Pada hari ini merupakan hari bertuah buat saya dan isteri saya kerana menyambut kelahiran cahaya mata kami. Suspen juga tapi Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan selamat walaupun kelahiran baby menggunakan kaedah bantuan forcep. Kalau ikut tarikh due nya ialah 10 hb ni tapi baby dah tak sabar nak melihat dunia. Bagus juga sebab saya tengok isteri saya pun dah tak larat nampaknya. Berikut adalah sedikit profail tentang baby:
Nama: DAMIA ............ (not sure) #sila beri cadangan
Jantina: Baby Girl
Tarikh: 3 Februari 2009 (Selasa)
Tempat Lahir: Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bangi, Selangor
Berat: 2.8 KG
Jantina: Baby Girl
Tarikh: 3 Februari 2009 (Selasa)
Tempat Lahir: Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bangi, Selangor
Berat: 2.8 KG
Pada malam ni kami bermalam di Az Zahrah, InsyaAllah esok kami akan pulang. Saya akan siarkan lagi foto yang sempat saya rakamkan dalam entri yang akan datang. Dan InsyaAllah saya akan buat blog khusus untuk baby saya. Cadangan nama blog tersebut ialah "Baby Mia"..
TAHNIAH cikgu n isteri!!
berseri la lagi rumah cikgu pas ni..
why not:
iman damia @ nur iman damia... haha... TAHNIAH sekali lagi!
TAHNIAH DIN, AKU TUMPANG GEMBIRA.
salam...
tahniah din n isteri...
semoga bergembira dgn kelahiran cahaya mata baru, dan mudah2an anak ini akan menjadi khalifah yg solehah...nanti bole main dgn husna sama2 ye ;)
Tahniah utk Din & isteri kerana mendapat permata hati pertama.
tahniah... comelnye baby mia... bertambah lagi umat islam di muka bumi ni... Harap dapat menambah lagi ye... he,he,he
tahniah ckg...
kirim salam kat baby ye..
:D;D
Tahniah buat saudara., ni baby yang ke berapa?
Yang pertama. Slow skit....
damia ... (yg warak)utk nama perempuan
damia arifah ( warak yang terkenal )
plan nama utk anak aku klu perempuan
just cadangan :D
Congrats!!! Semoga Baby Mia n Mamma Mia sihat.
Kalau letak Damya Hana.. jadik nama cam penulis novel la pulak! ;)
Salam balas ziarah...
Tahniah dapat baby Mia,
blog cikgu menarik n unik...
dah dapat nama sesuai? pe kata damia az zahra! cute kan!