Masuk ari ni dah 5 hari semua rakan guru bercuti. Tapi ada jugak yang terpaksa ke sekolah. Ada yang terlibat dengan perkhemahan Ko Kurikulum. Ada terlibat dengan perkembangan staf dan ada juga yang menanda kertas. Maklum la baru je lepas Peperiksaan Pertangahan Tahun (PPT). Kepada rakan-rakan yang dah berehar kat kampung tu diucapkan SELAMAT BERISTIREHAT la. Tapi sebenarnya kalau bercuti kat kampung tu penat jugak. Kena drive long distance penat gilerr. Tambahan lagi poket pun tengah penat. Saya pulak terpaksa dok kat rumah. Cuti pun takde makna. Wife saya kerja. Hari khamis baru start cuti. Baru la dapat balik kampung. Dah lama tak balik ke kampung Pasir Sia, Jerantut. Rindu gak rasa. Ye la, kampung halaman. Rindu nak rasa masakan mak tercinta. Gulai tempoyak, sambal tempoyak, ulam ulaman seperti petai, ulam raja, jering, dan banyak lagi. Ok la nampaknya setakat tu jela wat kali ni. Dah lama posting. InsyaAllah jumpa lgi di postingan akan datang.Wassalam......
-
0 comments