JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SELAMAT HARI GURU

Posted by Khai2020 Mei 16, 2013 1 comments

S

Fakta-fakta Menarik PRU 13.....

Posted by Khai2020 Mei 08, 2013 1 comments




Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

4) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

5) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

6) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

7) Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

 

Kelebihan memakan petai

Posted by Khai2020 Oktober 29, 2012 0 comments



Keenakan petai sebagai ulam, jeruk, mahupun menjadi bahan dalam masakan seperti sambal tumis udang atau sambil ikan bilis dan sebagainya, membuatkan penggemar-penggemar petai berasa lapar.

Di sebalik keenakan petai bersama kesan bau mulut yang kurang menyenangkan, petai turut mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi. .

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu, buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). .

Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik. .

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai
* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang
Petai belalang mempunyai buah yang kecil. Petai Belalang ini boleh didapati di kawasan kampung. Petai Belalang ini baik bagi mereka yang hendak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkan petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.
 
http://my.entertainment.yahoo.com/news/kelebihan-memakan-petai

TAKWIM PERSEKOLAHAN & PEPERIKSAN 2013

Posted by Khai2020 Oktober 23, 2012 0 comments




Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim persekolahan bagi tahun 2013. Diharapkan ini dapat memudahkan pelajar, ibu bapa atau penjaga dan pihak sekolah membuat perancangan untuk tahun 2013:
 


 

Mana lebih baik iPhone 5 Vs Samsung Galaxy S3

Posted by Khai2020 Oktober 21, 2012 0 comments

Klik pada imej untuk besarkan...

 

PSY - GANGNAM STYLE (강남스타일) M/V

Posted by Khai2020 September 21, 2012 0 comments


Bernama 10/9/2012 KOTA BAHARU, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus yang terbaik kepada anggota perkhidmatan awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 Sept ini. Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata sebelum ini CUEPACS memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan. "Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat dua bulan bonus. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini Ahad. Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi dan kecekapan mereka melaksanakan tanggungjawab. Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya memberi nama baru kepada jawatan yang berkaitan dengan pembantu seperti pembantu pertanian, pembantu pegawai tadbir dan pembantu juruteknik. -- BERNAMA

LAGU RAYA

Posted by Khai2020 Ogos 16, 2012 0 comments


BONUS RAYA SETENGAH BULAN GAJI!!!!!!

Posted by Khai2020 Julai 25, 2012 0 comments


BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM, BAYARAN KHAS RM500 UNTUK PESARA KERAJAAN

Bernama
25/7/2012

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

-- BERNAMA

Dipetik daripada:
http://cuepacs.blogspot.com/2012/07/bonus-setengah-bulan-gaji-untuk.html


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Sambutan Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Sambutan Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.
KUALA KANGSAR: Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena sambutan Hari Guru ke-41 di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kenaikan pangkat itu membabitkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
Beliau turut mengumumkan 3,085 pengetua gred DG48 ke DG52 dan penolong pengetua gred DG44 ke DG48 akan diperakukan untuk kenaikan pangkat secara berperingkat mulai bulan depan.

Guru terbabit boleh menyemak status kenaikan pangkat di laman web Kementerian Pelajaran.



PROGRAM MINGGU ORIENTASI PELAJAR PRAUNIVERSITI SMKTPG AMBILAN MEI 2012

Tarikh: 7 - 16 MEI 2012

























































Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan untuk dilaksana berkuat kuasa 1 Januari lalu, akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan. Perdana Menteri juga berkata, sebuah suruhanjaya khas yang terdiri daripada pelbagai pihak akan dibentuk bagi mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara menyeluruh.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus). Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM. Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi ini. Ekoran bantahan sebahagian besar kakitangan awam dan Cuepacs sendiri, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA awal Januari lalu. Susulan penangguhan itu, kerajaan menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi melaksanakan semakan semula SBPA dan diberi tempoh tiga bulan untuk membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu.Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012. “Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing. “Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini. Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain

KEPUTUSAN STPM PRA U SMKTPG 2011

Posted by Khai2020 Mac 07, 2012 0 comments


Tahniah diucapkan kepada warga SMK Telok Panglima Garang amnya dan warga Pra U SMK Telok Panglima Garang khususnya atas kejayaan memperoleh 96.5% kelulusan dalam peperiksaan STPM 2011 yang baru saja diumumkan pada hari ini. Seramai 58 orang calon telah menduduki peperiksaan STPM pada 2011. Dalam keputusan yang diperolehi pada jam 2 petang tadi pelajar terbaik keseluruhan disandang oleh Nurul Hazwani bt. Saini pelajar 6AK2. Beliau memperolehi 1A 2A- 1B. Tahniah diucapkan kepada beliau dan juga pelajar-pelajar lain yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya anda masih berpeluang memperbetulkan kesilapan. Jangan mudah putus asa.

PELAJAR TERBAIK STPM PRA U SMKTPG 2011:
NURUL HAZWANI BT. SAINI (6AK2)
PNGK= 3.59
1A 2A- 1B

Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru Pra U SMKTPG yang turut bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan semua pelajar. Pelbagai aktiviti dan program yang telah dilakukan sepanjang tahun 2010 dan 2011 nampaknya berbaloi dan menampakkan hasil. Semoga ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Kepada pelajar-pelajar Pra U yang berada di 6 Atas pada masa kini jadikan ini inspirasi serta motivasi kepada semua untuk menggalas cabaran pada STPM 2012 nanti....








5:01PM Mac 7, 2012
Seramai 46,712 atau 92.19 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 berbanding 46,795 (92.5) pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Mohd Noh Dalimin berkata, 12 calon telah mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding lapan calon pada tahun sebelumnya.

Pada umumnya, prestasi calon tahun 2011 adalah sama dengan tahun 2010, di mana Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) adalah sama, iaitu 2.22, katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Pada tahun 2011, seramai 298 calon (0.59 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 343 calon (0.68) pada tahun sebelumnya.

Seramai 50,669 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu.

Mohd Noh berkata, jurang antara prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara apabila prestasi calon bandar jauh lebih baik daripada calon luar bandar.

Katanya, bilangan calon bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah seramai 948 orang atau 12.64 peratus berbanding hanya 93 (6.14) pelajar luar bandar.

Katanya, bilangan calon bandar aliran Sains yang mendapat 5A, 4A dan 3A pula adalah 357 orang (14.2) berbanding hanya 11 (12.64) luar bandar manakala bilangan calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah 591 (11.85) berbanding hanya 82 (5.75) luar bandar.

Daripada segi prestasi sekolah, beliau berkata, sekolah kerajaan menunjukkan penurunan berbanding pada tahun sebelumnya, iaitu PNGK sekolah kerajaan pada tahun lalu ialah 2.29 berbanding 2.32 pada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2011, sebanyak 52 buah sekolah mencapai PNGK 2.8 atau lebih tinggi berbanding 47 sekolah pada tahun sebelumnya dan 55 sekolah pada 2009.

- Bernama

Keputusan semakan SBPA masih belum diketahui lagi seperti yang dijanjikan oleh Cuepacs sebelum ini. Mungkin ini ada kaitannya dengan cadangan gaji SBPA yang dikemukakan oleh Cuepacs semalam sehingga membuatkan pasukan petugas SBPA berfikir dua tiga kali untuk menilainya….

Cadangan gaji SBPA baru yang dibentangkan oleh Cuepacs (Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) ini lebih terarah kepada gred 1 – 54. Berbanding kumpulan premier dan jusa yang sudah pun “berjaya” menikmati gaji SBPA sekitar RM60,000, RM45,000, RM30,000 sebulan. Mereka dah dapat dah pun. Ini contohnya :

  • Premier 1 : gaji RM60,000 sebulan tanpa elaun
  • Premier 2 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
  • Premier 3 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
  • Premier 4 : gaji RM35,000 sebulan tanpa elaun
  • JUSA C : Kenaikan melebihi RM5,000
Win Movie Tickets now! Just click and answer an Easy Survey

Cadangan gaji SBPA yang dituntut oleh Cuepacs ini agak memeranjatkan kami juga sebenarnya.

Antara Tuntutan & Cadangan Gaji SBPA Yang Dikemukakan Ialah :

  1. Memberi kenaikan gaji di antara RM700 hingga RM2,500 melibatkan kakitangan awam Gred 1 hingga Gred 54.
  2. Kenaikan gaji tersebut yang dituntut Cuepacs ini mesti dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM)
  3. Selepas kenaikan gaji tersebut berjaya dilaksanakan barulah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dibuat penambaikan
  4. Kakitangan awam yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
  5. Contohnya kakitangan awam yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500
  6. Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji setimpal dengan usaha mereka selama ini.

Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Kenaikan Gaji

  • Gred 1 – 16 : Kenaikan gaji sebanyak RM700
  • Gred 17 – Gred 26 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,000
  • Gred 27 – Gred 40 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,500
  • Gred 41 – Gred 48 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,800
  • Gred 52 – Gred 54 : Kenaikan gaji sebanyak RM2,500

Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Contoh Pengiraan

  • Gaji kakitangan awam gred 17 semasa dalam SSM : RM820
  • Selepas kenaikan gaji sebanyak RM1,000 : RM1800

Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Pilihan Yang Diberikan Oleh Cuepacs :

  1. Pertama : Cuepacs rasa cadangan gaji SBPA yang dibuat mereka ini munasabah selari dengan hasrat kerajaan yang dikatakan mahu merapatkan jurang pendapatan yang besar antara pegawai rendah dengan atasan.
  2. Kedua : Jika pasukan petugas SBPA merasakan ia akan melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs minta kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan
  3. Ketiga : Kalau itu pun tak boleh juga, Cuepacs minta apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru
Sumber: http://beritasemasa.com/


Bermula pengambilan Tingkatan 6 Bawah sesi 2012/2013; Sistem Baharu STPM iaitu Sistem Modular akan diperkenalkan. Majlis Jemaah Menteri (MJM) telah meluluskan pelaksanaan ini pada 4/Januari/2012.

Pelajar Tingkatan 6 bawah tahun 2012 merupakan kohot pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan Tingkatan Enam pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya akan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Makluman berhubung dengan aspek kandungan pengajian, sistem pentaksiran baharu STPM dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal iaitu penggal 1, penggal 2 dan penggal 3 dalam tempoh pengajian selama satu tahun setengah!


SURAT PEKELILING PEMBERITAHUAN STPM BAHARU 2012/2013:


Sukatan Pelajaran STPM Baharu 2012/2013:


PERATURAN & SKEMA PEMARKAHAN:


Related Posts with Thumbnails












NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER


IKLAN DI SINI

Hanya RM5/bulan!!!

Twitter