JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


TPG STAFF FC with new jersey



Pada petang bertempat di Gelanggang futsal SMKTPG telah berlangsung satu lagi siri perlawanan persahabatan guru-guru dan staf SMKTPG bagi memenuhi aktivti kecergasan. Pada kali ini kami telah menentang bekas pelajar-pelajar ASRAMA SMKTPG tahun 2009. Pada perlawanan tersebut kami telah berjaya menang dengan jaringan 7-6. Diharap akan ada perlawanan ulangan selepas ini........

Memperagakan jc baru



Antara aksi perlawanan









DAMIA'S BIRTHDAY: FEBRUARY 2010

Posted by Khai2020 Mac 22, 2010 1 comments











Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010 Kali Ke-2 telah diadakan pada 18 hingga 20 Mac 2010 ini bersempena cuti sekolah seluruh Malaysia.

Seperti sebelum ini, lokasi fiesta tu adalah di Precint 2, bersebelahan Putrajaya Monument Alaf Baru, berhampiran dengan Tapak Pasar Malam dan Bangunan Perbendaharaan Malaysia. Waktu fiesta bermula jam 7 pagi hingga 9 malam. Setakat hari ini kesemuanya ada 23 belon udara panas yang mengambil bahagian di mana 5 belon disediakan untuk orang ramai mencubanya.


Antara peserta antarabangsa yang akan mengambil bahagian adalah Poland, Belgium, Perancis, New Zealand, USA, Belanda, Switzerland, Thailand, Germany, Jepun dan Switzerland termasuklah tuan rumah Malaysia.

Tahun lepas fiesta ni berjaya mengumpulkan 150,000 pelawat dan pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang 4 hari fiesta berlansung dan bilangan pengunjung bertambah bagi tahun 2010 ini.

Di samping pertunjukan dan menaiki belon udara panas, terdapat banyak juga aktiviti dan acara lain yang disediakan untuk para pengunjung iaitu:

  1. Para motor show;
  2. Pertandingan mewarna kanak-kanak;
  3. Pertunjukan layang-layang;
  4. Pertunjukan bunga api (saya suke ni..paling best) pada malam 20 Mac nanti (sabtu);
  5. Pertandingan foto paling kreatif harian (khas untuk jurugambar);
  6. bazar jualan anika barangan; dan
  7. Macam-macam lagilah…

VISIT SABAH 2010

Posted by Khai2020 Mac 11, 2010 0 comments





Kedua-dua team bergambar sebagai kenang-kenangan

Sebagai aktiviti riadah bagi menyegarkan badan Staf/Guru SMKTPG telah mengadakan friendly match dengan SMK Sijangkang Jaya pada Hari Isnin 8 Mac yang lalu. Di samping itu, perlawanan ini juga bertujuan mengeratkan silaturrahim antara warga SMKTPG dan SMKSJ. Di harapkan banyak lagi aktiviti bermanfaat yang dapat kita lakukan di samping tugas-tugas seharian.

Keputusan penuh;
SMKTPG Vs SMKSJ
16 -6



Aksi-aksi menarik dari kedua-dua team

KEPUTUSAN STPM 2009

Posted by Khai2020 Mac 08, 2010 0 comments

Keputusan STPM telah diumumkan pada 04 Februari baru-baru ini. Seramai 34 calon telah mengambil peperiksaan tersebut pada 2009. Seluruh warga tingkatan 6 dan warga SMKTPG mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang. Harapan semoga pelajar-pelajar dapat melanjutkan pelajaran di IPT bagi meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Bagi yang tidak berjaya cuba lagi jangan putus asa.

Berikut adalah antara pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM tersebut:

PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN:










CHE ASYIKIN BT. CHE AHMAD
2A- 2B





Keputusan Keseluruhan:

5 Prinsipal



PUVANES A/P CHANDRAN
1B+ 2B 1B- 1C+
NOR FATIN NABILAH BT MOHD FUAD 1B 2B- 2C+
GUNAVATHY A/P MAHALINGAM
2B- 3C+




4 Prinsipal



CHE ASYIKIN BT CHE AHMAD
2A- 2B
HANUSHEELA A/P MURTI
1A 1B+ 2B
AMBIGA A/P PANICHELVAM
1A 1B+ 1B 1C
NURHAFIZAH BT RAZALI
1A- 2B+ 1B
NURUL IDAYU BT AYUB
1A- 1B 2B-
NORFADHILAH BT MUHAMAD MISLANI 4B+
ANIS IZYANA BT MAZELAN
3B+ 1B
FARHANA BT KAMARUDDIN
2B+ 2B
KHOO MENG CHEONG
1B+ 3B
NUR HUDA BT MISKAN
1B+ 2B- 1B
NOOR FARIZA BT SUHAIMI
2B 2B-
MUHAMMAD HALIFFAH B MOHD KHAIRI 1B+ 1B 1B- 1C+
SHAFURA ASHIKIN BT SUFFIAN
1B+ 1B 1B- 1C+
MOHD NADZIRUDDIN B NAKHROWI 2B 2C+
MOHD NUDZAIRUDDIN B NAKHROWI 1B 2B- 1C+
LILI HANA BT BOHARI
2C+ 2C




3 Prinsipal



SANGGARI A/P VEERAPPAN
1B+ 1B 1B-
NOR AKHMELIA BT MAT SA'AID
1B+ 2C
AIDIL EKMAL B OMAR
1B- 2C+
FARAH NAJWA BT BAKRI
1B- 1C+ 1C
NOR FARHANA BT MD SULAIMAN
2C+ 1C
ASYRAF ALIF B ZULKIFLI
2C+ 1C

Futsal: SMKTPG STAFF FC vs ASPURA

Posted by Khai2020 Februari 10, 2010 0 comments



Perlawanan Futsal antara SMKTPG STAFF FC vs ASPURA telah berlangsung di gelanggang futsal SMKTPG. Keputusan perlawanan tersebut adalah seperti berikut:
Game 1: Menang 3 - 1
Game 2: Menang 3 - 3
Game 3: Kalah 1 - 2

Perlawanan ini adalah ulangan kepada perlawan minggu lalu di mana keputusannya smktpg staff fc menang dengan jaringan;
9 - 5

Diharapkan ini akan menjadi aktiviti mingguan guru ke arah gaya hidup lebih sihat

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PENGAJIAN AM

Posted by Khai2020 Januari 12, 2010 2 comments

APA AZAM ANDA DI TAHUN BARU???

Posted by Khai2020 Januari 04, 2010 0 comments



Azam Tahun Baru: Pupuk Minda Kelas Pertama

ImageMenjelang tahun baru ini, kita sebagai elemen masyarakat pembangun modal insan berazam penuh bagi merealisasikan Rancangan Malaysia ke 9. Dengan pelbagai teras utama yang dijadikan sebagai garis panduan, sekali lagi kita membayangkan betapa dengan implikasi modal insan ini akan menjanjikan sebuah tamadun yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Untuk mempersiapkan diri mengambil bahagian dalam masyarakat dan misi negara, pembangunan modal insan bermutu tinggi menjadi salah satu keperluan yang dahulunya mungkin hanya dianggap sebagai suatu kemewahan. Maka, pembangunan modal insan ini pula memerlukan kepada ‘Minda Kelas Pertama’ supaya elemen mikro dalam masyarakat ini memberi implikasi makro terhadap pembangunan negara.

‘Minda Kelas Pertama’ difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik. Inilah yang boleh dilabelkan sebagai agenda pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri.

‘Minda Kelas Pertama’ adalah agenda jangka masa panjang yang memerlukan segenap usaha serta komitmen daripada setiap peringkat masyarakat. Setiap etnik, kelas sosial, komuniti dan institusi perlu mengambil bahagian dalam merealisasikan misi ini. Ia perlu dimulakan dengan azam yang kuat bagi memulakan era pembudayaan agenda ini.

Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan; pengukuhan keupayaan sains, R&D dan inovasi; dan pembentukan masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Melihat strategi penguasaan ilmu pengetahuan, kita di peringkat masyarakat umum perlu kepada kesediaan diri dengan memiliki kemantapan informasi serta kemahiran. Budaya membaca, sumbangan ilmu, teknologi maklumat dan prointelektual adalah budaya yang sangat menyumbang ke arah strategi ini.

Seterusnya dengan penguasaan ilmu ini, kita akan semakin terdedah kepada bidang sains, R&D dan inovasi yang juga sebagai salah satu output penghasilan ‘Minda Kelas Pertama’. Keperluan dan cabaran global hari ini adalah berpaksikan kepada aset modal insan yang berpengetahuan serta berinovasi tinggi. Dunia kini tidak mengenal siapa yang kaya dengan sumber fizikal, kedudukan strategik dan usia tamadun semata-mata. Tetapi adalah memandang kepada kualiti modal insannya yang menjadi peneraju kekayaan dan potensi negara.

Dalam perjalanan mencapai kemajuan serta membina tamadun, kita semua mempercayai tentang ‘bayaran’ erti kemajuan. Apakah benar bahawa pembangunan sesebuah tamadun itu semestinya disertai dengan kejatuhan moral masyarakatnya?

Inilah yang ditekankan dalam misi nasional dengan mengambil kira aspek kekayaan moral agar masyarakat kita membangun tamadun melalui ‘Minda Kelas Pertama’.

Kita tidak hanya memandang pembangunan fizikal semata-mata sebagai ukuran kemajuan sesebuah masyarakat. Acuan kita adalah pembangunan fizikal yang disertai dengan kekayaan mentaliti masyarakatnya. Apa gunanya pembangunan jika dalam masa yang sama masih banyak lagi timbul elemen-elemen yang boleh menjejaskan pembangunan itu semula.

Kekayaan moral bukanlah suatu skop kelebihan yang kecil dalam pembangunan insan. Tetapi adalah meliputi aspek akhlak mulia, nilai murni, budi bahasa, integriti, beretika dan mengikut norma-norma sebagai masyarakat timur.

Norma adalah peraturan masyarakat mengenai tingkah laku yang betul dan salah. Budaya pula adalah merangkumi cara hidup sesebuah masyarakat secara asli atau tersendiri yang bukan tiruan. Budaya seterusnya akan membentuk tamadun. Sesebuah masyarakat boleh dilabelkan sebagai berbudaya dan bertamadun dengan menjadikan cara hidup timur sebagai imej tersendiri. Imej masyarakat kita adalah kaya dengan norma-norma istimewa yang kebanyakannya selari dengan hukum agama. Norma dan budaya ini perlulah dipertahankan untuk membentuk ‘Minda Kelas Pertama’.

Bersempena dengan tahun baru kali ini yang seiring dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, ia menyeru masyarakat kita untuk bersama memantapkan diri dengan gabungan ‘azam baru’ dan ‘kesediaan diri untuk berkorban’.

Kita perlu menanamkan mentaliti yang sentiasa berlegar dalam pemikiran serta tindakan kita bahawa ‘Minda Kelas Pertama’ perlu wujud dalam diri sendiri. Seterusnya ‘Minda Kelas Pertama’ kita adalah penyumbang ke arah mewujudkan jaringan terhadap mentaliti di setiap peringkat serta pihak masyarakat yang lain. Sehinggalah jaringan ini membentuk budaya masyarakat membangun dari dua aspek pembangunan fizikal dan juga mental. Permulaannya adalah azam bagi memulakannya.

Di peringkat sekolah-sekolah dan pelbagai agensi masyarakat di sekitar negeri Johor, pendekatan bagi membangunkan modal insan yang bermoral tinggi juga turut diberikan perhatian. Ini dilaksanakan melalui program-program Maal Hijrah, Khatam al-Quran, Kempen Memupuk Maruah Mulia Insan dan Kem Memupuk Bakti Kepada Negara.

Semuanya adalah program yang dirangka sebagai di antara usaha melahirkan modal insan berkualiti. Begitu juga dengan aspek pembangunan sumber manusia yang terus diperkayakan melalui latihan dan peningkatan integriti.

Pihak kerajaan dan juga pihak swasta menyambut baik agenda ‘Minda Kelas Pertama’ ini. Hanya ia perlu dengan sokongan serta azam kita semua agar usaha murni ini dimulakan sebagai budaya pembangunan masyarakat dan peneraju ke arah pembinaan tamadun manusia yang benar-benar berjaya.

Mulai tahun ini, mulakan azam baru kita untuk berkorban demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Azam yang kita tanamkan secara langsung akan menjadi sumbangan bagi pembangunan jangka masa panjang diri dan negara. Lengkapkan diri dengan ‘Minda Kelas Pertama’ agar kita menjadi modal insan unggul yang terlibat dengan segenap pembangunan negara.

Apakah kita dan generasi seterusnya sudah bersedia dan mantap untuk melibatkan diri serta menikmati hasil pelan komprehensif Wilayah Pembangunan Iskandar? Realitinya adalah, ‘Minda Kelas Pertama’ sahaja yang benar-benar dapat merealisasikannya.


Oleh MOHD FADZLI ABU BAKAR

27/10/2009 11:11am

KAMPAR: 19 pelajar terselamat manakala dua lagi masih hilang dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, runtuh, malam tadi, kata polis Perak.

Polis mengesahkan hanya tiga murid yang dihanyutkan air deras dalam kejadian jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan di Kampar.

Selain dua dilaporkan hilang, mayat seorang murid perempuan dikenal pasti sebagai Dina Deve a/p Nathan ditemui jam 8.40 pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam tadi, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha berkata, disahkan satu mayat sudah ditemui, manakala dua lagi masih hilang.

Katanya, beliau menafikan 22 pelajar hilang seperti laporan awal selepas pihak penganjur kem memberitahunya angka sebenar apabila kiraan terhadap setiap pelajar dilakukan.



BAGAIMANA JAMBATAN GANTUNG YANG BARU SEBULAN DIBINA BOLEH RUNTUH?

DR. ZAMBRY SEDANG MENINJAU KERJA-KERJA MENYELAMAT DI TEBING SUNGAI KAMPAR

TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG yang baru dibina runtuh di Kem berhampiran SK Kuala Dipang dekat Kampar amat menyedihkan kerana 22 pelajar terjatuh ke dalam Sungai Kampar dan dihanyutkan air deras. Sehingga jam 3.30 pagi ini, tidak ada tanda pelajar-pelajar Tahun 5 dan 6 yang sedang mengikuti Kem 1Malaysia itu ditemui.

Kejadian berlaku pada jam 10.40 malam tadi ketika pelajar-pelajar berkenaan menyeberang jambatan berkenaan untuk minum malam di SK Kuala Dipang yang terletak di seberang sungai tempat mereka mengadakan perkhemahan.

Ketika jambatan itu runtuh, seramai kira-kira 30 pelajar sedang berada di atas jambatan gantung itu, dan kesemuanya terhumban ke sungai. Hanya 7 pelajar yang terselamat sebaik kejadian kerana sempat berpaut di kabel jambatan, dan juga diselamatkan oleh guru dan petugas.

Tiang binaan di sebelah SK Kuala Dipang terbongkah yang menjadi punca jambatan itu runtuh, sementara binaan di sebelah kawasan perkhemahan masih kukuh.

Seramai 298 pelajar dari 60 buah sekolah kebangsaan sekitar Daerah Kinta Selatan mengambil bahagian dalam perkhemahan itu.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bergegas ke tempat kejadian dan menamatkan mesyuarat persiapan Sidang DUN Perak di kediamannya lebih awal. Beliau meninjau tempat kejadian dan mendapatkan laporan dari pihak polis, bomba dan pengendali perkhemahan.

Seramai lebih 100 anggota dari Pasukan Polis PGA dan Bomba berusaha keras untuk mencari mangsa.

Turut hadir dalam lawatan itu Timbalan Menteri yang juga Ahli Parlimen Tapah, Dato’ Saravanan, ADUN Chenderiang yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Adun Air Kuning yang juga Ketua Umno Bahagian Tapah, Dato’ Shamsuddin Abu Hassan, Ketua Umno Bahagian Kampar, Dato’ Radhi Manan, Exco Wanita yang juga Adun Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman, Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Dato’ Zainal Abidin Omar dan beberapa yang lain.

Di akhir lawatannya, Dr. Zambry yang kelihatan muram di sepanjang lawatannya itu, melahirkan rasa amat sedih dengan kejadian berkenaan dan telah mengarahkan supaya pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan jabatan-jabatan berkaitan membuat siasatan segera mengenai punca jambatan itu boleh runtuh. Beliau menyatakan rasa simpati kepada ibubapa di mana anak mereka terlibat dalam tragedi malang itu.

Kepada ibubapa yang anaknya masih dicari, saya melahirkan rasa simpati yang amat sangat. Terbayang wajah anak-anak saya di rumah. Semoga mereka selamat dan dapat dijumpai. InsyaAllah.

DR. ZAMBRY MENDENGAR TAKLIMAT TRAGEDI

DR. ZAMBRY MENDENGAR TAKLIMAT DARI PEGAWAI POLIS DAERAH

KERJA-KERJA MENCARI MANGSA DILAKUKAN LEBIH 100 ANGGOTA POLIS PGA DAN BOMBA

DR. ZAMBRY BERTEMU PELAJAR YANG BERKHEMAH

MB DAN SALAH SEORANG PELAJAR YANG TERSELAMAT

SALAH SEORANG DARI 7 PELAJAR YANG TERSELAMAT SETELAH TERHUMBAN KE SUNGAI

MB MENJAWAN SOALAN WARTAWAN DI TEMPAT TRAGEDI

DR. ZAMBRY MENDAPAT LAPORAN PIHAK BOMBA

SEBAHAGIAN PELAJAR YANG MENYERTAI KEM 1MALAYSIA DIBERIKAN TAKLIMAT OLEH GURU BERTUGAS

SEBAHAGIAN PELAJAR YANG MENYERTAI KEM

SEBAHAGIAN PELAJAR YANG MENYERTAI KEM

MB MELAWAT PELAJAR DI KEM

MB MELIHAT JACKET KESELAMATAN YANG TERDAPAT DI KEM ITU

SEBAHAGIAN WARTAWAN DAN JURUGAMBAR

PEMANTAUAN KERJA-KERJA MENCARI DAN MENYELAMAT

BINAAN JAMBATAN DI SEBELAH TEMPAT PERKHEMAHAN

Dipetik dari blog YB Ahmad Khusairi

27/10/2009 10:21am

KAMPAR 27 Okt. - Seorang lagi mangsa yang terselamat, Nurul Sabrina Mohd. Sobri, 12, memberitahu, terdapat kira-kira 53 pelajar atas jambatan semasa ia runtuh.

Menurut pelajar Sekolah Kebangsaan Tronoh itu, dia cepat-cepat melarikan diri ketika terasa jambatan itu hendak runtuh.

"Saya sempat lari ke darat sebelum jambatan runtuh. Seorang lagi kawan saya yang berada di tengah jambatan jatuh tetapi sempat diselamatkan oleh guru,” katanya. - Utusan

GOPENG: "Jambatan bergoyang-goyang kerana ada murid yang melompat dan bermain ketika kami melintas," kata seorang murid yang terselamat K Mathivanan, 12 menceritakan saat jambatan gantung yang runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang.

Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.

Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.


"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lalu bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.

Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

"Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.

Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid.

Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.

Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.

Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu.

Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lalu.

Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya.

Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter.

Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam. - Bernama

Tuesday, October 27, 2009

Tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, 22 dikhuatiri hilang

GOPENG (26.10.09): Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.

Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba dan komando Vet69 yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi. Kelihatan juga Unit Amal PAS Malaysia turut memberikan bantuan ditempat kejadian.

Lebih kurang 22 orang murid masih belum dapat dikesan. Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana keadaan yang sangat gelap. Program malang tersebut melibatkan 296 lebih murid-murid sekolah.

Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.


Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.

Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai. Seramai 59 peserta yang melintasi titi itu walaubagaimanapun terselamat.Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.

3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah. Seramai 255 pelajar mengambil bahagian didalam program ini yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu,73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina. Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.

22 mangsa masih hilang setakat ini walaupun pencarian sepanjang 10km ia masih tidak menemui apa-apa. Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Program ini ialah dibawah anjuran PPD Kinta Selatan atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.

Keadaan Jambatan di Pusat Kegiatan Ko-Kurikulum
Kuala Dipang yang runtuh menyebabkan 20 peserta
program 1 Malaysia di kuatiri lemas jam 10.30 mlm tadi,
sehingga jam 5 pagi ini masih belum ada berita
mereka yang terselamat.

Beginilah keadaan jambatan yang runtuh.

Seorang peserta yang hayut tetapi terselamat setelah
berenang menyelamatkan diri, sedang ditemuramah
oleh para wartawan.

Berlaku sedikit kekecohan apabila ibu bapa tidak
dapat menerima akan berita kehilangan anak mereka

Kaum keluarga yang setia menunggu sehingga jam
5 pagi,untuk mengetahui keadaan anak mereka.

Sehingga kini, 22 orang murid masih hilang, 3 telah dijumpai manakala seorang disahkan mati.

Dipetik dpd:- http://ajijoi.blogspot.com/2009/10/tragedi-jambatan-runtuh-di-kuala-dipang.html


27/10/2009 3:30am

IPOH 26 Okt. - Seramai 22 pelajar dikhuatiri hilang dalam satu kejadian jambatan runtuh berhampiran sekolah Kuala Dipang, Tapah dekat sini malam ini.

Berita mengenai kejadian itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Datuk Shamsudin Abu Hassan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir malam ini.

Zambry dan para pegawainya kini dalam perjalanan ke tempat kejadian yang mengambil masa kira-kira sejam dari bandar raya ini.

Menurut sumber, para pelajar terbabit sedang berkhemah berhampiran tempat kejadian.– Utusan.

Dipetik dpd:-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm

Related Posts with Thumbnails












NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER


IKLAN DI SINI

Hanya RM5/bulan!!!

Twitter