JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Erdogan memberi ucapan kepada ribuan rakyat yang
menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul
selepas meninggalkan sidang WEF di Davos, semalam.



ISTANBUL: Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan semalam disambut sebagai wira sekembalinya ke Istanbul selepas menempelak Presiden Israel, Shimon Peres dan bertindak keluar dari Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos ketika ia sedang hangat berdebat mengenai serangan Israel ke atas Gaza.

Ribuan orang berkumpul di lapangan terbang Ataturk Istanbul bagi menyambut kepulangan Erdogan, sambil melambaikan bendera Turki dan Palestin serta melaungkan namanya.

Selepas bertikam lidah dengan Peres, Erdogan berkata, beliau mungkin tidak akan menghadiri lagi perjumpaan tahunan negara kaya dan berkuasa itu yang berlangsung di pusat peranginan Switzerland.

Ketika berdebat mengenai Asia Barat, Peres mempertahankan serangan negaranya ke atas Gaza sejak bulan lalu dan dengan suara yang tinggi dan menuding jarinya, bertanya kepada Erdogan apa yang akan dilakukannya jika roket dibedil ke Istanbul setiap malam.

"Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos sebab anda tidak membenarkan saya bercakap," kata Perdana Menteri Turki itu, yang marah kerana tidak diberi masa mencukupi untuk menjawab. Beliau berdiri dan terus berjalan keluar dari dewan persidangan.

Datuk bandar Istanbul, Kadir Topbas, daripada Parti AK pimpinan Erdogan, berada di lapangan terbang bagi menyokong perdana menterinya, lapor akhbar Hurriyet Daily.

Peres bertanya Erdogan: "Apa yang akan anda lakukan jika ada 100 roket dibedil ke Istanbul setiap malam?"

Erdogan yang jelas kelihatan marah terus menjawab persoalan yang dihujani Peres.

"Presiden Peres, anda lebih tua daripada saya. Mungkin anda berasa bersalah dan oleh itu begitu keras dalam kenyataan anda. Anda membunuh orang. Saya masih ingat ada kanak-kanak yang mati di tepi pantai," kata Erdogan menerusi penterjemah.

Agensi berita Turki, Anatolia, memetik sumber diplomatik sebagai berkata Peres menelefon Erdogan kemudian bahawa beliau kesal dengan apa yang berlaku ketika berlangsungnya perbincangan panel mengenai Gaza.

"Saya begitu kesal dengan apa yang berlaku, kawan pun kadangkala bertengkar di kalangan mereka. Saya mempunyai penghormatan tinggi terhadap Republik Turki dan kepada anda sebagai perdana menteri. Saya menganggap diri saya sebagai kawan Turki dan Perdana Menteri Erdogan," Peres memberitahu Erdogan dalam perbualan telefon, kata Anatolia.

Bagaimanapun, Israel semalam menafikan Peres memohon maaf kepada Edrogan.

Turki yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel dan dunia Arab, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ke atas Gaza, yang mengorbankan lebih 1,300 orang. Tindakan Erdogan mengejutkan Israel. � Reuters

PM TURKI TEMPELAK YAHUDI

Posted by CIKGU KHAI 0 comments




PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."

Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."

Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."

"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus." (gambar 1 & 2).

Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan (gambar 3).

Sumber:Utusan Malaysia

SIAPA YAHUDI? SIAPA ORANG ISLAM?

Posted by CIKGU KHAI Januari 29, 2009 4 comments

Sumber: Utusan Malaysia Online (14 Januari 2009)


SEJAK serangan Israel ke atas Palestine, seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.


Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Di Washington, ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.


Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia di dunia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

KOMEN: DAH LAMA AKU JADI GURU, MEMANG PELAJAR MUSLIM JAUH KETINGGALAN.... HAIRANNYA RAMAI PEMUDA ISLAM DI PUSAT SERENTI . KAT PENJARAPUN RAMAI...KITA MASIH BERGELUMANG DGN ISU SOSIAL REMAJA...SEDANG BANGSA DAN UMAT LAIN SUDAH TINGGI DI LANGIT. REALITI UMMAT YG PERLU KITA UBAH DARI DALAM PERUT SENDIRI...

Cerdik Pandai Yahudi

Posted by CIKGU KHAI 0 comments

Di dunia ini terdapat hanya 14 juta orang Yahudi; 7 juta di Amerika, 5 juta di Asia, 2 juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Nisbah orang Yahudi kepada orang Islam adalah 1 kepada 100. Walau bagaimanapun, mereka 100 kali lebih berkuasa daripada umat Islam keseluruhannya (1.4 billion). Pernah kita tanya kenapa?

Jesus Christ adalah Yahudi. Albert Einstein, saintis paling berpengaruh dan Majalah TIME “Person of the Century” adalah Yahudi. Sigmund Freud (id, ego, superego), bapa psikoanalisis adalah Yahudi. Begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Disenaraikan di sini Yahudi yang menyumbang keintelektualan mereka dalam memajukan dunia.

1. Benjamin Rubin memperkenalkan suntikan vaksin.
2. Jonas Salk mencipta vaksin folio yang pertama.
3. Albert Sabin menambahbaik vaksin polio.
4. Gertrude Elion memberi kita dadah untuk melawan leukemia.
5. Baruch Blumberg mengembangkan vaksin untuk Hepatitis B.
6. Paul Ehrlich menemui rawatan siplis (penyakit kelamin).
7. Elie Metchnikoff memenangi Hadiah Nobel (penyakit berjangkit).
8. Bernard Katzwon memenangi Hadiah Nobel (pemindahan neuromuscular).
9. Andrew Schally memenangi Hadiah Nobel (endokrinologi-kecelaruan sistem endokrin, kencing manis, hyperthydoidism)
10. Aaron Beck menemui terapi kognitif (psikoterapi untuk merawat kecelaruan mental, kemurungan dan fobia).
11. Gregory Pincus mengembangkan pil contraceptive mulut.
12. George Wald memenangi Hadiah Nobel kerana mampu menambah pengetahuan manusia tentang mata.
13. Stanley Cohen memenangi Hadiah Nobel dalam kajian embrio (kajian tentang janin dan perkembangannya).
14. Willem Kolff memperkenalkan mesin dialysis buah pinggang.

Selepas 105 tahun, Yahudi telah menggondol 15-dozen Hadiah Nobel dan hanya 3 dimenangi oleh umat Islam.

Mengapa mengapa sangat hebat?

Stanley Mezor mencipta cip micro-prosesan pertama. Leo Szilard mengembangkan reactor nuclear pertaman, Peter Schultz, talian gentian optik; Charles Adler, lampu isyarat; Benno Strauss, keluli tahan karat; Isador Kisee, filem bersuara; Emile Berliner, telefon mikrofon; Charles Ginsburg, pita perakam video.

Pemilik perniagaan bertaraf dunia dimiliki orang berfahaman Yahudi termasuk Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) , Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskins & Robbins) and Bill Rosenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, Presiden Yale University, adalah Yahudi. Juga Henry Kissinger (setiausaha negeri, American), Alan Greenspan (Fed chairman di bawah Reagan, Bush, Clinton and Bush), Joseph Lieberman, Madeleine Albright (setiausaha negeri, American), Casper Weinberger (setiausaha pertahanan American), Maxim Litvinov (Menteri Luar USSR), David Marshal (Ketua Menteri pertama Singapore), Issac Isaacs (governor-general Australia ), Benjamin Disraeli (British statesman and author), Yevgeny Primakov (PM Rusia), Barry Goldwater, Jorge Sampaio (President Portugal), John Deutsch (Pengarah CIA), Herb Gray (TPM Canada), Pierre Mendes (PM Perancis), Michael Howard (British home secretary), Bruno Kreisky (canselor Austria) and Robert Rubin (Setiausaha Kewangan American).

Di media, antara Yahudi yang terkenal adalah Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald (editor-in-chief Time), Katherine Graham (penerbit The Washington Post), Joseph Lelyyeld (Editor Ekesekutif The New York Times), dan Max Frankel (New York Times).

Boleh anda namakan dermawan yang ada dalam sejarah dunia? Dia adalah George Soros, Yahudi, yang menyumbang sejumlah $4 billion yang sebahagian besarnya diagihkan kepada saintis and universiti di seluruh dunia. Selepas George Soros adalah Walter Annenberg, seorang lagi Yahudi, yang membina ratusan perpustakaan dengan nilai $2 billion.

Olympik, Mark Spitz mencipta rekod dengan memenangi tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg tiga kali meraih pingat emas di Olympik. Mereka adalah Yahudi.

Tahukah anda Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Goldie Hawn, Cary Grant, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk adalah Yahudi?

Kenyataannya Hollywood diasaskan oleh Yahudi. Dikalangan pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1/2/3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One flew over the Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The thief of Baghdad ) dan Ivan Reitman (Ghostbusters) adalah Yahudi.

William James Sidis, IQ of 250-300, adalah manusia terbijak. Cuba teka fahamannya, sudah tentu Yahudi. Mengapa Yahudi sangat hebat? Jawapannya adalah pendidikan!

Mengapa Muslim Tidak Hebat?

Dianggarkan ada 1,476,233,470 umat Islam; 1 billion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan 6 juta di America. Setiap daripada 5 orang, seorang adalah muslim; seorang hindu nisbahnya 2 Muslim, seorang Buddha nisbahnya 2 Muslim dan seorang Yahudi nisbahnya 100 Muslim. Pernahkah anda terfikir mengapa muslim tidak hebat?

Ini adalah sebabnya: terdapat 57 negara yang mengangotai Organisation of Islamic Conference (OIC), dan jika dikumpulkan di bawah mereka terdapat 500 universiti; 1 universiti untuk setiap 3 juta Muslim. United States mempunyai 5,758 universiti dan India mempunyai 8,407. Pada tahun 2004, Universiti Shanghai Jiao Tong menyenaraikan 'Academic Ranking of World Universities', dan malangnya, tidak satu pun universiti dari majoritinya muslim berada dalam kelompok 500 terbaik.

Mwngikut data yang diperolehi daripada UNDP, kadar celik huruf negara kristian hampir 90% and 15% negara kristian celik huruf 100%. Berbeza dengan negara Islam yang purata celik huruf hanya 40% tiada yang 100% celik huruf. 98% rakyat negara kristian tamat sekolah rendah (40% ke university) sementara kurang daripada 50% rakyat negara Islam tamat sekolah rendah (2% ke university).

Negara Islam mempunyai 230 saintis daripada 1 juta Muslim. US mempunyai 4,000 saintis per sejuta and Jepun mempunyai 5,000 per sejuta. Di rantau Arab, jumlah penyelidik sepenuh masa adalah 35,000 and hanya 50 juruteknik per sejuta orang Arab (di negara kristian mereka ada sehingga 1,000 juruteknik persejuta). Tambahan lagi, negara Islam memperuntukkan 0.2% daripada GDP untuk penyelidikan dan pembangunan, sementara negara kristian memperuntukkan 5% daripada GDP mereka.

Kesimpulan: Umat Islam kurang berkemampuan untuk menghasilkan pengetahuan.

Penunjuk sesebuah negara mengamalkan budaya ilmu ada dua; akhbar harian per 1,000 orang dan jumlah judul buku per sejuta orang. Di Pakistan, terdapat 23 akhbar harian per 1,000 orang sementara di Singapora 360 per 1,000 orang. Jumlah judul buku untuk setiap sejuta orang; di UK 2,000 sementara di Mesir hanya 20.

Kesimpulan: Umat Islam gagal menyebarkan membudayakan.
Penunjuk lain untuk aplikasi ilmu adalah peratus ekspot produk teknologi tinggi daripada jumlah keseluruhan ekspot. Pakistan 1%; Arab Saudi 0.3%; Kuwait, Morocco dan Algeria 0.3%; sementara Singapura 58%.

Kesimpulan: Umat Islam gagal untuk aplikasi ilmu yang ada.

Mengapa Umat Islam Tidak Hebat? Kerana tidak/gagal menghasilkan pengetahuan.
Mengapa Umat Islam Tidak Hebat? Kerana tidak/gagal menyebarkan ilmu.
Mengapa Umat Islam Tidak Hebat? Kerana tidak/gagal aplikasi ilmu yang ada.

Masa depan milik masyarakat yang mementingkan ilmu.

Menariknya, jumlah keseluruhan GDP 57 negara OIC kurang $2 trillion; Amerika $12 trillion; China $8 trillion; Japan $3.8 trillion dan Jerman $2.4 trillion.

Negara yang kaya dengan minyak seperti Arab Saudi, UAE, Kuwait Qatar secara terkumpul menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai $500 billion, Sepanyol $1 trillion, Poland $489 billion dan Thailand $545 billion.

Jadi, mengapa umat Islam tidak hebat? Jawapannya kurang pengetahuan.

Wallahualam.

Saya tertarik dengan artikel dari blog Perkongsian Maklumat tentang mengapa orang Yahudi pandai-pandai belaka. Jadi saya pun mendapat idea untuk posting artikel-artikel berkaitan kaum Yahudi ini. Ini penting sebagai peringatan & kesedaran kepada umat Islam di manakah kedudukan kita sekarang. Kita perlu menangkis dakyah puak Yahudi ini supaya kita tidak dikuasai oleh mereka. Saya juga menyeru dan mengajak para blogger semua untuk memberi penerangan kepada semua pembaca blog di blog masing-masing tentang kaum Yahudi ini yang sebenarnya. Pada postingan kali ini saya berkongsi bersama pembaca semua tentang asal-usul kaum Yahudi:


Asal-usul kaum yang laknat


Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi. Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani Israel.


Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identiti mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948. Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.


Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang mesti dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka telah dengan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara. Negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain.


Yahudi tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu taraf kedudukan yang paling hina sekali. Semasa kebangkitan agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam zaman Perang Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi yang telah dibunuh. Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I, iaitu Raja England ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England. Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV dalam tahun 1394.


Dalam abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil 'Black Death', pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja. Sepanyol menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka dalam tahun 1494. Portugal pula berbuat demikian dalam tahun 1497. Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang sangat bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan harta mereka dimusnahkan.


Selepas tahun 1650, satu era baru muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak Protestan. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu. Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis. Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, Napoleon I telah membantah keras dasar itu. Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang berlawanan. Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di Eropah Barat satu ketika dahulu.


Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772 hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu. Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai 'pogrom', iaitu pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II.


Kemudian dalam tahun 1903 dan tahun 1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600 buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara harta benda mereka serta rumah-rumah mereka dibakar. Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun 1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara sistematik dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman sebagai 'penyelesaian terakhir kepada masalah orang-orang Yahudi'.

PELAJAR 4EA SMKTPG MENINGGAL DUNIA

Posted by CIKGU KHAI Januari 28, 2009 1 comments

Saya baru mendapat berita daripada Blog Cikgu Ruzi sebentar tadi. Berita yang memeranjatkan saya iaitu seorang pelajar kelas saya iaitu:

Wan Muhammad Farhan Bin Wan Azman (4EA)

telah kembali kerahmatullah pada 12.30 tengah malam tadi ketika sedang tidur. 'Post mortem' doktor menunjukkan beliau ada masalah jantung. Menurut keluarganya sebelum ini beliau sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda sakit. Jenazahnya baru sahaja selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg Jenjarom. Alfatihah buat alllahyarham.

Saya belum mengenali arwah disebabkan baru 2 minggu sesi persekolahan bermua. Tambahan pula pelajar kelas 4EA berjumlah 43 orang. Kita sama-sama berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan di ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah...............

Be My ValentineBe My Valentine, Valentine Blogger template for your blogspot blog !

Download .XML Template Here

New Blogger Template: Red Hearts

Posted by CIKGU KHAI Januari 27, 2009 0 comments


  1. Login to New Blogger with your Google account.
  2. On your Dashboard choose blog you want to edit, Click on Layout, you’ll go direct to Template tab where blog you want to Edit.
  3. Choose the Template tab of your blog then click on Edit HTML.
  4. Next scroll down to the end of your page and choose Revert to Classic Template.
  5. Copy all the code of the template you wish and paste it into your blog.
  6. Click on SAVE TEMPLATE and you are done!.

Free Blogger Templates on New Blogger




Saya mengucapkan
Selamat Tahun Baru Cina/ Gong Xi Fa Cai
kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada kaum Cina.
Kita berharap Tahun Lembu ini akan membawa keamanan dan keadilan kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kedatangan tahun baru ini juga akan menguatkan lagi azam semua pihak untuk berusaha ke arah mengeratkan hubungan antara kaum di negara yang kita cintai ini.

3 Column New Blogger Template: Bloggerized Adsense

Posted by CIKGU KHAI Januari 24, 2009 0 comments

3 Column New Blogger TemplateDownload Here


Notes: You can use your own picture as header image. Image Size: Width: 870px, Height: 180px

KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN MERENTAS DESA 2009

Posted by CIKGU KHAI Januari 23, 2009 1 comments

Kejohanan Merentas Desa SMKTPG untuk sesi persekolahan tahun 2009 telah diadakan pada hari Sabtu, 17 Januari 2009. Setelah menjalani latihan selama 2 hari; iaitu pada hari Isnin 12 Jan 2009 dan Rabu 14 Jan 2009. Kedudukan rumah sukan secara keseluruhan adalah seperti berikut :

1st: Rumah Kuning

2nd : Rumah Merah

3rd : Rumah Hijau

4th : Rumah Biru

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan Rumah Kuning yang mengungguli Kejohanan Merentas Desa SMKTPG pada tahun ini.

#bangga juge rumah merah ke-2. HIDUP RUMAH MERAH


GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA STPM

Posted by CIKGU KHAI Januari 21, 2009 1 comments

PEMBENTANGAN TINGKATAN 6 ATAS

TAJUK:
PEMBANGUNAN EKONOMI & IMPAK ALAM SEKITAR; SEKTOR EKONOMI PRIMER


MENGAPA TAK UPDATE BLOG?

Posted by CIKGU KHAI 3 comments

Kebelakangan ini saya lihat blogger-blogger SMKTPG macam dah slow sikit update blog. Mungkin sibuk dengan tugasan seharian. Banyak perkara yang perlu disettelkan pada awal tahun ni. Saya dapat juga la meluangkan sedikit masa untuk membuat postingan walaupun pendek. Takut nanti BLOGGER.COM block kita punya blog pulak sebab tak aktif. Kepada rakan-rakan semua. teruskanlah berblogging.............

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKTPG 2009

Posted by CIKGU KHAI Januari 17, 2009 0 comments


Pelajar-pelajar mendengar taklimat dan bersiap-sedia untuk berlari


Saya bertugas di kantin. Jaga air minuman untuk Rumah Merah..


Pelajar mengambil air minuman


Dahaga betul.................


Upacara pemyampaian hadiah di Dataran Panglima.
Rumah Kuning Muncul juara keseluruhan


Pelajar sanggup berpanas. Syabas......


Gembira betul bila peserta rumah masing-masing diisytiharkan menang.
Yang kalah bersorak gak. Biar menang sorak. ......

TIPS SUPAYA BLOG LEBIH MENARIK?

Posted by CIKGU KHAI Januari 16, 2009 0 comments

Menulis blog kini menjadi satu “aktiviti” yang sangat popular pada masa kini, sama ada ia bertujuan untuk perniagaan mahupun untuk peribadi. Satu perkara yang seringkali menjadi matlamat bagi seorang penulis blog, ialah, “memiliki bilangan pembaca seramai mungkin”. Beribu-ribu pembaca, bermakna beribu-ribu wang boleh dihasilkan.Berikut adalah 5 tips untuk menghasilkan blog yang cemerlang :
1. Tentukan topik blog anda.
Pilihlah sesuatu topik yang khusus untuk blog anda, anda boleh memilih topik berdasarkan minat anda atau pun pekerjaan anda. Anda biasanya akan mempunyai ilmu yang banyak pada sesuatu yang anda minati ataupun pada sesuatu yang anda lakukan setiap hari.Ini akan memudahkan anda untuk menulis dan mengurangkan sindrom kehabisan idea.
2. Tulis blog anda seperti anda sedang berbual dengan rakan anda.
Blog sebenarnya adalah suatu bentuk komunikasi santai. Tulislah blog anda seperti anda menulis surat kepada rakan anda. Elakkan penggunaan ayat yang terlalu panjang, serta tulis ia seperti anda “bercakap”, jangan terlalu formal , walaupun ia blog perniagaan!.
3. Tentukan berapa kerap anda menulis.
Blog yang kerap di kemaskinikan, biasanya akan mendapat lebih ramai pembaca. Oleh itu, lebih kerap anda mengemaskinikan blog anda, maka ianya lebih bagus!. Buat sedikit jadual dan cuba ikutinya.
4. Bantu pembaca anda!
INternet adalah sebuah gedung maklumat yang luas, namun begitu, anda masih boleh mendapatkan pembaca yang setia di blog anda jika anda banyak memberikan maklumat yang berguna. Tapi awas, pastikan maklumat itu tidak terkeluar dari topik yang telah anda pilih untuk blog anda. Maksudnya, jika blog anda dalah mengenai kucing, jangan pula menulis post mengenai kereta. Ia akan mengecewakan pembaca-pembaca setia anda.
5. Anggap blog anda sebagai tempat perbincangan - galakkan pembaca anda memberikan komen.
Bagi seseorang pembaca yang baru sampai ke blog anda, kadang-kadang, nereka berasa agak malu untuk memberikan komen. Oleh itu, mungkin anda boleh memberikan mereka galakkan dengan bertanya soalan atau meminta pendapat mereka mengenai tulisan anda di penghujung post.

NEW BLOG

Posted by CIKGU KHAI Januari 13, 2009 0 comments

GAZA 2008 ISRAEL ATTACK

Posted by CIKGU KHAI Januari 11, 2009 6 comments

SAKSIKANLAH KEGANASAN ISRAEL. AMERIKA HIPOKRIT YANG MEMBENARKAN KEGANASAN ALA ISRAEL



BOIKOT BARANGAN/PRODUK USA & ISRAEL

Posted by CIKGU KHAI Januari 10, 2009 7 comments

Mengikut maklumat produk-produk ini adalah milik/penyokong Yahudi

PRODUK-PRODUK LAIN LIHAT DI SINI

Tindak kebiadaban Israel di bumi Palestin telah mendapat berbagai respons dari kalangan umat Islam, termasuk ulama-ulama Islam. Tokoh-tokoh Islam, seperti Syaikh Dr. Muhammad Sayyid Thanthawi, Syaikhul Azhar, yang selama ini dalam setiap pernyataannya, kini lebih tegas lagi akan kemestian memerangi musuh-musuh Islam, "Apabila kamu tidak mampu memerangi mereka (musuh-musuh Islam, Israel dan Amerika Serikat) dengan senjata, maka cukuplah melawan dengan memboikot barang-barang dan produk-produk mereka."

Banyak tokoh Islam dunia yang menyokong kemestian pemboikotan barang-barang dan produk-produk Israel dan Amerika, bahkan mengeluarkan fatwa untuk merespon tindak kejahatan yang mereka lakukan di bumi Palestin. Mereka adalah Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Satar Fathullah Said (Dosen Syariah Universitas Al Azhar), Dr. Naser Farid Wasil (mantan Mufti Mesir), Dr. Muhammad Imarah (Pemikir Muslim Dunia), Dr. Abdul Hamid Ghazali (pakar ekonomi dan politik Islam) dan lain-lain. Berikut ini fatwa yang ditanda tangani tidak kurang dari 70 ulama Sudan dan negara-negara Islam lainnya, seputar wajibnya memboikot barang-barang dan produk-produk Imperialis Israel dan Amerika Serikat.

Fatwa:
Wajib Memboikot Barang-barang dan Produk-produk Amerika dan Israel
Segala puji bagi Allah yang telah mewajibkan hamba-hamba-Nya memerangi orang-orang kafir dengan jiwa dan hartanya. Allah telah memberikan kabar gembira kepada mereka kemenangan dan kemuliaan, Dia berfirman,

Perangilah mereka, niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman. (Qs. At Taubah, 9: 14).

Shalawat dan salam semoga tercurahkan kepada Rasulullah SAW yang telah bersabda, "Perangilah orang-orang musyrik itu dengan harta, jiwa dan lisan kalian." Shalawat dan salam juga semoga tercurah kepada keluarga dan para sahabatnya.


Sumber:http://ulwani.tripod.com/boikot_yahudi.htm




HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2009

Posted by CIKGU KHAI Januari 03, 2009 27 comments

Hari ISNIN (5 Januari) merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2009. Kepada rakan-rakan guru khasnya guru-guru SMKTPG, selamat bertugas. Kepada pelajar-pelajar pula selamat menempuh alam pembelajaran. Setelah sekian lama bercuti mungkin para guru dan pelajar yang dah tak sabar nak ke sekolah untuk berjumpa dengan rakan-rakan...

HAPPY NEW YEAR 2009

Posted by CIKGU KHAI Januari 01, 2009 0 comments

SEBAHAGIAN daripada warga kota meraikan detik sambutan
Tahun Baru 2009 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi


SELAMAT TAHUN BARU 2009

SEMOGA TAHUN BARU MEMBAWA HARAPAN BARU
YANG LEBIH INDAH

Related Posts with Thumbnails


















NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER

IKLAN DI SINI Hanya RM10/bulan!!! Click here










NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting untuk semua!











IKLAN DI SINI Hanya RM10/bulan!!! Click here

Twitter

Follow by Email