks agak sukar dilakukan maka pada kali ini saya gunakan text are yang dapat dapat menyimpan kod-kod HTML yang dapat di copy dengan mudahnya. Moga-moga postingan kali ini akan lebih membantu.

1. Pada halaman {Template}, sila pilih {Edit Html}. Jangan lupa tanda tik pada kotak {Expand Widget Template}.

2. Cari kod di bawah ini:



Tambahkan kod ini di hadapannya :


3. Cari kod di bawah ini :


Gantikan dengan kod ini :



4. Pilih {Save Template} dan lihat hasilnya. Untuk mencuba apakah tutorial ini berfungsi, pilih {New Post}.

SELAMAT MENCUBA!!!

PESANAN UNTUK BLOGGER's

Posted by Khai2020 November 21, 2008 0 comments

Kepada blogger semua di sini ingin saya mengingatkan jika terdapat sebarang kemusykilan dan kebuntuan untuk mengaplikasikan tip-tip yang telah saya berikan bolehlah terus bertanya kepada saya. Masuk ke ruangan ulasan dan komen@tanyalah sebarang masalah tentang artikel tersebut. Termasuklah jika sesiapa ingin memberikan cadangan dan berkongsi sesuatu dipersilakan. Yang pentingnya masuk ke blog saya berilah ulasan sepatah dua kata sebagai tanda sokongan antara kita semua. INGAT yang penting KERJASAMA. Kepada blogger-blogger sebagai short cut sila ke folder PANDUAN BLOGGER yang berada di bawah tajuk KATEGORI terletak di sebelah kiri side bar blog saya.

Kali ini satu lagi tutorial yang lebih mudah dan amat sesuai bagi mereka yang tak suka melihat teks yang berjela-jela. Kalau boleh ada tajuk sahaja tetapi sebaik-baiknya ada 2 @ 3 ayat barulah pembaca dapat info atau gambaran tentang artikel kita. Ini dapat menjimatkan space blog kita dan supaya pengunjung blog tidak perlu scroll sampai ke bawah yang akan menyebabkan mereka bosan. Caranya ialah di hujung artikel kita akan tertulis secara automatik samada perkatan [Read More...] atau [Baca Lagi...]. Bagaimana nak buat? Sila ikuti langkah-langkah berikut:


BAGAIMANA MENINGKATKAN PENGUNJUNG BLOG

Posted by Khai2020 November 20, 2008 4 comments

Tujuan utama membuat blog adalah supaya tulisan-tulisan kita dapat dibaca oleh orang lain atau pengunjung blog. Semakin banyak yang berkunjung dan memberikan komen tentunya akan membuat senang hati dan gembira. Blog kita tidak akan serta merta dikunjungi ramai, ini memerlukan usaha publisiti dari pemilik blog sendiri.

Banyak cara yang dapat kita lakukan agar blog kita dikenali dan di kunjungi, antara lain adalah rajin-rajinlah blogwalking atau berkunjung ke blog milik orang lain, dan yang paling efektif adalah mendaftar melalui search engine atau mesin pencarian.

Bagi blogger baru mungkin berangggapan bahawa apabila kita membuat website atau blog akan secara automatik tersenarai atau berada pada list berbagai search engine, tetapi kenyataannya tidaklah sedemikian. Seperti juga hal sekolah, kalau mahu nama kita berdaftar pada buku daftar pelajar, kita harus melakukan pendaftaran terlebih dahulu ke sekolah tersebut. Samalah dengan mesin pencarian, agar blog kita tersenarai pada mesin pencarian, kita haruslah mendaftarkan blog kita.

Mesin pencarian jumlahnya sangat banyak sekali, dan pada masa ini yang paling terkenal di dunia adalah Google, Yahoo, serta Msn. Apabila blog kita ingin tersenarai pada mesin pencarian mereka, maka kewajiban kita adalah mendaftarkan URL blog kita pada mesin pencari mereka. Bila ada yang belum tahu kemanakah harus mendaftarkan blognya, maka sila ikuti langkah berikut :

1. Daftar Google

Untuk mendaftar ke Google, silalah kunjungi http://www.google.com/addurl/ . Apabila sudah berada pada halaman pendaftaran ada beberapa langkah yang harus di lakukan, iaitu melengkapkan borang yang disediakan:

· URL --> Isi dengan URL blog anda.

· Comments --> Isi dengan keyword atau kata kunci yang berhubungan dengan blog anda

· Isi kotak kosong dengan huruf Verifikasi yang tersedia.

· Klik Add URL

· Selesai.

Setelah anda mendaftar di Google, maka tidak serta merta blog anda tersenarai pada mesin pencariannya, tetapi memerlukan 3 ke 4 minggu baru blog anda tersenarai. Jika sudah 3 ke 4 minggu, maka cubalah masukkan alamat blog anda pada mesin pencarian Google, apakah sudah tersenarai atau belum? Jika belum, cuba tunggu beberapa minggu lagi. Jika ternyata masih belum juga, cuba daftar lagi blog anda ke Google seperti langkah di atas. Atau mungkin anda tidak sabar ingin cepat tersenarai. Biasanya dalam 3 atau 4 hari saja blog anda sudah tersenarai di Google.

2. Daftar Yahoo!

Untuk mendaftar ke yahoo! sila kunjungi

https://siteexplorer.search.yahoo.com/submit.

Tetapi untuk mendaftar ke Yahoo, anda harus mempunyai account Yahoo, kerana diperlukan log in terlebih dahulu ke account Yahoo. Bagi yang belum punya account Yahoo (email di yahoo) silah buat dulu, bagi yang sudah ada, and login dengan username serta password anda. Apabila sudah login, sudah tersedia kolum untuk diisi, sila isi kolum tersebut dengan URL anda, kemudian klik Add URL, selesai.

3. Daftar ke Msn

Untuk daftar ke Msn, sila kunjungi


http://search.msn.com/docs/submit.aspx?FORM=WSDD2


Sila isi huruf verifikasi dan URL pada kotak yang tersedia, kemudian klik Submit URL, selesai.

4. Apabila anda mempunyai keinginan lebih, iaitu URL blog anda terindeks pada pelbagai mesin pencarian, anda boleh menggunakan bantuan laman Submission. Cuba klik URL di bawah ini :



Tugas anda hanya mengisi alamat URL blog serta menuliskan alamat email saja, kemudian klik Submit Your Site.


5. Jika ingin lebih cepat terkenal cuba lakukan ping ke pelbagai agregator, silan klik link di bawah :



Isi form yang di sediakan.


Selamat Mencuba

Related Posts with Thumbnails












NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER


IKLAN DI SINI

Hanya RM5/bulan!!!

Twitter