Termasuk hari ni dah 2 kali saya pergi ke Pasar Malam di Presint 2, Putrajaya. Dulu rasa malas nak pergi memikirkan tempat parking yang terhad. Tetapi tanggapan saya meleset sebab parkingnya jangan la risau. Takde problem... Banyak....Gerai-gerai jualannya sangatlah banyak. Bermacam-macam barangan daripada barang dapur, pakaian, makanan, minuman, dan sebagainya. Kereta pun turut dijual.
Peniaga-peniaga agak sistematik dengan memakai t-shirt seragam. Kiranya kalau diberi 5 bintang saya bagi 4 la. Saya syorkan anda semua datang la ke pasar malam putrajaya Presint 2. Ianya terletak berhampiran dengan pejabat kerajaan. Kalau anda tahu Masjid Putra maknanya anda dah dekat dengan pasar malam tersebut. Selamat datang.
HARI : SELASA & JUMAAT
(setiap minggu)
la....baru 2 kali ke???
hehehehehe.....
oii ambik gambar amoi ke???? hahahah