JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kutipan Ombak Rindu | RM 11.2 Juta

Posted by CIKGU KHAI Disember 31, 2011 0 comments



Ombak Rindu
Kutipan Terbaru Ombak Rindu ialah RM 11.2 Juta







Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku






















JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!

KLIK SINI




GAJI NAIK??? Gaji SBPA 2012

Posted by CIKGU KHAI Disember 13, 2011 0 comments









MERUJUK KEPADA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011


16 Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji


64. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, PPP diberikan satu Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.


65. Bagi PPP yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, PPP diberikan kuantum satu Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.


66. PPP yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.


67. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 64, 65 dan 66 adalah seperti di Lampiran C6.

sila klik link di bawah untuk full slide
http://www.slideshare.net/tokneban/sbpa-gaji-guru























JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!

KLIK SINI




DARI 30 DISEMBER - 2 JANUARY

PAKEJ 3D2N HANYA RM 259/HEAD....




THE CITY OF HATYAI, THAILAND NIGHT VIEW AT HATYAI, THAILAND

MORNING VIEW



THE PLACE FOR SHOPPING



TRIP KE HATYAI PADA BULAN DISEMBER(12)

SAMBUT TAHUN BARU 2012 DI HATYAI, THAILAND
TRIP 3D2N RM259/HEAD 30hb DISEMBER 2011
~Pergi 30hbDec(Jumaat) Jam 11.00pm. Balik/sampai 8.00pm pada 2hbJANUARY2012(Isnin).
BAS BERTOLAK DARI KL.
-Group passport disediakan, hanya tambah rm10/head.
PAKEJ TERMASUK PENGINAPAN HOTEL, BAS PERGI BALIK, INSURANCE, TOURIST GUIDE, TIPS, IMIGRESEN DAN KASTAM.


#makan dan minum tidak termasuk dlm pakej#


Sekiranya anda berminat boleh kami segera....

damiasshoppe@ymail.com @ 0123443672 (En. Khai)


Salam..

Dah lama taka pos entry. Kekangan masa la katakan. Baru-baru ini saya jalan-jalan ke Bandung bersama rakan-rakan guru SMK telok Panglima garang seramai 6 orang. Kemudian dalam 2 minggu selepas tu pergi pulak dengan family. Bajet bukan ada pun tapi disebabkan tiket dah beli awal dapatlah harga murah cikit. Tambahan pula pakej yang kami dapat pun murah. Berbaloilah. Dengan kos tak sampai RM500.00 dah boleh ke Bandung. Memang seronok 1st time ke luar negara. Banyak tempat yg kami lawati contohnya yang paling popular Pasar Baru, Factory Outlet Rumah Mode, Factory Outlet Jalan Dago, Toko 3, Jalan Cibaduyut, Cihampelas, Gunung Tangkuban Perahu dan banyak lagi. Kepada sesiapa yang giler shopping memang sesuai la. Barang-barang memang murah la. Saya kongsikan gambar-gambar semasa kat Bandung.....


PHOTO GALERRY


Di hadapan Hotel Serena, Bandung








Menjamu selera di Restoran Simpang Raya




Tangkuban Perahu



Kenderaan yang digunakan



Membeli ole-ole




Shopping di Pasar Baru




Terminal 3, Sukarno Hatta Airport


















Berikut adalah Pakej Murah ke Bandung tersebut,. Sesiapa berminat boleh berhubung dengan saya. Boleh bagi diskaun cikit:

PAKEJ 3 HARI 2 MALAM BANDUNG

*pakej fullboard (Penginapan, Pengangkutan,Makan & Minum)
**minimum 6 pax

DAY 1 Bandung Airport
= Pick up Airport
= Shopping Program Pasar Baru Trade Centre = Lunch at Local Resaturant = Toko 3 (Original Jeans and Clouth)
= Factory Outlet jln Dago
= Dinner at Restaurant (Dapur Sangkuriang)
= Check In Hotel Serena * * ++ or Hotel Perdana Wisata * * *

DAY 2 North Of Bandung Tours + Shopping
= After Breakfast Visit to :
= Tangkuban Perahu (Volcano)
= Lunch at (Restaurant Sederhana Padang)
= Pasar Baru Trade Centre
= Shopping Cibaduyut Leather Craft
= Factory Outlet jln .Riau
= Dinner at (Nasi Merah Padi Bukit Original) Tengok view Bandung
= Back to Hotel * * * (over night)

DAY 3 Bandung Airport Shopping
= After Breakfast and then Check Out Hotel
= Shopping Cake Lapis Kartika Sari
= Cake Brownies Amanda
= Tambahan ke Pasar Baru Trade Centre
= Lunch at (Sup Bakso Bandung)


Price /Total = Adult : RM 300 Per Person

Child ; 1 - 5 Free

Apartement Braga City Walk * * * * 2 unit (1unit = 2 Room ) 5 [person )

What is Included in the tour Package:

a). Hotel Serena HTL * * ++ 3 Standart Room + 1 Extrabed
b). Car Mini Van (Ac)
c). Meals (B,L,D )
3x Breakfast ,3 x Lunch,2x Dinner
d). Petrol /Gassolin
e). Entrance Fees ( Ticket Tangkuban Perahu )
f). Donations
g). Parking
h). Driver Meals

What is not Included in the Tour Package:

a. Air Fare & airport taxs
b. Aditional Meals (Breakfast,Lunch Dinner)
c. Personal Expenses d. Entrance Fee,Ticket Tour all Sites

Layari: http://melancongkebandung.blogspot.com/



KUALA LUMPUR 27 Nov. - Skuad Harimau Muda gagal menang di tempat sendiri walaupun berjaya mendahului perlawanan dengan dua gol pada sesi kelayakan Olimpik 2012 Kumpulan C.

Bahrain yang bermain dengan 10 orang berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya mendahului Malaysia dalam tempoh lima minit pada separuh masa kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gol pertama Malaysia berjaya dijaringkan oleh pemain muda berusia 17 tahun, Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada separuh masa pertama manakala gol kedua dijaringkan Mahali Jasuli. - Utusan

MALAYSIA 2 Bahrain 3

BONUS SETENGAH BULAN GAJI???

Posted by CIKGU KHAI Ogos 08, 2011 0 comments

azlanKerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

cuepacs omar osman 181007Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.

ESEI PENGAJIAN AM STPM: PUNCA BENCANA ALAM

Posted by CIKGU KHAI Julai 19, 2011 0 comments

SYABAS!!!

Posted by CIKGU KHAI Julai 17, 2011 0 comments

Pelajar-pelajar STPM SMK TELOK PANGLIMA GARANG 2010 telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.Tahniah diucapkan kepada mereka semua di atas usaha bersungguh-sungguh dan beroleh kejayaan. Guru-guru SMKTPG turut berasa bangga atas kejayaan kalian. Semoga mendapat kejayaan lebih gemilang semasa di menara gading. Antara pelajar-pelajar tersebut ialah:-
  1. Yuhanis (6AK1), UNIVERSITI PENDIDKAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM (UPSI), Pengajian Malaysia
  2. Syukri (6AK1), UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM), Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa
  3. Amirah (6AK1) - UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS), Pembangunan Sumber Manusia
  4. Ishak Maulan (6AK1), UiTM Shah Alam, Sains Pentadbiran
  5. Norhamizah (6AK1), UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS), Pemasaran
  6. Hidayah (6AK2), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG (UPM), Senibina Landskap
  7. Fuazi (6AK2), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG (UPM)
  8. Safinaz (6AK2) - UNIVERSITI MALAYSIA TRENGGANU (UMT), Ekonomi Sumber Alam
  9. Ramzan (6AK2), UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS), Pengajian Seni
  10. Viknaswari (6AS), UNIVERSITI MALAYSIA TRENGGANU (UMT), Analitic Environment,
  11. Gunashila (6AS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Landscape
  12. Liaw Hui Kim (6AS), UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UMP), Sistem Rangkaian
  13. Saiful Nizam (6AK1), UNISEL, Human Resources
......Tahniah semua!!!!

Kepada yang lain, yang dapat tawaran sila maklumkan pada cikgu..

Kalendar Cuti Umum 2012

Posted by CIKGU KHAI Mei 29, 2011 3 comments

Saya percaya ramai yang sedang kelam-kabut untuk cari tarikh dan kalendar sebenar untuk sesi Cuti Sekolah 2012. Maklumlah, AirAsia tengah buat banyak promosi sekarang. Jadi, sekiranya kita merancang percutian lebih awal, ianya pasti menjimatkan!!

Kemanakah destinasi percutian anda tahun 2012 ini?

Paris kah? Korea kah? London kah? atau Hong Kong? semua best tu….

Baiklah, untuk post kali ni, saya sertakan dulu Public Holiday bagi tahun 2012. Ketika post ini ditulis, kalendar cuti sekolah untuk tahun depan masih lagi belum keluar. Nanti bila kementerian buat pengumuman, saya akan update lagi kat sini ya!!

Terima kasih kerana sudi menjadi pengikut setia blog ini.. Sekiranya ada tersalah tarikh, sila tinggalkan komen anda di bawah ni ya!

1/1/2012 – TAHUN BARU 2012

23/1/2012 – 24/1/2011 – TAHUN BARU CINA

5/2/2012 – MAULIDURRASUL

7/2/2012 – THAIPUSAM

1/5/2012 – HARI BURUH

17/5/2012 – HARI WESAK

2/6/2012 – HARI KEPUTERAAN YDPA

17/6/2012 – ISRAK MIKRAJ

21/7/2012 – AWAL RAMADHAN

6/8/2012 – NUZUL AL-QURAN

19/8/2012 – 20/8/2012 – HARI RAYA PUASA

31/8/2012 – HARI MERDEKA

16/9/2012 – HARI MALAYSIA

26/10/2012 – HARI RAYA HAJI

11/11/2012 – DEEPAVALI

15/11/2012 - AWAL MUHARAM

25/12/2012 – HARI KRISMAS

Jangan lupa tinggalkan komen di bawah sekiranya ada apa-apa tambahan ataupun perubahan ya!

SELAMAT HARI GURU

Posted by CIKGU KHAI Mei 15, 2011 0 comments



“Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain”. Pengertian ini sangat mendalam. Ia bermakna, guru sedia berkorban, masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya. Sama ada di dunia dan akhirat.

Oleh itu, wajarlah seorang guru itu perlu dihormati dan disayangi. Tetapi sejak kebelakangan ini, rasa hormat dan sayang terhadap guru semakin terhakis. Bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa juga menunjukkan sikap angkuh dan rendahkan guru.

Boleh dikatakan 99 peratus daripada lebih 360,000 guru di Malaysia adalah mereka yang sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab dan detik hati kecil untuk membantu anak didiknya berjaya.

Tidak ada guru yang akan berfikiran sebaliknya malangnya masyarakat suka dan cepat melihat keburukan daripada kebaikan dengan memberi tumpuan kepada kejadian yang dilaporkan media mengenai keburukan dan menghukum dengan pandangan serong serta prasangka, khususnya ibu bapa.

Keadaan ini membimbangkan kerana kerap berlaku ibu bapa tanpa usul periksa hanya mendengar sebelah pihak dan menyerang guru dengan mengambil tindakan yang menjejaskan kewibawaan mereka.

Oleh itu, amatlah wajar sekali kita mengembalikan rasa hormat kepada guru dalam apa cara sekalipun di Hari Guru ini untuk mengenang jasa mereka kita.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya sejak peringkat rendah sehinggalah sekarang. GURU….Jasamu sentiasa dikenang, malah aku sentiasa berdoa…Semoga anda BAHAGIA dan diRAHMATI Allah SWT selalu.

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
Sumber: http://www.izoblog.com/selamat-hari-guru-2010/


Damia 2 Years

Posted by CIKGU KHAI Mei 08, 2011 0 comments













Related Posts with Thumbnails


















NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER

IKLAN DI SINI Hanya RM10/bulan!!! Click here










NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting untuk semua!











IKLAN DI SINI Hanya RM10/bulan!!! Click here

Twitter

Follow by Email