JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Miliki website Shopping Cart dengan hanya RM299

Posted by CIKGU KHAI November 05, 2012 0 comments

Nak website shopping cart dgn domain anda sendiri?
cth www.BISNESANDA.com

Harga promosi hanya RM299 sekarang
Selepas ni harga ialah RM399
tiada byr bulanan. Cuma renew domain & hosting utk tahun kedua hanya RM100. Tiada contract.

Boleh buat 2 kali byr. RM100 bayaran permulaan, baki RM199 slps website disiapkan..

 





Anda masih menjalankan perniagaan secara tradisional? Mengapa tidak gabungkan Traditional + Online?
Atau anda menjual melalui Facebook, Blog dan sebagainya yang tiada sistem tempahan online?
Atau anda ingin pendapatan tambahan yang mudah
Dengan hanya bermodalkan sekali sahaja , anda mampu memiliki laman web sendiri dan menjual produk anda secara online dan menjual produk anda dengan mudah.

Memperkenalkan..
WEBSITE SHOPPING CART PRO (e-Commerce)
Apa itu Website Shopping Cart?
website shopping cart membolehkan anda menjual apa saja produk ke laman web dan membolehkan pelanggan anda membuat tempahan dan bayaran secara online dan anda menghantar barang melalui pos atau kurier.
Kebiasaan kos membina website edagang seperti ini adalah RM1500 dan ke atas. Kini kami tawarkan shopping cart malaysia yang sangat murah dengan pelbagai fungsi.
Apa kelebihan memiliki web Shopping Cart?
  • Perniagaan anda akan lebih dikenali dan digeruni pesaing
  • Anda dapat menjual barangan anda di seluruh Malaysia atau seluruh dunia. Pembayaran secara online juga dapat di lakukan dari laman web anda
  • Akan mengurangkan kos promosi anda seperti flyers, katalog dan sebagainya kerana anda boleh meletakkan di laman web anda sebanyak mana yang anda suka
  • Tidak perlu menyewa kedai, mengupah pekerja dan sebagainya. Semuanya berjalan secara sutomatik dan online.
  • memudahkan pelanggan membuat tempahan dengan adanya option pilihan spt sais (utk baju dan kasut), warna, kapasiti, dan lain-lain
  • Pengurusan stok yang teratur. Anda boleh melihat baki stok anda. Jika stok telah habis, automatik akan terpapar di web "Out Of Stock", "Pre-Order" dan sebagainya. Anda boleh setkan sendiri. Anda juga boleh paparkan jumlah stok yang tinggal di website bagi memudahkan pelanggan.
  • Jadikan ia sebagai kerja sambilan anda. Anda tidak perlu berhenti bekerja. Anda hanya perlu meluangkan masa 1-2 jam sehari


    Siapa yang sesuai memiliki web Shopping Cart ini?
    • Penjual barang secara online di Facebook, Blog dan sebagainya. Iklankan produk anda di facebook anda seperti biasa cuma link kan ke web shoppingcart untuk tempahan. Jangan tinggalkan promosi anda di facebook kerana ianya sangat penting.
    • Pelajar, surirumah, yang bekerja atau sesiapa yang mahu jadikan ia sebagai kerja part time.
    • Pemilik Kedai fizikal - membolehkan produk-produk di kedai untuk dijual secara online dan untuk meluaskan pasaran
    • Pemborong - Untuk memudahkan urusan penjualan kepada pekedai dan agen.
    • Penawar perkhidmatan. Hebahkan perkhidmatan yang anda tawarkan.
    • Kilang - Untuk membolehkan dan memudahkan pemborong menempah produk secara online, katalog online

    Produk apa yang sesuai dijual?
    • Kasut, baju, seluar, jam tangan, aksersori dan pelbagai pakaian
    • Pakaian dan perkakasan bayi
    • Barangan komputer
    • Handfon, MP3, MP4, Playstation
    • Peralatan sukan dan senaman
    • Produk kecantikan
    • Aksersori kereta
    • Makanan dan minuman
    • Kereta dan motorsikal (Sgt sesuai utk used car atau salesman)
    • Hartanah (Agen hartanah sangat sesuai)
    • Perabot dan hiasan
    • Peralatan pejabat, industri
    • Restaurant
    • Perkhidmatan
    • dan bermacam-macam lagi produk yang ada
    Website shopping cart ini bukan sahaja untuk jual barang secara online, ia juga boleh digunakan sebagai katalog online.

    Demo
    Anda dijemput untuk mencuba demo untuk halaman hadapan dan juga admin
    Halaman hadapan:
    Halaman admin:
    Username: demo
    Password: demo
    Klik disini untuk demo admin

www.shoppingcart.my/damiasshoppe

Kelebihan memakan petai

Posted by CIKGU KHAI Oktober 29, 2012 0 comments



Keenakan petai sebagai ulam, jeruk, mahupun menjadi bahan dalam masakan seperti sambal tumis udang atau sambil ikan bilis dan sebagainya, membuatkan penggemar-penggemar petai berasa lapar.

Di sebalik keenakan petai bersama kesan bau mulut yang kurang menyenangkan, petai turut mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi. .

Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu, buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). .

Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar tu, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik. .

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai
* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang
Petai belalang mempunyai buah yang kecil. Petai Belalang ini boleh didapati di kawasan kampung. Petai Belalang ini baik bagi mereka yang hendak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkan petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.
 
http://my.entertainment.yahoo.com/news/kelebihan-memakan-petai

TAKWIM PERSEKOLAHAN & PEPERIKSAN 2013

Posted by CIKGU KHAI Oktober 23, 2012 0 comments




Kementerian Pelajaran malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim persekolahan bagi tahun 2013. Diharapkan ini dapat memudahkan pelajar, ibu bapa atau penjaga dan pihak sekolah membuat perancangan untuk tahun 2013:
 


 

Mana lebih baik iPhone 5 Vs Samsung Galaxy S3

Posted by CIKGU KHAI Oktober 21, 2012 0 comments

Klik pada imej untuk besarkan...

 

PSY - GANGNAM STYLE (강남스타일) M/V

Posted by CIKGU KHAI September 21, 2012 0 comments


Bernama 10/9/2012 KOTA BAHARU, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus yang terbaik kepada anggota perkhidmatan awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 Sept ini. Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata sebelum ini CUEPACS memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan. "Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat dua bulan bonus. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini Ahad. Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi dan kecekapan mereka melaksanakan tanggungjawab. Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya memberi nama baru kepada jawatan yang berkaitan dengan pembantu seperti pembantu pertanian, pembantu pegawai tadbir dan pembantu juruteknik. -- BERNAMA

LAGU RAYA

Posted by CIKGU KHAI Ogos 16, 2012 0 comments


BONUS RAYA SETENGAH BULAN GAJI!!!!!!

Posted by CIKGU KHAI Julai 25, 2012 0 comments


BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM, BAYARAN KHAS RM500 UNTUK PESARA KERAJAAN

Bernama
25/7/2012

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

-- BERNAMA

Dipetik daripada:
http://cuepacs.blogspot.com/2012/07/bonus-setengah-bulan-gaji-untuk.html


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Sambutan Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Sambutan Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.
KUALA KANGSAR: Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena sambutan Hari Guru ke-41 di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kenaikan pangkat itu membabitkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
Beliau turut mengumumkan 3,085 pengetua gred DG48 ke DG52 dan penolong pengetua gred DG44 ke DG48 akan diperakukan untuk kenaikan pangkat secara berperingkat mulai bulan depan.

Guru terbabit boleh menyemak status kenaikan pangkat di laman web Kementerian Pelajaran.



PROGRAM MINGGU ORIENTASI PELAJAR PRAUNIVERSITI SMKTPG AMBILAN MEI 2012

Tarikh: 7 - 16 MEI 2012

























































Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan untuk dilaksana berkuat kuasa 1 Januari lalu, akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan. Perdana Menteri juga berkata, sebuah suruhanjaya khas yang terdiri daripada pelbagai pihak akan dibentuk bagi mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara menyeluruh.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus). Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM. Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi ini. Ekoran bantahan sebahagian besar kakitangan awam dan Cuepacs sendiri, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA awal Januari lalu. Susulan penangguhan itu, kerajaan menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi melaksanakan semakan semula SBPA dan diberi tempoh tiga bulan untuk membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu.Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012. “Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing. “Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini. Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain

KEPUTUSAN STPM PRA U SMKTPG 2011

Posted by CIKGU KHAI Mac 07, 2012 0 comments


Tahniah diucapkan kepada warga SMK Telok Panglima Garang amnya dan warga Pra U SMK Telok Panglima Garang khususnya atas kejayaan memperoleh 96.5% kelulusan dalam peperiksaan STPM 2011 yang baru saja diumumkan pada hari ini. Seramai 58 orang calon telah menduduki peperiksaan STPM pada 2011. Dalam keputusan yang diperolehi pada jam 2 petang tadi pelajar terbaik keseluruhan disandang oleh Nurul Hazwani bt. Saini pelajar 6AK2. Beliau memperolehi 1A 2A- 1B. Tahniah diucapkan kepada beliau dan juga pelajar-pelajar lain yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya anda masih berpeluang memperbetulkan kesilapan. Jangan mudah putus asa.

PELAJAR TERBAIK STPM PRA U SMKTPG 2011:
NURUL HAZWANI BT. SAINI (6AK2)
PNGK= 3.59
1A 2A- 1B

Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru Pra U SMKTPG yang turut bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan semua pelajar. Pelbagai aktiviti dan program yang telah dilakukan sepanjang tahun 2010 dan 2011 nampaknya berbaloi dan menampakkan hasil. Semoga ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Kepada pelajar-pelajar Pra U yang berada di 6 Atas pada masa kini jadikan ini inspirasi serta motivasi kepada semua untuk menggalas cabaran pada STPM 2012 nanti....





Related Posts with Thumbnails


















NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER

IKLAN DI SINI Hanya RM10/bulan!!! Click here










NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting untuk semua!











IKLAN DI SINI Hanya RM10/bulan!!! Click here

Twitter

Follow by Email