Khidmat NC UM, Datuk Rafiah Salim tidak dilanjutkan. Mantan presiden Universiti Multimedia (MMU), Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon (kanan) dilaporkan akan mengambil alih tugas Rafiah. Khidmat Rafiah disambung enam bulan sehingga hari ini apabila kontrak dua tahunnya tamat Mei lalu. Ketika mengumumkan lanjutan khidmat wanita itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata jawatankuasa pilihan akan meneliti calon yang layak memegang jawatan itu. Rafiah dilantik menggantikan Datuk Profesor Dr Hashim Yaacob untuk menangani masalah kemerosotan kualiti dan kedudukan UM dalam pemeringkatan dunia. Bagaimanapun, kedudukan universiti itu terus merosot dalam pemeringkatan Times Higher Education Supplement (THES) - dari tangga 169 pada 2005 kepada 192 pada 2006 dan tangga ke-245 tahun lalu.
-
0 comments