
“Guru ibarat  lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain”.    Pengertian ini  sangat mendalam. Ia bermakna, guru sedia berkorban,    masa dan tenaga demi  memastikan anak didiknya berjaya. Sama ada di    dunia dan akhirat.
  
 Oleh   itu, wajarlah seorang guru itu  perlu dihormati dan disayangi.  Tetapi   sejak kebelakangan ini, rasa  hormat dan sayang terhadap guru  semakin   terhakis. Bukan sahaja pelajar,  malah ibu bapa juga menunjukkan   sikap  angkuh dan rendahkan guru.
  
 Boleh   dikatakan 99 peratus daripada  lebih 360,000 guru di Malaysia  adalah   mereka yang sentiasa mempunyai  rasa tanggungjawab dan detik hati   kecil  untuk membantu anak didiknya  berjaya.
  
 Tidak   ada guru yang akan berfikiran  sebaliknya malangnya masyarakat  suka   dan cepat melihat keburukan  daripada kebaikan dengan memberi  tumpuan   kepada kejadian yang dilaporkan  media mengenai keburukan dan  menghukum   dengan pandangan serong serta  prasangka, khususnya ibu bapa.
  
 Keadaan   ini membimbangkan kerana kerap  berlaku ibu bapa tanpa usul  periksa   hanya mendengar sebelah pihak dan  menyerang guru dengan  mengambil   tindakan yang menjejaskan kewibawaan  mereka.
  
 Oleh   itu, amatlah wajar sekali kita  mengembalikan rasa hormat kepada  guru   dalam apa cara sekalipun di Hari  Guru ini untuk mengenang jasa   mereka  kita.
  
 Dikesempatan ini juga, saya ingin  mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada    semua  guru-guru yang pernah mengajar saya sejak peringkat rendah    sehinggalah  sekarang. GURU….Jasamu sentiasa dikenang, malah aku    sentiasa  berdoa…Semoga anda BAHAGIA dan diRAHMATI Allah SWT selalu.
 BERBURU                      ke padang datar
        Dapat rusa belang kaki
        Berguru kepala ajar
        Ibarat bunga kembang tak jadi
        (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)                       
 Dialah                        pemberi paling setia
          Tiap akar ilmu miliknya
          Pelita dan lampu segala
          Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
                       Dialah                        ibu dialah bapa juga sahabat
          Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
          Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
          Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
                       Jika                        hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
          Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
          Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
          Jika hari ini seorang ulama yang mulia
          Jika hari ini seorang peguam menang bicara
          Jika hari ini seorang penulis terkemuka
          Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
          Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
          Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
                       Di                        mana-mana dia berdiri di muka muridnya
          Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
          Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
          Dia adalah guru mewakili seribu buku;
          Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
          Semakin bererti tugasnya kepada negara.
          Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
          Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
          Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
          Menjadi kenangan ke akhir hayat.
                      USMAN                        AWANG
          1979Sumber: 
http://www.izoblog.com/selamat-hari-guru-2010/