Pilih jawapan yang betul bagi setiap soalan.
1 Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 7/1991 - Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti dalam Perkhidmatan Awam adalah berkaitan dgn
A strategi meningkatkan kualiti
B cara-cara meningkatkan produktiviti
C kualiti perkhidmatan
D penciptaan teknologi baru dalam perkhidmatan
________________________________________
2 Utk mencapai tahap kecekapan yg tinggi dari segi profesionalisme, seseorang guru itu perlu memiliki sifat
A pintar & kreatif
B budi mulia
C rendah diri
D sopan santun
________________________________________
3 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun
A 1990
B 1983
C 1988
D 1985
________________________________________
4 Apakah matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)?
A Mengembangkan kemahiran asas individu secara maksimum
B Menghasilkan insan yg seimbang & harmonis berdasarkan kepercayaan & kepatuhan kpd Tuhan
C Memantapkan pemikiran individu agar dia dapat membangunkan negara
D Melahirkan individu yg menguasai kemahiran asas 3M
________________________________________
5 Dari abad ke-15 hingga abad ke-17, aliran pendidikan yg dominan di kalangan orang Melayu di Tanah Melayu ialah aliran pendidikan
A kebangsaan
B Inggeris
C kegamaan
D ketukangan
________________________________________
6 Antara yg berikut, pekeliling manakah yg berkaitan dgn Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam?
A Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 3/1991
B Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 5/1991
C Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 6/1991
D Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 4/1991
________________________________________
7 Berapa kalikah seseorang guru wanita yg bersalin layak mendapat kemudahan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatannya?
A 3 kali
B 6 kali
C 4 kali
D 5 kali
________________________________________
8 * Usaha untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dlm bidang pendidikan, industri, dan pengurusan penyelidikan.*
Pernyataan di atas ialah keutamaan yg terkandung dlm
A Dasar Pendidikan Malaysia
B Dasar Bersih, Cekap, & Amanah
C Dasar Pembangunan Nasional
D Dasar Sains & Teknologi
________________________________________
9 Pendidikan di kalangan kanak2 di Malaysia wajib bermula apabila kanak2 itu berumur
A 7 tahun
B 5 tahun
C 12 tahun
D 6 tahun
________________________________________
10 Apakah dasar yg menggantikan Dasar Ekonomi Baru?
A Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1)
B Wawasan 2020
C Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2)
D Dasar Pembangunan Nasional
________________________________________
11 Seseorang pelajar yg ingin memasuki institusi pengajian tinggi awam di Malaysia dikehendaki membuat permohonan kemasukan ke
A Bahagian Kemasukan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia
B Bahagian Pengurusan Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia
C Unit Hal Ehwal Pelaar, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia
D Bahagian Hal Ehwal Pelajar institusi pengajian tinggi berkenaan
________________________________________
12 Yg berikut ialah prinsip2 komunikasi kecuali
A keringkasan
B kesopanan
C intonasi suara
D kejelasan
________________________________________
13 Antara yg berikut, yg manakah syarat-syarat am kemudahan perjalanan bagi seseorang pegawai awam?
A Pegawai boleh membuat tuntutan perjalanan yg menggunakan pengangkutan awam
B Tambang/tuntutan perjalanan dibayar mengikut budi bicara ketua jabatan
C Tambang/tuntutan perjalanan dibayar mengikut kelayakan pegawai
D Seseorang pegawai dibenarkan membuat perjalanan dengan kereta rasmi jabatan sahaja
________________________________________
14 Antara yg berikut, yg manakah agensi yg bertaraf badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia?
A Bahagian Matrikulasi
B Lembaga Peperiksaan Malaysia
C Jemaah Nazir Sekolah
D Lembaga Akreditasi Negara
________________________________________
15 Antara berikut, yg manakah bentuk komunikasi sehala?
A Surat pekeliling
B Perbincangan
C Berbengkel
D Mesyuarat
________________________________________
16 KBSM mula dilaksanakan pada
A 1989
B 1990
C 1988
D 1987
________________________________________
17 Antara yg berikut, cuti yg manakah tidak diberikan kepada guru-guru?
A Cuti tanpa gaji
B Cuti penggal sekolah
C Cuti rehat
D Cuti separuh gaji
________________________________________
18 * Membuat pemeriksaan terhadap pengurusan sesebuah sekolah
* Memberikan khidmat nasihat tentang pengajaran dan pembelajaran kpd guru-guru di sekolah
Pernyataan2 di atas adalah tentang tugas pegawai di
A Pusat Perkembangan Kurikulum
B politeknik
C maktab perguruan
D Jemaah Nazir Sekolah
________________________________________
19 Pernyataan yg berikut adalah benar tentang Falsafah Pendidikan Negara kecuali
A menekankan penguasaan terhadap ilmu dan kemahiran secara seimbang
B menekankan perkembangan individu dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani
C menekankan perkembangan individu yg menyeluruh
D mejadi mekanisme utama dlm sistem pendidian negara
________________________________________
20 Dlm Falsafah Pendidikan Negara, aspek yg disepadukan melalui mata-mata pelajaran ialah
A ilmu & kemahiran
B nilai murni & bahasa
C ilmu, kemahiran, & nilai murni
D ilmu, kemahiran, nilai murni, & bahasa
________________________________________
21 Tarikh rasmi sambutan Hari Q Perkhidmatan Awam adalah pada
A 30 September
B 31 Disember
C 30 November
D 31 Oktober
________________________________________
22 Dasar Pembangunan Nasional dilancarkan pada tahun
A 1990
B 1991
C 1993
D 1992
________________________________________
23 Bagaimanakah seseorang pegawai kerajaan yg sedang berkhidmat membuat permohonan jawatan baru?
A Memohon terus ke jawatan baru
B Memohon melalui ketua jabatan
C Meletakkan jawatan terlebih dahulu
D Memohon permindahan jawatan
________________________________________
24 Semua calon utk lantikan ke dlm perkhidmatan kerajaan Malaysia bagi jawatan tetap mestilah
A beragama Islam/Buddha/Hindu/Kristian
B bertaraf bumiputera
C penduduk tetap Malaysia
D warganegara Malaysia
________________________________________
25 Etika Perkhidmatan Awam mempunyai tujuh teras perkhidmatan. Yg manakah tidak termasuk dlm teras tersebut?
A Bekerja dgn semangat gotong-royong
B Berazam utk meninggikan mutu perkhidmatan
C Berkhidmat dgn penuh muhibah dn kemesraan
D Bekerja dgn penuh tanggungjawab
________________________________________
26 Antara berikut, yg manakah program yg cuba membawa perubahan yg menyeluruh ke arah melahirkan budaya organisasi cemerlang?
A Dasar Persyarikatan Malaysia
B Program Manual Prosedur Kerja
C Program Pengurusan Kualiti Secara Menyeluruh (TQM)
D Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam
________________________________________
27 Seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG A29 ingin melanjutkan pelajarannya ke univiersiti awam dgn mendapat kemudahan cuti belajar separuh gaji. Beliau perlu mendapatkan kebenaran tersebut daripada
A Lembaga Akreditasi Negara
B Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia
C Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia
D Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendididkan Malaysia
________________________________________
28 Kurikulum kebangsaan bagi sekolah rendah seluruh negara digubalkan oleh
A Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
B Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
C Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
D Bahagain Kurikuklum, Jabatan Pendidikan Negeri
________________________________________
29 Mengapakah wujudnya sekolah berbagai-bagai aliran di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British?
A Permintaan daripada penduduk di Tanah Melayu
B penjajah British ingin mengambil hati penduduk Tanah Melayu yg terdiri daripada pelbagai kaum melalui sistem pendidikan yg mesra penduduk
C Pernjajah British ingin memberikan peluang pendidikan yg luas kepada penduduk Tanah Melayu
D Sikap penjajah Britisah yg cuba memecahkan perpaduan kaum di Tahan Melayu melalui sistem pendidikan
________________________________________
30 Pegawai kerajaan yg paling kanan dlm hierarki pengurusan atasan di Kementerian Pendidikan Malaysia ialah
A Ketua Pengarah Pendididkan Malaysia
B Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi
C Menteri Pendidikan
D Ketua Setiausaha
________________________________________
31 Yg berikut ialah dasar dan program yg berkaitan dgn nilai kecuali
A Etika Perkhidmatan Awam
B Budaya Kerja Cemerlang
C Dasar Pembangunan Nasional
D Dasar Bersih, Cekap, & Amanah
________________________________________
32 * Janji dan kesediaan jabatan utk memberikan perkhidmatan mengikut standard kualiti yg ditetapkan *
* Iltizam ini akan memperkukuh keyakinan orang ramai terhadap prestasi jabatan ini *
Pernyataan di atas menepati
A Piagam Pelanggan jabatan
B Budaya Kerja Cemerlang jabatan
C Misi dan Visi jabatan
D Teras Perkhidmatan jabatan
________________________________________
33 Antara yg berikut, tindakan manakah patut diambil oleh seseorang Guru Besar/ Pengetua jika seseorang guru DG A29 tidak hadir bertugas tanpa kebenaran terlebih dahulu?
A Melaporkan ketidakhadirannya kepada pihak berkuasa tatatertib
B Menyediakan laporan tentang ketidakhadirannya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
C Membuang kerja guru tersebut
D Menyediakan laporan tentang ketidakhadirannya kepada Surahanjaya Perkhidmatan Pendidikan
________________________________________
34 Agensi yg mengendalikan kemasukan guru pelatih ke maktab perguruan di Malaysia ialah
A Bahagian Latihan & Kemajuan Staf, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia
B Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia
C Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia
D Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
________________________________________
35 Antara yg berikut, yg manakah perbuatan yg tidak beretika?
A Menolong pelajar miskin mendapatkan bantuan kewangan daripada orang ramai
B Menolong rakan sekerja yg mempunyai tali persaudaraan mendapatkan biasiswa anaknya.
C Menolong rakan sekerja yg diancam oleh ibu bapa pelajar
D Menolong Guru Besar/Pengetua yg keretanya dibuang angin oleh pelajar
________________________________________
36 Dlm Nilai & Etika Dalam Perkhidmatan Awam, terdapat nilai-nilai profesionalisme. Apakah niilai yg termausk dlm nilai profesionalisme itu?
A Kualiti
B Akauntibiliti
C Adil
D Bekerjasama
________________________________________
37 Sistem pendidikan P-12 diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan sewaktu Menteri Pendidikannya ialah
A Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad
B Tan Sri Musa Mohamad
C Datuk Dr Sulaiman Dauh
D Datuk Seri Najib Tun Razak
________________________________________
38 Antara yg berikut, manakah pernyataan yg benar tentang elaun kursus?
A Elaun ini tidak termasuk bayaran perubatan pegawai
B Elaun ini tidak termasuk bayaran pendaftaran kursus
C Elaun ini termasuk bayaran kerja lebih masa
D Elaun ini termasuk bayaran peperiksaan dan menjilid tesis
________________________________________
39 Bentuk Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) memberikan penekanan terhadap
A penguasaan kemahiran asas 3M
B interaksi manusia dgn alam sekelilingnya & perkembangan diri individu
C penguasaan kemahiran asas 3M & perkembangan diri individu
D kemahiran asas 3M, interaksi manusia dgn alam sekelilingnya, & perkembangan diri individu
________________________________________
40 Pilih pernyataan yg benar tentang Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
A Diperkenalkan selepas pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
B Diperkenalkan atas syor Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979
C Diperkenalkan sebelum Falsafah Pendidikan Negara disuratkan
D Diperkenalkan selepas pengenalan sistem persekolahan P-12
#Jawapan akan menyusul....

Jantina: Baby Girl
Tarikh: 3 Februari 2009 (Selasa)
Tempat Lahir: Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bangi, Selangor
Berat: 2.8 KG

1. Bukak Microsoft Word korang.
Aku mulanya mcm tak percaya..tapi setelah mencubanya..MEMANG BENAR SEKALI
Maklumat Lanjut...
http://lutfimj2006.blogspot.com/
Tesco
| Jenis | Public (LSE: TSCO) |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1924 |
| Ibu pejabat | |
| Orang utama | Sir Jack Cohen (founder), Sir Terry Leahy (Chief Executive) |
| Industri | Retail |
| Produk | Groceries, Consumer goods, financial services, telecoms |
| Hasil | ▲GB£46,600 million (2007) |
| Pendapatan operasi | ▲GB£2,650 million (2007) |
| Pendapatan bersih | ▲GB£2,550 million (2007) |
| Pekerja | 273,024 |
| Subsidiari | Tesco Stores Limited Tesco Ireland Limited Tesco Personal Finance (50%) |
| Laman web | www.tesco.com |
| 1. Results for 52 weeks ended 24 February 2007[1] | |
Tesco ialah sebuah pasar raya terbesar di Britain dan mempunyai banyak rangkaian termasuk di Malaysia. Tesco merupakan pasar raya ketiga terbesar di dunia selepas Wal-Mart (Amerika Syarikat) dan Carrefour (Perancis).
Bermula dengan perniagaan makanan lalu berkembang kepada jualan pakaian, elektronik, perkhidmatan kewangan pengguna, jualan dan sewaan DVD, peralatan muzik, dan lain-lain.
Sejarah
Tesco diasaskan oleh Jack Cohen di East End, London. Beliau merupakan seorang anak tukang jahit. Pada mulanya, beliau menjual pelbagai barangan di pasar Jalan Weel, Hackney. Selepas Perang Dunia Pertama berakhir pada tahun 1919, beliau menggunakan wang simpanannya untuk membeli gerai sendiri.
Jenama Tesco bermula tahun 1924 selepas membeli kedai teh daripada T.E Stockwell. Tesco adalah gabungan nama T.E Stockwell dan Cohen.
Pada tahun, 1929 Tesco dibuka di Burnt Ork, Edgware, London. Tesco di senarai Bursa Saham London pada 1947 sebagai Tesco Stores Holding, London.
Cawangan luar negara
Tesco telah membina usahasama dengan Samsung Group di Korea Selatan, Charoen Pokphand di Thailand, di Poland, Jepun, China, Republik Czech, Perancis, Hungary, Republik Ireland, Slovakia dan Turki.
Tesco membuka cawangan pertama di Malaysia pada 2002. Kini terdapat 28 cawangan di Malaysia. Tesco membina usahasama dengan Sime Darby Bhd pada 29 November 2001. Tesco memegang 70% saham dan Sime Darby memegang 30% saham. Tesco telah membeli Makro Cash & Carry (Malaysia) Sdn Bhd dan menukar 8 cawangan Makro menjadi format Tesco Extra[1]. 20 Cawangan-cawangan tersebut ialah:
Cawangan TESCO di Malaysia
Tesco Hypermarket
- Mutiara Damansara
- Puchong, Selangor
- Klang
- Melaka
- Kajang
- Ipoh
- Sungai Petani, Kedah
- Ampang
- Seri Alam, Johor
- Pulau Pinang
- Taiping, Perak
- Mergong, Alor Star,Kedah
- Station 18, Perak
- Kampar, Perak
- Desa Tebrau, Johor
- Semenyih, Selangor
- Setia Alam, Selangor
- Shah Alam, Selangor
- Kota Bharu, Kelantan
Tesco Extra
- Seremban, Negeri Sembilan
- Sungai Dua, Pulau Pinang
- Ipoh, Perak
- Selayang, Selangor
- Shah Alam, Selangor
- Cheras, Selangor
- Plentong, Johor
- Seberang Jaya, Pulau Pinang
Tesco Super
Semua pemimpin yang mengaku islam di seluruh dunia kena mencontohi
PM Turki Recep Tayyip Erdogan
berurusan dengan pemimpin -pemimpin Israel laknatullah….
menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul
selepas meninggalkan sidang WEF di Davos, semalam.
Ribuan orang berkumpul di lapangan terbang Ataturk Istanbul bagi menyambut kepulangan Erdogan, sambil melambaikan bendera Turki dan Palestin serta melaungkan namanya.
Selepas bertikam lidah dengan Peres, Erdogan berkata, beliau mungkin tidak akan menghadiri lagi perjumpaan tahunan negara kaya dan berkuasa itu yang berlangsung di pusat peranginan Switzerland.
Ketika berdebat mengenai Asia Barat, Peres mempertahankan serangan negaranya ke atas Gaza sejak bulan lalu dan dengan suara yang tinggi dan menuding jarinya, bertanya kepada Erdogan apa yang akan dilakukannya jika roket dibedil ke Istanbul setiap malam.
"Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos sebab anda tidak membenarkan saya bercakap," kata Perdana Menteri Turki itu, yang marah kerana tidak diberi masa mencukupi untuk menjawab. Beliau berdiri dan terus berjalan keluar dari dewan persidangan.
Datuk bandar Istanbul, Kadir Topbas, daripada Parti AK pimpinan Erdogan, berada di lapangan terbang bagi menyokong perdana menterinya, lapor akhbar Hurriyet Daily.
Peres bertanya Erdogan: "Apa yang akan anda lakukan jika ada 100 roket dibedil ke Istanbul setiap malam?"
Erdogan yang jelas kelihatan marah terus menjawab persoalan yang dihujani Peres.
"Presiden Peres, anda lebih tua daripada saya. Mungkin anda berasa bersalah dan oleh itu begitu keras dalam kenyataan anda. Anda membunuh orang. Saya masih ingat ada kanak-kanak yang mati di tepi pantai," kata Erdogan menerusi penterjemah.
Agensi berita Turki, Anatolia, memetik sumber diplomatik sebagai berkata Peres menelefon Erdogan kemudian bahawa beliau kesal dengan apa yang berlaku ketika berlangsungnya perbincangan panel mengenai Gaza.
"Saya begitu kesal dengan apa yang berlaku, kawan pun kadangkala bertengkar di kalangan mereka. Saya mempunyai penghormatan tinggi terhadap Republik Turki dan kepada anda sebagai perdana menteri. Saya menganggap diri saya sebagai kawan Turki dan Perdana Menteri Erdogan," Peres memberitahu Erdogan dalam perbualan telefon, kata Anatolia.
Bagaimanapun, Israel semalam menafikan Peres memohon maaf kepada Edrogan.
Turki yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel dan dunia Arab, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ke atas Gaza, yang mengorbankan lebih 1,300 orang. Tindakan Erdogan mengejutkan Israel. � Reuters
Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."
Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."
"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus." (gambar 1 & 2).
Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan (gambar 3).
Sumber:Utusan Malaysia
Sumber: Utusan Malaysia Online (14 Januari 2009)
SEJAK serangan Israel ke atas Palestine, seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Di Washington, ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia di dunia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
KOMEN: DAH LAMA AKU JADI GURU, MEMANG PELAJAR MUSLIM JAUH KETINGGALAN.... HAIRANNYA RAMAI PEMUDA ISLAM DI PUSAT SERENTI . KAT PENJARAPUN RAMAI...KITA MASIH BERGELUMANG DGN ISU SOSIAL REMAJA...SEDANG BANGSA DAN UMAT LAIN SUDAH TINGGI DI LANGIT. REALITI UMMAT YG PERLU KITA UBAH DARI DALAM PERUT SENDIRI...
Jesus Christ adalah Yahudi. Albert Einstein, saintis paling berpengaruh dan Majalah TIME “Person of the Century” adalah Yahudi. Sigmund Freud (id, ego, superego), bapa psikoanalisis adalah Yahudi. Begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Disenaraikan di sini Yahudi yang menyumbang keintelektualan mereka dalam memajukan dunia.
1. Benjamin Rubin memperkenalkan suntikan vaksin.
2. Jonas Salk mencipta vaksin folio yang pertama.
3. Albert Sabin menambahbaik vaksin polio.
4. Gertrude Elion memberi kita dadah untuk melawan leukemia.
5. Baruch Blumberg mengembangkan vaksin untuk Hepatitis B.
6. Paul Ehrlich menemui rawatan siplis (penyakit kelamin).
7. Elie Metchnikoff memenangi Hadiah Nobel (penyakit berjangkit).
8. Bernard Katzwon memenangi Hadiah Nobel (pemindahan neuromuscular).
9. Andrew Schally memenangi Hadiah Nobel (endokrinologi-kecelaruan sistem endokrin, kencing manis, hyperthydoidism)
10. Aaron Beck menemui terapi kognitif (psikoterapi untuk merawat kecelaruan mental, kemurungan dan fobia).
11. Gregory Pincus mengembangkan pil contraceptive mulut.
12. George Wald memenangi Hadiah Nobel kerana mampu menambah pengetahuan manusia tentang mata.
13. Stanley Cohen memenangi Hadiah Nobel dalam kajian embrio (kajian tentang janin dan perkembangannya).
14. Willem Kolff memperkenalkan mesin dialysis buah pinggang.
Selepas 105 tahun, Yahudi telah menggondol 15-dozen Hadiah Nobel dan hanya 3 dimenangi oleh umat Islam.
Mengapa mengapa sangat hebat?
Stanley Mezor mencipta cip micro-prosesan pertama. Leo Szilard mengembangkan reactor nuclear pertaman, Peter Schultz, talian gentian optik; Charles Adler, lampu isyarat; Benno Strauss, keluli tahan karat; Isador Kisee, filem bersuara; Emile Berliner, telefon mikrofon; Charles Ginsburg, pita perakam video.
Pemilik perniagaan bertaraf dunia dimiliki orang berfahaman Yahudi termasuk Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) , Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskins & Robbins) and Bill Rosenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, Presiden Yale University, adalah Yahudi. Juga Henry Kissinger (setiausaha negeri, American), Alan Greenspan (Fed chairman di bawah Reagan, Bush, Clinton and Bush), Joseph Lieberman, Madeleine Albright (setiausaha negeri, American), Casper Weinberger (setiausaha pertahanan American), Maxim Litvinov (Menteri Luar USSR), David Marshal (Ketua Menteri pertama Singapore), Issac Isaacs (governor-general Australia ), Benjamin Disraeli (British statesman and author), Yevgeny Primakov (PM Rusia), Barry Goldwater, Jorge Sampaio (President Portugal), John Deutsch (Pengarah CIA), Herb Gray (TPM Canada), Pierre Mendes (PM Perancis), Michael Howard (British home secretary), Bruno Kreisky (canselor Austria) and Robert Rubin (Setiausaha Kewangan American).
Di media, antara Yahudi yang terkenal adalah Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald (editor-in-chief Time), Katherine Graham (penerbit The Washington Post), Joseph Lelyyeld (Editor Ekesekutif The New York Times), dan Max Frankel (New York Times).
Boleh anda namakan dermawan yang ada dalam sejarah dunia? Dia adalah George Soros, Yahudi, yang menyumbang sejumlah $4 billion yang sebahagian besarnya diagihkan kepada saintis and universiti di seluruh dunia. Selepas George Soros adalah Walter Annenberg, seorang lagi Yahudi, yang membina ratusan perpustakaan dengan nilai $2 billion.
Olympik, Mark Spitz mencipta rekod dengan memenangi tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg tiga kali meraih pingat emas di Olympik. Mereka adalah Yahudi.
Tahukah anda Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Goldie Hawn, Cary Grant, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk adalah Yahudi?
Kenyataannya Hollywood diasaskan oleh Yahudi. Dikalangan pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1/2/3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One flew over the Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The thief of Baghdad ) dan Ivan Reitman (Ghostbusters) adalah Yahudi.
William James Sidis, IQ of 250-300, adalah manusia terbijak. Cuba teka fahamannya, sudah tentu Yahudi. Mengapa Yahudi sangat hebat? Jawapannya adalah pendidikan!
Mengapa Muslim Tidak Hebat?
Dianggarkan ada 1,476,233,470 umat Islam; 1 billion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan 6 juta di America. Setiap daripada 5 orang, seorang adalah muslim; seorang hindu nisbahnya 2 Muslim, seorang Buddha nisbahnya 2 Muslim dan seorang Yahudi nisbahnya 100 Muslim. Pernahkah anda terfikir mengapa muslim tidak hebat?
Ini adalah sebabnya: terdapat 57 negara yang mengangotai Organisation of Islamic Conference (OIC), dan jika dikumpulkan di bawah mereka terdapat 500 universiti; 1 universiti untuk setiap 3 juta Muslim. United States mempunyai 5,758 universiti dan India mempunyai 8,407. Pada tahun 2004, Universiti Shanghai Jiao Tong menyenaraikan 'Academic Ranking of World Universities', dan malangnya, tidak satu pun universiti dari majoritinya muslim berada dalam kelompok 500 terbaik.
Mwngikut data yang diperolehi daripada UNDP, kadar celik huruf negara kristian hampir 90% and 15% negara kristian celik huruf 100%. Berbeza dengan negara Islam yang purata celik huruf hanya 40% tiada yang 100% celik huruf. 98% rakyat negara kristian tamat sekolah rendah (40% ke university) sementara kurang daripada 50% rakyat negara Islam tamat sekolah rendah (2% ke university).
Negara Islam mempunyai 230 saintis daripada 1 juta Muslim. US mempunyai 4,000 saintis per sejuta and Jepun mempunyai 5,000 per sejuta. Di rantau Arab, jumlah penyelidik sepenuh masa adalah 35,000 and hanya 50 juruteknik per sejuta orang Arab (di negara kristian mereka ada sehingga 1,000 juruteknik persejuta). Tambahan lagi, negara Islam memperuntukkan 0.2% daripada GDP untuk penyelidikan dan pembangunan, sementara negara kristian memperuntukkan 5% daripada GDP mereka.
Kesimpulan: Umat Islam kurang berkemampuan untuk menghasilkan pengetahuan.
Penunjuk sesebuah negara mengamalkan budaya ilmu ada dua; akhbar harian per 1,000 orang dan jumlah judul buku per sejuta orang. Di Pakistan, terdapat 23 akhbar harian per 1,000 orang sementara di Singapora 360 per 1,000 orang. Jumlah judul buku untuk setiap sejuta orang; di UK 2,000 sementara di Mesir hanya 20.
Kesimpulan: Umat Islam gagal menyebarkan membudayakan.
Penunjuk lain untuk aplikasi ilmu adalah peratus ekspot produk teknologi tinggi daripada jumlah keseluruhan ekspot. Pakistan 1%; Arab Saudi 0.3%; Kuwait, Morocco dan Algeria 0.3%; sementara Singapura 58%.
Kesimpulan: Umat Islam gagal untuk aplikasi ilmu yang ada.
Mengapa Umat Islam Tidak Hebat? Kerana tidak/gagal menghasilkan pengetahuan.
Mengapa Umat Islam Tidak Hebat? Kerana tidak/gagal menyebarkan ilmu.
Mengapa Umat Islam Tidak Hebat? Kerana tidak/gagal aplikasi ilmu yang ada.
Masa depan milik masyarakat yang mementingkan ilmu.
Menariknya, jumlah keseluruhan GDP 57 negara OIC kurang $2 trillion; Amerika $12 trillion; China $8 trillion; Japan $3.8 trillion dan Jerman $2.4 trillion.
Negara yang kaya dengan minyak seperti Arab Saudi, UAE, Kuwait Qatar secara terkumpul menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai $500 billion, Sepanyol $1 trillion, Poland $489 billion dan Thailand $545 billion.
Jadi, mengapa umat Islam tidak hebat? Jawapannya kurang pengetahuan.
Wallahualam.
Asal-usul kaum yang laknat
Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi. Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani Israel.
Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identiti mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948. Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.
Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang mesti dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka telah dengan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara. Negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain.
Yahudi tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu taraf kedudukan yang paling hina sekali. Semasa kebangkitan agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam zaman Perang Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi yang telah dibunuh. Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I, iaitu Raja England ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England. Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV dalam tahun 1394.
Dalam abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil 'Black Death', pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja. Sepanyol menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka dalam tahun 1494. Portugal pula berbuat demikian dalam tahun 1497. Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang sangat bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan harta mereka dimusnahkan.
Selepas tahun 1650, satu era baru muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak Protestan. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu. Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis. Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, Napoleon I telah membantah keras dasar itu. Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang berlawanan. Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di Eropah Barat satu ketika dahulu.
Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772 hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu. Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai 'pogrom', iaitu pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II.
Kemudian dalam tahun 1903 dan tahun 1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600 buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara harta benda mereka serta rumah-rumah mereka dibakar. Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun 1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara sistematik dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman sebagai 'penyelesaian terakhir kepada masalah orang-orang Yahudi'.
- Login to New Blogger with your Google account.
- On your Dashboard choose blog you want to edit, Click on Layout, you’ll go direct to Template tab where blog you want to Edit.
- Choose the Template tab of your blog then click on Edit HTML.
- Next scroll down to the end of your page and choose Revert to Classic Template.
- Copy all the code of the template you wish and paste it into your blog.
- Click on SAVE TEMPLATE and you are done!.
Selamat Tahun Baru Cina/ Gong Xi Fa Cai
kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada kaum Cina.
Kita berharap Tahun Lembu ini akan membawa keamanan dan keadilan kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kedatangan tahun baru ini juga akan menguatkan lagi azam semua pihak untuk berusaha ke arah mengeratkan hubungan antara kaum di negara yang kita cintai ini.
Notes: You can use your own picture as header image. Image Size: Width: 870px, Height: 180px
Kejohanan Merentas Desa SMKTPG untuk sesi persekolahan tahun 2009 telah diadakan pada hari Sabtu, 17 Januari 2009. Setelah menjalani latihan selama 2 hari; iaitu pada hari Isnin 12 Jan 2009 dan Rabu 14 Jan 2009. Kedudukan rumah sukan secara keseluruhan adalah seperti berikut :
1st: Rumah Kuning
2nd : Rumah Merah
3rd : Rumah Hijau
4th : Rumah Biru
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan Rumah Kuning yang mengungguli Kejohanan Merentas Desa SMKTPG pada tahun ini.
#bangga juge rumah merah ke-2. HIDUP RUMAH MERAH


















