JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lapan lagi korban H1N1, jumlah 26

Posted by Khai2020 Ogos 09, 2009 0 comments



Lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 26 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kematian tersebut dilaporkan antara 3 Ogos hingga hari ini.

Menurutnya, ada kematian tersebut yang hanya dikesan selepas dilakukan bedah siasat.

Beliau memberitahu pemberita di Kota Kinabalu bahawa sebahagian daripada kematian tersebut membabitkan kumpulan yang berisiko tinggi.

Star melaporkan Liow sebagai berkata, seorang daripada korban tersebut adalah gadis berusia 20 tahun, seorang pelajar kolej, yang meninggal selepas menerima rawatan pesakit luar.

Menurutnya, pada masa ini, terdapat 62 pesakit yang sedang menjalani rawatan, 13 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima lagi sedang menunggu keputusan ujian.

Peserta SMKTPG, Amy Nursyafiqah Bt Md Noor Ting. 6 Bawah, telah menjadi Johan Pertandingan Pidato Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Prauniversiti Peringkat Daerah Kuala Langat 2009 yang telah diadakan di Dewan Seri Panglimma SMKTPG. Beliau bertanding dalam kategori Bahasa Malaysia dan akan mewakili daerah Kuala Langat pada peringkat negeri kelak.













Pengetua dan guru-guru turut mengambil kesempatan bergambar bersamama Juara Pidato





Seluruh warga SMKTPG turut berbanggan dengan kejayaan ini....

CIKGU KHAI SHOPPE

Posted by Khai2020 Julai 08, 2009 0 comments

Item Name Ariffbillah Habbatus Sauda
Price RM36.00
Information
Ariffbillah Habbatus Sauda - Ikhtiar penghindar/penawar sihir. Dari 100% Habbatussauda Syiria di dalam softgel yg halal. Sakit kepala cari Panadol, Terkena Sihir, Cari Ariffbillah Capsule ... InsyaAllah. Jika di amalkan pemakanan secara tetap pengguna bakal mendapat Pemulihan tenaga. Badan sihat, Akal kuat. Boleh juga dicampurkan ke dalam masakan agar dapat dinikmati seluruh keluarga.

Pernah di mafthumkan sebagai ubat segala penyakit kecuali MATI.
Bagus untuk ibu yang menyusukan anak. Susu lebih berkualiti untuk bayi.
Fungsi unik hanya dari Ariffbillah adalah ANTI SIHIR.
Isi kandungan 60 biji
Cara makan : 2 biji pagi, 2 biji petang
Dikeluarkan oleh: Spectrum Technologies & Services (SA0151054-H)

TESTIMONI PENGGUNA HABBATUSSAUDA ARIFFBILLAH
MAKLUMBALAS TERKINI :
Zamara Buang : just received a call from my mom..according to her after 1month consume habbatussauda..her high blood pressure and diabetic problem was gone..(she have mild diabetic)..she was so happy today when the Doctor given her the report.
MAKLUMBALAS 1 : SARAF
Masalah saraf saya ok dah kak! pegi doktor pergi urut dan juga makan kapsul semua saya buat alhamdullillahdah pulih sepenuhnya tak smpy sebulan pun... TQ kak paksa saya aritu.. uhuhu....
MAKLUMBALAS 2 : MUKA KUSAM KEMBALI BERMAYA
kalau dulu muka kusam aje. Sekarang abg ipar aku dah berseri2 mukanye. Dia nak order lagik 2 botol.. J
MAKLUMBALAS 3 : ILMU BATIN, BELAJAR TAK HABIS
Dulu byk amik ilmu itu ini belajar tak habis.. lepas makan capsule saya jadik baran... naik angin.. cirit birit kejap.. tapi ikut pesan akak saya teruskan juga makan... alhamdulillah.. bertenaga utk kerja.. dan tak lemah2 badan lagik.
MAKLUMBALAS 4 : LEMAH LEMAH BADAN & BAYI MENYUSU BADAN MACAM TAK CUKUP
Aku suka lah kapsul kau! Rasa dia tak macam habbatussauda yg pernah aku makan! Effect plak DABOMB!.. aku dulu selalu sakit sana sini.. asal petang aje mandom! Sekarang aku rasa macam superMOM ... HAHAHAHA! Betul kata kau bukan utk sihir aje menda neh macam2 bagusnye! Dulu anak aku macam tak kenyang aje tau minum susu aku... betul kata kau lepas sebotol neh KOMPOM! Susu aku lebih berkualiti! ANAK AKU KENYANG... AKU PLAK LEH LOMPAT SANA SINI... ILOVEU laaaaahhhh liyna!!!! He he he
MAKLUMBALAS 5 : SEMPUT, DARAH TINGGI & KENCING MANIS
Akak! Mak kite kate kapsul akak bagus sgt! ABAH DAH TAK KENA ASTHMA ATTACK KAK!!! Alhamdulillah sgt2! Lepas tuh mak kata.. dia tak pening2... check darah kencing manis terkawal...sekarang dia sedang kurangkan makan ubat2 doktor tuh… try makan sepenuhnye sauda macam akak
Available Stock OUT OF STOCK






JAKET EKSEKUTIF MURAH JENAMA BMW








Nama Produk

JAKET EKSEKUTIF BMW (Black & Navy Blue)

Harga

RM70.00

Saiz

S-5XL
Keterangan Produk

Boleh tambah embroidery @ sulam logo dan nama.
Agen dialu-alukan dengan pembelian pada harga borong. Tapi kuantiti mesti 12 pcs ke atas.
Stok
Make to order


Hubungi kami: damiasshoppe@yahoo.com

@



Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa dua subjek itu diajar dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.

Menteri pelajaran juga berkata laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003.

"Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Menurut Bernama, beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

"Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya dalam sidang media khas mengumumkan pembatalan dasar tersebut mulai 2012.

Tambahnya, berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda masing-masing di SJK Cina dan SJK Tamil.

Kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa ia tidak dapat diteruskan seperti dihasratkan, lapor agensi berita itu lagi.

"Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," Muhyiddin dipetik berkata.

Menurutnya lagi, pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.

"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik," katanya.

Selain itu, tambah Muhyiddin, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap kepetahan.

Katanya, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus," katanya seperti dilaporkan.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/




Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.

"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.

GMP merupakan gabungan badan-badan bahasa, NGO dan parti-parti politik yang ditubuhkan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003.

anti ppsmi rally 070209 tear-gasMelalui GMP, isu PPSMI juga turut dibangkit dalam kempen beberapa pilihanraya kecil yang diadakan sejak awal tahun ini.

Hassan mengucapkan syabas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, yang menteri pelajaran, kerana "berani membuat keputusan yang benar" demi kebaikan masa depan rakyat.

Katanya, PPSMI merupakan satu dasar yang salah dan menyusahkan rakyat serta membazirkan wang untuk kembali kepada dasar asalnya.

"Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI," katanya ketika diminta mengulas pengumuman Muhyiddin hari ini.

Hassan berkata, GMP memberi sokongan penuh kepada beliau sehingga proses seterusnya sehingga 2012.

Berikutan itu, katanya, GMP akan bermesyuarat dalam masa terdekat sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemansuhan PPSMI.

Daulat bahasa Melayu

Ditanya sama ada pemansuhan itu lebih baik dilaksanakan secara serta-merta, Hassan berkata:

"Tak usahlah, tak payah begitu. Kita dah enam, tujuh tahun (dalam dasar itu), sekarang sudah kembali sepenuhnya seperti dahulu.

anti ppsmi rally 070209 rally 02"Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama.

"Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua," tambahnya.

Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menyambut baik keputusan kerajaan itu.

"Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat," kata badan itu dalam satu kenyataan.

NGO itu juga berpendapat bahawa keputusan tersebut bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui bahasa kebangsaan.



Kemaskini 5.05pm Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.

Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.

Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.


Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.



"Dashboard" adalah bahagian induk di mana ia mengolah dan memaparkan informasi yang mudah dibaca. Blogger Dashboard anda bertindak sebagai panel kawalan induk untuk menguruskan blog.

Sebaik sahaja anda mendaftar masuk ke dalam Blogger anda akan terus di bawa ke muka panel kawalan Dashboard di mana dari sini anda boleh mengakses semua blog-blog dan profil anda serta membaca sebarang berita baru mengenai blog, blog yang terkini diselenggara.


Nota :
Untuk kembali ke Dashboard semasa anda berada dalam mana-mana bahagian lain dalam blogger dalam usaha mengurus blog, sila klik butang "Dashboard" berwarna biru disudut atas sebelah kanan.

Untuk dashboard terbaru sila log masuk ke dalam dashboard blogger melalui "Blogger in Draft" di alamat http://draft.blogger.com/.

Masukkan email atau user name dan kata laluan blogger anda seperti contoh berikut:


Selepas log masuk cek kotak Make Blogger In Draft may default blogger. Setiap kali anda log masuk kedalam blogger dashboard terbaru ini akan digunakan. Lihat contoh berikut:

| 0 comments »

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Langkah pertama. Sila buka laman web Google Blogger. Anda akan dapati laman dengan gambar seperti di atas. Klik anak panah warna merah "CREATE YOUR BLOG NOW" untuk langkah seterusnya.

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Langkah Kedua. Anda akan lihat paparan muka "Create a Google Account" seperti dalam gambar di stas. Untuk mendaftar sila isi semua ruangan yang disediakan:-

  • Email Address (must already exist): Tuliskan alamat email yang anda guna sekarang kerana Google akan menghantar email pengesahan kepada anda sebaik sahaja anda telah mendaftar
  • Retype Email Address: Taip sekali lagi alamat email yang sama seperti di atas.
  • Enter a Password: Masukkan kata laluan anda di sini sekurang-kurangnya 8 aksara, dan simpan serta ingatkan untuk setiap kali mendaftar masuk ke Google Blogger.
  • Retype Password: Taip kata laluan di atas sekali lagi untuk pengesahan.
  • Dispaly Name: Taip nama anda (tidak semestinya nama sebenar). Nama ini akan dipaparkan dalam blog anda nanti.
  • Word Verification: Sila taip huruf-huruf warna merah yang Google sediakan disitu dengan betul dan tepat, sekiranya anda tersalah taip Google akan membuka paparan ini semula sehingga ditaip dengan betul.

Setelah selesai dan anda yakin semua maklumat yang ditaip adalah betul sila klik panah "CONTINUE" untuk langkah seterusnya. Jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan Google akan memaparkan semula paparan muka ini untuk anda betulkan sebarang kesilapan.

Klik gambar untuk lihat yang lebih jelas.

Langkah ketiga. Anda akan dibawa kepada paparan muka "Name Your Blog" seperti gambar di atas untuk menamakan blog anda. Ada tiga ruangan yang perlu diisi:-

  • Blog Title. Isikan ruangan ini dengan tajuk (title) yang berkaitan dengan isi tulisan bakal ditulis dalam blog anda. Sebarang Tajuk. Tajuk ini akan dipaparkan nanti dalam 'dashboard' anda, dalam blog anda dan dalam profil anda.
  • Blog Address (URL). Pilih nama yang sesuai dan masukkan nama blog anda dalam ruangan ini (http://NamaBlogAnda.blogspot.com). Alamat URL ini akan digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin membuka dan membaca blog anda, jadi anda kena catatkan alamat ini. Selepas menaip nama blog anda klik dulu "Check Availability untuk menyemak nama yang anda taip belum digunakan oleh orang lain serta dibenar untuk digunakan.
  • Word Verification. Masukkan huruf-huruf yang sedia dipaparkan diatas itu dalam ruangan ini, sama dan tepat seperti huruf yang dipaparkan.
Setelah lengkap ditaip sila klik panah "CONTINUE" unruk langkah berikutnya.

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Langkah keempat. Memilih 'template' untuk blog anda. Dalam paparan muka ini ada disediakan gambar dua belas (12) jenis template dengan gambar contohnya, (lihat gambar di atas), skroll keatas dan kebawah untuk melihat semuanya dan pilih satu yang anda suka. Nama dua belas template tersebut adalah seperti berikut:-

  • Minima
  • Minima Black
  • Dots
  • Son of Moto
  • No.897
  • Scribe
  • TicTac
  • Thisaway Rose
  • Snapshot
  • Rounders 3
  • Dots Dark
  • Sand Dollar

Klik pada butang bulat gambar blog tersebut untuk memilih satu yang anda suka kemudian klik "CONTINUE" untuk langkah seterusnya.


Langkah kelima. Anda akan dibawa kepada paparan muka "Your blog has been created!" seperti dalam gambar di atas. Ini menunjukkan anda telah berjaya membuat satu blog untuk anda, jangan lupa catatkan alamat URL blog anda, ID pengguna dan kata laluan untuk akaun google blogger anda.

Klik pada panah "START BLOGGING" untuk langkah seterusnya.

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Langkah keenam. Akhir anda telah berjaya sampai di sini, dimana dalam paparan bahagian ini anda akan menulis dalam ruang yang disediakan apa-apa sahaja cerita-cerita yang ingin anda tulis dan sampaikan kepada pembaca blog anda nanti. Sila beri tajuk artikel yang akan anda tulis dan masukkan dalam ruangan "Title:" di atasnya. Selesai menaip anda kena klik pada "PUBLISH POST" untuk dipaparkan dalam blog anda. Google akan 'save' pos anda selepas itu dan anda boleh klik pada "View Blog" untuk melihat rupa blog yang anda tulis. Sila baca artikel "Membuat Posting Dalam Blog" sebagai penerangan bagaiman menggunakan "setting" dalam bahagian ini.

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI, SARAWAK 2009

Posted by Khai2020 Jun 23, 2009 0 comments

HARI KE-2 (RABU)

Taman Negara Bako
&
Pogram Jalinan Muhibah


Guru-guru bergambar kenangan di hadapan SMK BAKO, Kuching.
Dari kiri Cikgu Ruzi, saya, Cikgu Awal, Suami Pn. Sumiati (maaf! Nama tak ingat), dan Pn Hjh Munah.



Menaiki bas awam dari SMK Bako ke jeti untuk ke Tmn Negara Bako.
Pengalaman yang menyeronokkan. Tambang hanya Rm0.50/seorang (jarak- 3 km je..).



Di jeti Taman Negara Bako

Berehat sebentar menghilangkan penat. Tu la lain kali exercise la sikit. Jangan tidor je..

Aktiviti trekking dilakukan. Pelajar terpaksa memalui trek yang mengambil masa 2 jam. Pelbagai spesies flora yang terdapat di sini. Para pelajar mendapat pengalaman baru dan melihat sendiri secara real. amat seronok.

Yang ni nak duduk dalam gua. Dah puas duduk dalam rumah batu nak rasa duduk dalam gua batu lak..

Menunggu giliran untuk mendaki. Boleh tahan juga tingginya bukit. Sengal gak lutut tapi ni antara aktiviti sihat. Daripada asyik buat lemak lebih baik bakar semua lemak tu. Betul tak?

Bersama warga emas dari Australia. Umur mereka ni yang paling muda 79 tahun dan yang paling tua 80 lebih. Kalau orang kita mesti kena kata buang tabiat tapi bagi orang negara maju umur 3 bulan dah bawa anak-anka mereka dekat dengan alam sekitar.

Mendegar taklimat dari pegawai Taman Negara Bako, En. Aubyl Ilias. Beliau banyak membantu kami menerang secara terperinci tentng taman negara ini. Dengan lawaknya yang bersahaja membuatkan kami seronok dan hilang penat. Thank you Mr. Auby..


Program Jalinan Muhibbah

Program jalinan Muhibbah antara SMKTPG dan SMK Bako. Tuan Pengetua SMK Bako (berkopiah di sebelah kanan saya). Pelbagai persembahan diadakan bagi menyambut kami. Antaranya tarian tempatan dan nyanyian.

Persembahan pelajar SMKTPG
(pelajar lelaki mane? Ada kat belakang kot?)

SMKTPG juga turut mempersembahkan 3 buah lagu medleyiaitu Sebenarnya - Yuna, Gemuruh- Faizal Tahir dan ....... yang 'memukau' para hadirin.

Pn.Hjh Munah menyampaikan cenderahati kepada Pengetua SMK Bako

SMKTPG sangat berbesar hati dengan layanan yang diberi dan turut menyumbangkan sedikit cenderahati kepada Tuan Pengetu SMK Bako berupa Labu Sayong (Made in Perak) dan Kerepek (Made in Kanchong)



KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI, SARAWAK 2009

Posted by Khai2020 Jun 21, 2009 0 comments

Para peserta program brgambar beramai-ramai di hadapan SMK BAKO
Kajian Lapangan Geografi SMKTPG pada tahun ini telah dijalankan di Sarawak dari 16 Jun hingga 20 Jun 2009. sebenarnya setiap tahun SMKTPG mengadakan program ini. Pada tahun 2008 kami ke Langkawi, 2007 di Taman Negara, Pahang dan Trengganu. Dan InsyaAllah pada tahun hadapan ke SABAH pula........

Seramai 31 orang peserta terlibat iaitu 5 orang guru dan 26 orang pelajar Tingkatan 6 Atas SMKTPG. Sepanjang lima hari kajian dibuat kami menginap di Asrama SMK Bako. Kuching . Kami berasa amat bertuah di atas layanan SMK Bako sepanjang kami menginap di sana. Terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK Bako, Tn. Hj. Afendi.

Terdapat beberapa program yang dijalankan sepanjang 5 hari kami di sana. Antara program tersebut ialah:


Hari Pertama (Selasa)
Lawatan ke Muzium di Kuching
&
Cultural Village (Kampung Budaya)



Muzium Kuching

Pemandangan dari Cultural Village. Amat mengujakan..


Bergambar di Cultural Village @ Kampung Budaya







Hari Ke-3 (Khamis)

Gua Angin, Bau, Tasik Biru, Bandar Batu 7, Tasik Biru, Bau dan Semenggoh

Hari Ke-4 (Jumaat)

Bandar Kuching, (Waterfront, Kilang Kek Lapis, Kilang Pasu)

Hari Ke-5 (Sabtu/Hari Akhir)

Pasar Satok dan berangkat pulang


Untuk hari ke-3 dan seterusnya
saya masukkan dalam entri akan datang sebab gambar belum dapat sepenuhnya....



SELAMAT BERCUTI KEPADA RAKAN GURU

Posted by Khai2020 Jun 02, 2009 0 comments

Masuk ari ni dah 5 hari semua rakan guru bercuti. Tapi ada jugak yang terpaksa ke sekolah. Ada yang terlibat dengan perkhemahan Ko Kurikulum. Ada terlibat dengan perkembangan staf dan ada juga yang menanda kertas. Maklum la baru je lepas Peperiksaan Pertangahan Tahun (PPT). Kepada rakan-rakan yang dah berehar kat kampung tu diucapkan SELAMAT BERISTIREHAT la. Tapi sebenarnya kalau bercuti kat kampung tu penat jugak. Kena drive long distance penat gilerr. Tambahan lagi poket pun tengah penat. Saya pulak terpaksa dok kat rumah. Cuti pun takde makna. Wife saya kerja. Hari khamis baru start cuti. Baru la dapat balik kampung. Dah lama tak balik ke kampung Pasir Sia, Jerantut. Rindu gak rasa. Ye la, kampung halaman. Rindu nak rasa masakan mak tercinta. Gulai tempoyak, sambal tempoyak, ulam ulaman seperti petai, ulam raja, jering, dan banyak lagi. Ok la nampaknya setakat tu jela wat kali ni. Dah lama posting. InsyaAllah jumpa lgi di postingan akan datang.Wassalam......




Saya baru je jumpa kawan-kawan lama masa kat SM Sains Raub (1985-1989). Tu pun baru-baru ni je sebab gatal tangan nak belajar guna FACEBOOK. Dapat la contact kenkawan lama seperti Ardi, Medan, Fairus, Khairul nizam, Fadzley dll... Harap-harap dapat jumpa lebih ramai lagi. Semua dah berubah. Yang pasti dah gendut-gendut belaka. Ada yang jendul tu biasa la. banyak fikir. Kepada kenkawan semoga hubungan berpanjangan dan suatu masa kita dapat berjumpa dan berkumpul bersamam macam dolu-dolu...

  • Kes pertama flu A(H1N1) di Malaysia
    May 15, 09 1:40pm
  • kemaskini 8.12pm Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.


  • Meningitis: Satu maut di Seremban
    May 15, 09 6:22pm
    meningitis viral infection brainKementerian Kesihatan mengesahkan satu kematian pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jempol, Negeri Sembilan, di hospital Seremban semalam akibat meningitis.

Related Posts with Thumbnails












NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER


IKLAN DI SINI

Hanya RM5/bulan!!!

Twitter