Ramai blogger pening kepala untuk menulis artikel bagi blog mereka. Sebenarnya anda bukan tidak ada bakat menulis atau tiada masa atau kekeringan idea. Itu semua hanyalah mitos semata-mata. Di sini saya nak share maklumat yang tak seberapa tapi dapat membantu bagaimana teknik nak update blog.
Terdapat dua jenis artikel (post) iaitu:
1. Topik yang terfikir secara spontan
2. Tajuk yang telah dirancang
Untuk mendapat idea yang spontan, ia tidak selalu berlaku. Maka, sebab itu ramai blogger ‘kekeringan idea’ kerana lebih berharap kepada idea yang spontan dan tiba-tiba.
Jadi, untuk membolehkan anda sentiasa menulis pelbagai artikel tanpa sebarang masalah, anda perlu merancang dari awal.
Contohnya, rancanglah lima hingga sepuluh tajuk artikel yang akan diterbitkan secara berkala. Tidak semestinya berlainan tajuk atau topik kerana anda juga boleh menulis dalam bentuk bersiri.
Dengan merancang lebih awal, maka anda sudah tidak ada masalah untuk memikir-mikir apa yang mahu ditulis. Malah, penulisan anda di blog akan lebih konsisten dan tidak terkeluar daripada topik utama. Sebaliknya, apabila sudah tahu tajuknya, maka anda hanya perlu mencari dan memikirkan isinya sahaja.
Luangkanlah sedikit masa untuk merancang bagi penulisan di blog anda. Saya yakin, masalah kekeringan idea tidak akan berlaku lagi.
KUALA LUMPUR 1 April – Sedar atau tidak, tetapi Malaysia adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia.
Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan.
Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.
Katanya, blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.
“Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada forum bertajuk Masyarakat dan Media Dalam Pilihan Raya 2008 di sini hari ini.
Forum turut disertai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jaafar.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Abu Hassan berkata, kerajaan mengambil pendirian tidak mempedulikan maklumat dalam blog sebelum pilihan raya tetapi pembangkang bertindak sebaliknya.
Beliau berkata, pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai.
Johan pula berkata, sesetengah blog begitu berpengaruh apabila menerima sehingga sejuta kunjungan dalam satu hari yang normal.
“Kalau pada hari-hari yang ada isu yang panas, jumlah kunjungan boleh mencecah antara tiga dan empat juta,” katanya.
Sumber: Utusan.com.my
ISTILAH globalisasi merujuk kepada fenomena yang menjadikan dunia kelihatan seperti mengecil dari segi perhubungan manusia kerana kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Dewasa ini, Internet merupakan alat globalisasi yang tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam menyebarkan maklumat.
Blog pula ialah salah satu media alternatif yang menggunakan jaringan Internet dan semakin popular digunakan, khasnya oleh golongan muda kerana masa dan ruangannya yang tidak terhad seperti media-media lain.
Baru-baru ini, iaitu pada 11 Mac 2008, satu diskusi berkaitan blog bertajuk ‘Penulis dan Blog: Trend Masa Kini’ telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam diskusi tersebut, panelis-panelis telah mendedahkan bahawa sehingga Februari lalu, terdapat 108 juta laman blog yang wujud, dengan 120,000 blog baru setiap hari atau 1.4 blog sesaat.
Perangkaan ini jelas menunjukkan bahawa blog merupakan medium yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat bagi menyalurkan maklumat antaranya agama, pendidikan, undang-undang, politik dan bisnes.
Malah ia turut menyuarakan pandangan mereka menerusi catatan-catatan atau diari dalam talian, keluh-kesah, artikel dan komen berkenaan pelbagai perkara, lazimnya dalam isu melibatkan masyarakat dan pemerintahan negara.
Sehubungan itu, hasrat Menteri Penerangan yang baru, iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek, untuk mendekati para penulis blog adalah sangat wajar dan harus dipuji.
Beliau berpendapat bahawa pandangan penulis blog tidak boleh diketepikan, dan menyatakan keinginannya untuk membuat pertemuan dengan mereka bagi mendapatkan maklum balas sebagai usaha membantu pembangunan negara.
Ini adalah kerana, pandangan-pandangan yang dimuatkan ke dalam blog lazimnya merupakan ‘suara hati’ yang sebenarnya kerana tidak melalui sebarang ‘penapisan’. Jadi, ketulenan pandangan tersebut adalah lebih tinggi dan perlu diambil kira dalam menilai hasrat dan keinginan masyarakat terhadap negara khususnya.
Kesimpulannya, blog merupakan medium yang tidak boleh dipandang ‘sebelah mata’ seperti pada awal penggunaan Internet di negara kita.
Masyarakat hari ini semakin peka dan bijak menggunakan teknologi dalam menyalurkan sebarang idea, pandangan dan ketidakpuasan terhadap sesuatu perkara.
Justeru, usaha yang ingin dilakukan oleh beliau bagi mendekati penulis blog adalah wajar disokong.
– Mohd Faisal Mustaffa,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
Sumber: Utusan.com.my
- Di side bar sebelah kanan blog ini terdapat widget FOLLOWERS @ PENGIKUT. Klik pada FOLLOW THIS BLOG.
- Akan terpapar tetingkap START FOLLOWING THIS BLOG. Tik pada Follow publicly as..
- Klik FOLLOW.
- Klik CLOSE.
FOLLOWERS sangat berguna untuk kita mengenali dengan lebih dekat lagi blogger-blogger yang sering mengunjungi blog kita. Apabila terpapar sahaja foto FOLLOWERS untuk mengetahui profail blogger tersebut dengan lebih lanjut klik sahaja pada foto tersebut. So, dapatlah kita mengeratkan silaturrahim sesama kita. Tambahan pula SMKTPG mempunyai 150 orang guru. Ini agak sukar untuk kita mengenali mereka satu persatu.
SELAMAT MENCUBA!!!
- Azhari Mohamed (amazhari.blogspot.com),
- Che Wan Rosida N.Hasan (shahjeehan.blogspot.com),
- N Shakirah Zawani Ja'afar (cikgushakirah.blogspot.com),
- Chaw Lee Lian (dear-lilian.blogspot.com),
- Aimi Nabihah Mohamad (cikguaimi.blogspot.com),
- Herdawati Selamat (cikguherda.blogspot.com)
1. Pada halaman {Template}, sila pilih {Edit Html}. Jangan lupa tanda tik pada kotak {Expand Widget Template}.
Tujuan utama membuat blog adalah supaya tulisan-tulisan kita dapat dibaca oleh orang lain atau pengunjung blog. Semakin banyak yang berkunjung dan memberikan komen tentunya akan membuat senang hati dan gembira. Blog kita tidak akan serta merta dikunjungi ramai, ini memerlukan usaha publisiti dari pemilik blog sendiri.
Banyak cara yang dapat kita lakukan agar blog kita dikenali dan di kunjungi, antara lain adalah rajin-rajinlah blogwalking atau berkunjung ke blog milik orang lain, dan yang paling efektif adalah mendaftar melalui search engine atau mesin pencarian.
Bagi blogger baru mungkin berangggapan bahawa apabila kita membuat website atau blog akan secara automatik tersenarai atau berada pada list berbagai search engine, tetapi kenyataannya tidaklah sedemikian. Seperti juga hal sekolah, kalau mahu nama kita berdaftar pada buku daftar pelajar, kita harus melakukan pendaftaran terlebih dahulu ke sekolah tersebut. Samalah dengan mesin pencarian, agar blog kita tersenarai pada mesin pencarian, kita haruslah mendaftarkan blog kita.
Mesin pencarian jumlahnya sangat banyak sekali, dan pada masa ini yang paling terkenal di dunia adalah Google, Yahoo, serta Msn. Apabila blog kita ingin tersenarai pada mesin pencarian mereka, maka kewajiban kita adalah mendaftarkan URL blog kita pada mesin pencari mereka. Bila ada yang belum tahu kemanakah harus mendaftarkan blognya, maka sila ikuti langkah berikut :
1. Daftar Google
Untuk mendaftar ke Google, silalah kunjungi http://www.google.com/addurl/ . Apabila sudah berada pada halaman pendaftaran ada beberapa langkah yang harus di lakukan, iaitu melengkapkan borang yang disediakan:
· URL --> Isi dengan URL blog anda.
· Comments --> Isi dengan keyword atau kata kunci yang berhubungan dengan blog anda
· Isi kotak kosong dengan huruf Verifikasi yang tersedia.
· Klik Add URL
· Selesai.
Setelah anda mendaftar di Google, maka tidak serta merta blog anda tersenarai pada mesin pencariannya, tetapi memerlukan 3 ke 4 minggu baru blog anda tersenarai. Jika sudah 3 ke 4 minggu, maka cubalah masukkan alamat blog anda pada mesin pencarian Google, apakah sudah tersenarai atau belum? Jika belum, cuba tunggu beberapa minggu lagi. Jika ternyata masih belum juga, cuba daftar lagi blog anda ke Google seperti langkah di atas. Atau mungkin anda tidak sabar ingin cepat tersenarai. Biasanya dalam 3 atau 4 hari saja blog anda sudah tersenarai di Google.
2. Daftar Yahoo!
Untuk mendaftar ke yahoo! sila kunjungi
https://siteexplorer.search.yahoo.com/submit.
Tetapi untuk mendaftar ke Yahoo, anda harus mempunyai account Yahoo, kerana diperlukan log in terlebih dahulu ke account Yahoo. Bagi yang belum punya account Yahoo (email di yahoo) silah buat dulu, bagi yang sudah ada, and login dengan username serta password anda. Apabila sudah login, sudah tersedia kolum untuk diisi, sila isi kolum tersebut dengan URL anda, kemudian klik Add URL, selesai.
3. Daftar ke Msn
Untuk daftar ke Msn, sila kunjungi
http://search.msn.com/docs/submit.aspx?FORM=WSDD2
Sila isi huruf verifikasi dan URL pada kotak yang tersedia, kemudian klik Submit URL, selesai.
4. Apabila anda mempunyai keinginan lebih, iaitu URL blog anda terindeks pada pelbagai mesin pencarian, anda boleh menggunakan bantuan laman Submission. Cuba klik URL di bawah ini :
Tugas anda hanya mengisi alamat URL blog serta menuliskan alamat email saja, kemudian klik Submit Your Site.
5. Jika ingin lebih cepat terkenal cuba lakukan ping ke pelbagai agregator, silan klik link di bawah :
Isi form yang di sediakan.
Selamat Mencuba
Wajah-Wajah BLOGGER SMKTPG dapat dilihat
pada slideshow di side bar blog ini
Setelah proses upload anda selesai, untuk melihat gambar tadi, klik tombol Compose. Di sini anda dapat melihat gambar yang anda upload tadi sekaligus dapat mengedit kembali ukuran dari gambar ini, caranya iaitu klik gambar tersebut sampai gambar anak panah mouse anda berubah menjadi gambar panah empat penjuru. Arahkan mouse pada garis pada gambar hingga gambar mouse berubah menjadi anak panah dua arah, tekan tombol mouse lalu tahan dan gerakan ke arah kiri atau kanan untuk mengubah lebar gambar, bila sudah sesuai dengan yang anda inginkan lepas tombol yang anda tahan tadi. Untuk mengatur tinggi gambar, arahkan mouse pada tepi bawah atau atas gambar sampai gambar mouse berubah menjadi anak gambar panah dua arah, tekan mouse lalu tahan kemudian gerakan mouse ke atas atau ke bawah untuk mengatur tinggi gambar, lepaskan mouse bila ukuran gambar sudah sesuai dengan yang anda inginkan.
Toolbar yang ada ketika posting :
--> Untuk mengubah jenis fon yang digunakan
--> Untuk ubah saiz fon
--> Untuk Menebalkan fon
--> Untuk menebalkan fon
--> Untuk ubah warna fon
--> Untuk membuat link (pautan)
--> Untuk membuat tulisan ke kiri
--> Untuk membuat tulisan di tengah
--> Untuk membuat tulisan ke kanan
--> Untuk membuat artikel menjadi rata kiri dan rata kanan
--> Untuk menambah angka
--> Untuk menambah bullet
--> Untuk semak spelling (ejaan)
--> Untuk memasukan gambar (upload gambar)
--> Untuk membuat artikel dalam kode HTML
--> Untuk membuat artikel dalam mode karang (biasa)
--> Untuk review (melihat) artikel
Cara penggunaan toolbar di atas adalah higlight terlebih dahulu tulisan yang akan di edit, kemudian tekan tombol toolbar yang diinginkan.
Langkah-langkah dalam memposting suatu artikel:
Megah SMKTPG
Warga SMKTPG
Berikrar dan berjanji
Tekun ilmu dicari
Mencapai hasrat murni
Warga SMKTPG
Tekad usaha bersatu
Murnikan azam kita
Mencapai cita-cita
Chorus:
Mari teman semua
Kita bersatu padu
Untuk menjayakan cita yang direstu
Jangan lupa nasihat
Ibu bapa dan guru
Mencapai wawasan yang dituju
Megah SMKTPG
Maju jaya berbakti
Ilmu amal diberi
Kita harus syukuri (2 x)
Lagu : En.Abd.Rahim.b.Hj.Anuar.
Lirik : En.Abd. Malik.b.Sha'ari dan Guru-guru SMTPG
Last Updated ( Tuesday, 22 April 2008 ) |
Wajah Harimau
Melambangkan bandar Telok Panglima Garang yang telah lama dibuka dan didiami, juga sebagai sikap berani yang bersesuian dengan nama Panglima Garang
Warna Merah dan Kuning
SMKTPG di dalam Negeri Selangor
Cogan kata
Dengan ”Ilmu Rukun Hidup” memberikan peransang dan galakan setiap pelajar kerana salah sati rukun hidup mestilah setiap orang berilmu.
Pena bulu ayan dan buku
Memperkenalkan penduduk Telok Panglima Garang sejak dari mula penempatan ini dibuka, penduduknya tetap mendapat pendidikan walaupun sekolah belum wujud.
Warna putih
Warga SMKTPG mementinkan perpaduan dan semangat muhibah
KEPADA STUDENT FORM 5
SMK TELOK PANGLIMA GARANG, KUALA LANGAT
Guru bertugas sedang memberi kata-kata terakhir
sebelum pelajar menduduki kertas Bahasa Melayu
tengah berdebar-debar dan tak sabar nak jawab soalan
Semoga pelajar-pelajar dapat menjawab soalan dengan tenang. Kami guru-guru SMKTPG sentiasa mendoakan agar kalian semua berjaya dengan cemerlangnya.
Translate
Enter your email address:
Delivered by FeedBurner
Recent Post
Jom join Blog Cikgu Khai.....
YOUR MESSAGE HERE
E BOOK TERLARIS. DAPATKAN SEKARANG!!!
2. BISNES T SHIRT
3. PERANCANGAN PERKAHWINAN
4. E KAMUS
5. RAHSIA MENCAPAI KEPUJIAN DEKAN DI UNIVERSITI
6. PANDUAN MENJANA WANG DARI RUMAH
7. PANDUAN PENJAGAAN ARNAB
8. TEKNIK BERENANG
9. RAHSIA HERBA
10. PANDUAN ASAS MENGANYAM BAKUL ROTAN
11.SISTEM SAHAM
12. MEMAHAMI CINTA PASANGAN NADA
13. RAHSIA MEMPEROLEHI REZEKI
14. PANDUAN MUET
15. PANDUAN BERHENTI MEROKOK
16. PANDUAN MENTERNAK IKAN TALAPIA
17. RAHSIA RUMAH LELONG
18. PANDUAN JIMATKAN ELEKTRIK
19. PANDUAN PENGURUSAN MASA
20. RAHSIA MENARIK KEKAYAAN MENERUSI FREKUENSI MINDA
21. PANDUAN PERAKAUNAN
22. PANDUAN MENGHIAS RUMAH
23. RAHSIA MEMIKAT HATI LELAKI
24. RAHSIA MEMBINA KEBAHGIAAN DIRI & KELUARGA
25. RAHSIA ANAK SOLEH
26. RAHSIA MENGURUSKAN BADAN
27. PANDUAN MENDIDIK ANAK
28. BAGAIMANA MELAHIRKAN SUPER HERO DALAM DIRI
29. PANDUAN LENGKAP MEMELIHARA KUCING
IKLAN BANNER
PANDUAN BLOGGER
2.Panduan Membina Blog
3.Cara Posting Artikel
4.Upload Gambar
5.Meningkatkan Pengunjung Blog
6.Adakah Anda Serius Berblog
7.Membuat Kategori/Label
8.Setting Huruf & Warna Blog
9.Teknik Update Blog
10.Bagaimana Menggunakan Followers
11.Bagaimana Memendekkan Teks (Versi 2)
12.Membuat Banner & Button
13.Cara Mambuat Link (1)
14.Panduan Membina Blog 2
15.Cara Membuat Postingan 2
16.Limitasi Dalam Akaun Blogger
17.Tips Supaya Blog Lebih Menarik
18.Menggunakan Templat Klasik pada Templat Baru
19.Dashboard (Papan Pemuka)
20.Bagaimana Membina Blog 2:Blogspot
IKLAN TEKS
Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!
Panduan Lulus Cemerlang MUET! Klik Disini!
Rahsia Suri Rumah Bekerjaya! Klik Disini!
Ingin Kurangkan Bil Elektrik Anda? Klik Disini!
Ketahui Rahsia Berhenti Merokok Selamanya Hanya Dalam Masa 3 Minggu
Rahsia Menguruskan Badan Dengan Terapi Minda! Klik Sini!
Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!
Jumlah Paparan Halaman
archive
-
▼
2008
(67)
-
▼
Nov 2008
(30)
- CIKGU HJ JAILANI MASUK WAD
- TEKNIK UPDATE BLOG
- Malaysia ada 500,000 laman blog
- JANGAN PANDANG SEBELAH MATA MEDIUM BLOG
- BAGAIMANA MENGGUNAKAN FOLLOWERS
- SELAMAT BERBLOGGING KEPADA BLOGGER BARU SMKTPG
- BAGAIMANA MEMENDEKKAN TEKS VERSI 2 (Membuat Read M...
- PESANAN UNTUK BLOGGER's
- BAGAIMANA MEMENDEKKAN TEKS (Membuat Read More)
- BAGAIMANA MENINGKATKAN PENGUNJUNG BLOG
- BERJAYA AKHIRNYA.....
- BILIK GURU SMKTPG SEMASA CUTI
- WAJAH-WAJAH BLOGGER SMKTPG
- BAGAIMANA MENG'UPLOAD' GAMBAR
- POT LUCK: AKTIVITI GURU SMKTPG PADA HARI TERAKHIR ...
- CARA MEMBUAT POSTINGAN (Catatan)
- LAGU SEKOLAH
- LOKASI SEKOLAH SMKTPG
- LENCANA SEKOLAH
- PTK DG41: PENGURUSAN HAL EHWAL PELAJAR (701/12)
- SPM 2008
- PTK DG41: PENGURUSAN P&P (701/02)
- KONTRAK DATUK RAFIAH TAMAT: UM DAPAT NC BARU
- PTK 2009:SUKATAN PEPERIKSAAN KOMPETENSI UMUM & PR...
- MEMBUAT BUTTON
- PERUBAHAN UNTUK AMERIKA: KEMENANGAN BERSEJARAH BUA...
- SEJAUH MANAKAH ANDA SERIUS BERBLOGGING?
- TUTORIAL FOR BLOGGER
- MAJLIS PERKAHWINAN ANAK ABANG SAM (SAMSURI B. OSMA...
- "Happy Birthday" buat isteri tercinta
-
▼
Nov 2008
(30)
GEOG SYLIBUS
SOLAT
Facebook Badge
My Student Blog List
Blogger's Friend
-
-
Amplas Velcro Bulat P120 Untuk Mesin Gerinda7 tahun yang lalu
-
Sambutan Hari Bumi di Malaysia9 tahun yang lalu
-
Top Commentator
recent comments
My Web/Blog List
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT6 tahun yang lalu
-
VARSITY JACKET7 tahun yang lalu
-
Maklumbalas13 tahun yang lalu
-
ASEAN Cyberkids at TELMIN14 tahun yang lalu
-
JC Team Bola/Futsal14 tahun yang lalu
-
KEPUTUSAN STPM 200914 tahun yang lalu
-
KEPUTUSAN STPM 200914 tahun yang lalu
-
KEPUTUSAN STPM 200914 tahun yang lalu
-
MAKLUMAN: Laman Pendidik Versi 3 (www.pendidikmy.net)15 tahun yang lalu
-
TUDUNG BAWAL15 tahun yang lalu
-
-
Catatan Popular
-
Kasut dan beg kulit anda adalah babi? * cantik kan? :') * cantik sangat kan? :') * tapi berkulit babi. jadi, kepada anda semua di l...
-
Anda boleh membuat semakan urusan kenaikan pangkat secara online dari masa ke semasa menerusi link yang disediakan dibawah. Ianya dijangka ...
-
PERHATIAN! Kepada Calon Peperiksaan MUET! KETAHUI TEKNIK LULUS CEMERLANG PEPERIKSAAN MUET DISINI! (Pe...
-
Salam.. Dah lama taka pos entry. Kekangan masa la katakan. Baru-baru ini saya jalan-jalan ke Bandung bersama rakan-rakan guru SMK tel...
-
Saya percaya ramai yang sedang kelam-kabut untuk cari tarikh dan kalendar sebenar untuk sesi Cuti Sekolah 2012. Maklumlah, AirAsia tengah bu...
-
Punca bencana alam
-
PEMBENTANGAN TINGKATAN 6 ATAS TAJUK: PEMBANGUNAN EKONOMI & IMPAK ALAM SEKITAR; SEKTOR EKONOMI PRIMER ...
-
Bermula pengambilan Tingkatan 6 Bawah sesi 2012/2013 ; Sistem Baharu STPM iaitu Sistem Modular akan diperkenalkan. Majlis Jemaah Mente...
-
Sekadar hiasan.Sungai Pahang Kebetulan saya orang pun orang Pahang jadi saya nak berkongsi sedikit loghat Pahang yang unik ini. Artikel ini ...
-
"Dashboard" adalah bahagian induk di mana ia mengolah dan memaparkan informasi yang mudah dibaca. Blogger Dashboard anda bertindak...
Label
- AGAMA (2)
- AIRASIA PROMO (2)
- BABY MIA (2)
- Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula (1)
- BAHASA (1)
- BEKERJA DI RUMAH; E BOOK (1)
- BLOGGER TEMPLATES (5)
- BONUS 2011 (1)
- BONUS 2012 (1)
- BONUS RAYA (1)
- Cbox (1)
- CIKGU KHAI SHOPPE (1)
- CONTACT ME (1)
- Cuti Umum 2012 (2)
- Damia 2 Years (1)
- DAMIA'S BIRTHDAY: FEBRUARY 2010 (1)
- DAMIA'S SHOPPE (1)
- E BOOK (1)
- EKONOMI (6)
- FAMILI (10)
- GAJI SBPA 2012 (3)
- GEOGRAFI (1)
- GEOGRAFI STPM (1)
- GREETING (1)
- HARI GURU (1)
- Hari Raya (2)
- JERSI MALAYSIA (1)
- JOM IKLAN (1)
- KABINET (1)
- KAJIAN LAPANGAN SARAWAK 2009 (2)
- KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2013 (1)
- KEPUTUSAN STPM 2009 (1)
- Kesihatan (1)
- LAGU LOGHAT PAHANG (1)
- LAGU RAYA (2)
- LANGKAWI (1)
- MURTAD (1)
- OMBAK RINDU (1)
- ORIENTASI PRAUNIVERSITI SMKTPG 2012 (1)
- PAKEJ BANDUNG 3 HARI 2 MALAM (1)
- PAKEJ HATYAI (1)
- PALESTINE (3)
- PANDUAN BLOGGER (34)
- PENDIDIKAN (1)
- PENDIDIKAN TINGGI (1)
- PERJAWATAN (1)
- PIDATO SPRM (1)
- PIG SKIN (1)
- POLITIK (4)
- PPSMI (3)
- PROGRAM AFFELIATE (1)
- PROTON EXORA (1)
- PRU 13 2013 (1)
- PSY - GANGNAM STYLE (강남스타일) M/V (1)
- PTK (3)
- PUTRAJAYA (1)
- Rahsia Kejayaan Air Asia (1)
- RPT PENGAJIAN AM (1)
- Semakan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Online (e-Pangkat) – KPM (1)
- SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1)
- SMKTPG (17)
- SOALAN TRIAL GEOG SPM PAHANG 2009 (1)
- STPM 2011 (2)
- STPM BAHARU (SISTEM MODULAR) (1)
- SUKAN GURU (1)
- TAHUN BARU CINA (1)
- TAKWIM SEKOLAH 2012 (1)
- TAKWIM SEKOLAH 2013 (1)
- TAKWIM SEKOLAH 2015 (1)
- TEKNIK LULUS CEMERLANG MUET (2)
- TIP MOTIVASI (1)
- Tips Menangani Anak (1)
- YAHUDI (9)
SMKTPG TEACHER'S
-
-
-
-
-
Jasindaily Online: KEJUJURAN YANG WAJAR DICONTOHI11 tahun yang lalu
-
-
Jangan...Tapi12 tahun yang lalu
-
“Kami Mengajar Semua Orang Besar ….”12 tahun yang lalu
-
Gelanggang Tuk Wali12 tahun yang lalu
-
DEGIL JUGAK NAFSU NI YER...!!13 tahun yang lalu
-
-
-
-
mari bermain radio amatur...14 tahun yang lalu
-
Harapan15 tahun yang lalu
-
-
-
My Reading List
-
SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJU KORPORAT UNTUK SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2024 - Cuepacs 26/12/2023 *KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM* *PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]* *(No Pendaftaran : 195)* *SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKA...Setahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 tahun yang lalu
-
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan - MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan, rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai Komuniti...10 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-