JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jambatan bergoyang sebelum kami tercampak: Mangsa

Posted by CIKGU KHAI Oktober 27, 2009

GOPENG: "Jambatan bergoyang-goyang kerana ada murid yang melompat dan bermain ketika kami melintas," kata seorang murid yang terselamat K Mathivanan, 12 menceritakan saat jambatan gantung yang runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang.

Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.

Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.


"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lalu bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.

Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

"Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.

Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid.

Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.

Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.

Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu.

Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lalu.

Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya.

Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter.

Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam. - Bernama

0 comments

Catat Ulasan

ULASAN ANDA AMAT BERNILAI. BERIKAN ULASAN YANG MEMBINA. TERIMA KASIH.

Related Posts with Thumbnails


















NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER

IKLAN DI SINI Hanya RM10/bulan!!! Click here










NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting untuk semua!











IKLAN DI SINI Hanya RM10/bulan!!! Click here

Twitter

Follow by Email