JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

APA AZAM ANDA DI TAHUN BARU???

Posted by Khai2020 Januari 04, 2010



Azam Tahun Baru: Pupuk Minda Kelas Pertama

ImageMenjelang tahun baru ini, kita sebagai elemen masyarakat pembangun modal insan berazam penuh bagi merealisasikan Rancangan Malaysia ke 9. Dengan pelbagai teras utama yang dijadikan sebagai garis panduan, sekali lagi kita membayangkan betapa dengan implikasi modal insan ini akan menjanjikan sebuah tamadun yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Untuk mempersiapkan diri mengambil bahagian dalam masyarakat dan misi negara, pembangunan modal insan bermutu tinggi menjadi salah satu keperluan yang dahulunya mungkin hanya dianggap sebagai suatu kemewahan. Maka, pembangunan modal insan ini pula memerlukan kepada ‘Minda Kelas Pertama’ supaya elemen mikro dalam masyarakat ini memberi implikasi makro terhadap pembangunan negara.

‘Minda Kelas Pertama’ difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik. Inilah yang boleh dilabelkan sebagai agenda pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri.

‘Minda Kelas Pertama’ adalah agenda jangka masa panjang yang memerlukan segenap usaha serta komitmen daripada setiap peringkat masyarakat. Setiap etnik, kelas sosial, komuniti dan institusi perlu mengambil bahagian dalam merealisasikan misi ini. Ia perlu dimulakan dengan azam yang kuat bagi memulakan era pembudayaan agenda ini.

Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan; pengukuhan keupayaan sains, R&D dan inovasi; dan pembentukan masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Melihat strategi penguasaan ilmu pengetahuan, kita di peringkat masyarakat umum perlu kepada kesediaan diri dengan memiliki kemantapan informasi serta kemahiran. Budaya membaca, sumbangan ilmu, teknologi maklumat dan prointelektual adalah budaya yang sangat menyumbang ke arah strategi ini.

Seterusnya dengan penguasaan ilmu ini, kita akan semakin terdedah kepada bidang sains, R&D dan inovasi yang juga sebagai salah satu output penghasilan ‘Minda Kelas Pertama’. Keperluan dan cabaran global hari ini adalah berpaksikan kepada aset modal insan yang berpengetahuan serta berinovasi tinggi. Dunia kini tidak mengenal siapa yang kaya dengan sumber fizikal, kedudukan strategik dan usia tamadun semata-mata. Tetapi adalah memandang kepada kualiti modal insannya yang menjadi peneraju kekayaan dan potensi negara.

Dalam perjalanan mencapai kemajuan serta membina tamadun, kita semua mempercayai tentang ‘bayaran’ erti kemajuan. Apakah benar bahawa pembangunan sesebuah tamadun itu semestinya disertai dengan kejatuhan moral masyarakatnya?

Inilah yang ditekankan dalam misi nasional dengan mengambil kira aspek kekayaan moral agar masyarakat kita membangun tamadun melalui ‘Minda Kelas Pertama’.

Kita tidak hanya memandang pembangunan fizikal semata-mata sebagai ukuran kemajuan sesebuah masyarakat. Acuan kita adalah pembangunan fizikal yang disertai dengan kekayaan mentaliti masyarakatnya. Apa gunanya pembangunan jika dalam masa yang sama masih banyak lagi timbul elemen-elemen yang boleh menjejaskan pembangunan itu semula.

Kekayaan moral bukanlah suatu skop kelebihan yang kecil dalam pembangunan insan. Tetapi adalah meliputi aspek akhlak mulia, nilai murni, budi bahasa, integriti, beretika dan mengikut norma-norma sebagai masyarakat timur.

Norma adalah peraturan masyarakat mengenai tingkah laku yang betul dan salah. Budaya pula adalah merangkumi cara hidup sesebuah masyarakat secara asli atau tersendiri yang bukan tiruan. Budaya seterusnya akan membentuk tamadun. Sesebuah masyarakat boleh dilabelkan sebagai berbudaya dan bertamadun dengan menjadikan cara hidup timur sebagai imej tersendiri. Imej masyarakat kita adalah kaya dengan norma-norma istimewa yang kebanyakannya selari dengan hukum agama. Norma dan budaya ini perlulah dipertahankan untuk membentuk ‘Minda Kelas Pertama’.

Bersempena dengan tahun baru kali ini yang seiring dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, ia menyeru masyarakat kita untuk bersama memantapkan diri dengan gabungan ‘azam baru’ dan ‘kesediaan diri untuk berkorban’.

Kita perlu menanamkan mentaliti yang sentiasa berlegar dalam pemikiran serta tindakan kita bahawa ‘Minda Kelas Pertama’ perlu wujud dalam diri sendiri. Seterusnya ‘Minda Kelas Pertama’ kita adalah penyumbang ke arah mewujudkan jaringan terhadap mentaliti di setiap peringkat serta pihak masyarakat yang lain. Sehinggalah jaringan ini membentuk budaya masyarakat membangun dari dua aspek pembangunan fizikal dan juga mental. Permulaannya adalah azam bagi memulakannya.

Di peringkat sekolah-sekolah dan pelbagai agensi masyarakat di sekitar negeri Johor, pendekatan bagi membangunkan modal insan yang bermoral tinggi juga turut diberikan perhatian. Ini dilaksanakan melalui program-program Maal Hijrah, Khatam al-Quran, Kempen Memupuk Maruah Mulia Insan dan Kem Memupuk Bakti Kepada Negara.

Semuanya adalah program yang dirangka sebagai di antara usaha melahirkan modal insan berkualiti. Begitu juga dengan aspek pembangunan sumber manusia yang terus diperkayakan melalui latihan dan peningkatan integriti.

Pihak kerajaan dan juga pihak swasta menyambut baik agenda ‘Minda Kelas Pertama’ ini. Hanya ia perlu dengan sokongan serta azam kita semua agar usaha murni ini dimulakan sebagai budaya pembangunan masyarakat dan peneraju ke arah pembinaan tamadun manusia yang benar-benar berjaya.

Mulai tahun ini, mulakan azam baru kita untuk berkorban demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Azam yang kita tanamkan secara langsung akan menjadi sumbangan bagi pembangunan jangka masa panjang diri dan negara. Lengkapkan diri dengan ‘Minda Kelas Pertama’ agar kita menjadi modal insan unggul yang terlibat dengan segenap pembangunan negara.

Apakah kita dan generasi seterusnya sudah bersedia dan mantap untuk melibatkan diri serta menikmati hasil pelan komprehensif Wilayah Pembangunan Iskandar? Realitinya adalah, ‘Minda Kelas Pertama’ sahaja yang benar-benar dapat merealisasikannya.


Oleh MOHD FADZLI ABU BAKAR

0 comments

Catat Ulasan

ULASAN ANDA AMAT BERNILAI. BERIKAN ULASAN YANG MEMBINA. TERIMA KASIH.

Related Posts with Thumbnails












NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER


IKLAN DI SINI

Hanya RM5/bulan!!!

Twitter