JOM IKLAN DI SINI
Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

WELCOME!

WELCOME!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TRAGEDI JAMBATAN RUNTUH DI SK KUALA DIPANG

Posted by CIKGU KHAI Oktober 27, 2009


BAGAIMANA JAMBATAN GANTUNG YANG BARU SEBULAN DIBINA BOLEH RUNTUH?

DR. ZAMBRY SEDANG MENINJAU KERJA-KERJA MENYELAMAT DI TEBING SUNGAI KAMPAR

TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG yang baru dibina runtuh di Kem berhampiran SK Kuala Dipang dekat Kampar amat menyedihkan kerana 22 pelajar terjatuh ke dalam Sungai Kampar dan dihanyutkan air deras. Sehingga jam 3.30 pagi ini, tidak ada tanda pelajar-pelajar Tahun 5 dan 6 yang sedang mengikuti Kem 1Malaysia itu ditemui.

Kejadian berlaku pada jam 10.40 malam tadi ketika pelajar-pelajar berkenaan menyeberang jambatan berkenaan untuk minum malam di SK Kuala Dipang yang terletak di seberang sungai tempat mereka mengadakan perkhemahan.

Ketika jambatan itu runtuh, seramai kira-kira 30 pelajar sedang berada di atas jambatan gantung itu, dan kesemuanya terhumban ke sungai. Hanya 7 pelajar yang terselamat sebaik kejadian kerana sempat berpaut di kabel jambatan, dan juga diselamatkan oleh guru dan petugas.

Tiang binaan di sebelah SK Kuala Dipang terbongkah yang menjadi punca jambatan itu runtuh, sementara binaan di sebelah kawasan perkhemahan masih kukuh.

Seramai 298 pelajar dari 60 buah sekolah kebangsaan sekitar Daerah Kinta Selatan mengambil bahagian dalam perkhemahan itu.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bergegas ke tempat kejadian dan menamatkan mesyuarat persiapan Sidang DUN Perak di kediamannya lebih awal. Beliau meninjau tempat kejadian dan mendapatkan laporan dari pihak polis, bomba dan pengendali perkhemahan.

Seramai lebih 100 anggota dari Pasukan Polis PGA dan Bomba berusaha keras untuk mencari mangsa.

Turut hadir dalam lawatan itu Timbalan Menteri yang juga Ahli Parlimen Tapah, Dato’ Saravanan, ADUN Chenderiang yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Adun Air Kuning yang juga Ketua Umno Bahagian Tapah, Dato’ Shamsuddin Abu Hassan, Ketua Umno Bahagian Kampar, Dato’ Radhi Manan, Exco Wanita yang juga Adun Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman, Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Dato’ Zainal Abidin Omar dan beberapa yang lain.

Di akhir lawatannya, Dr. Zambry yang kelihatan muram di sepanjang lawatannya itu, melahirkan rasa amat sedih dengan kejadian berkenaan dan telah mengarahkan supaya pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan jabatan-jabatan berkaitan membuat siasatan segera mengenai punca jambatan itu boleh runtuh. Beliau menyatakan rasa simpati kepada ibubapa di mana anak mereka terlibat dalam tragedi malang itu.

Kepada ibubapa yang anaknya masih dicari, saya melahirkan rasa simpati yang amat sangat. Terbayang wajah anak-anak saya di rumah. Semoga mereka selamat dan dapat dijumpai. InsyaAllah.

DR. ZAMBRY MENDENGAR TAKLIMAT TRAGEDI

DR. ZAMBRY MENDENGAR TAKLIMAT DARI PEGAWAI POLIS DAERAH

KERJA-KERJA MENCARI MANGSA DILAKUKAN LEBIH 100 ANGGOTA POLIS PGA DAN BOMBA

DR. ZAMBRY BERTEMU PELAJAR YANG BERKHEMAH

MB DAN SALAH SEORANG PELAJAR YANG TERSELAMAT

SALAH SEORANG DARI 7 PELAJAR YANG TERSELAMAT SETELAH TERHUMBAN KE SUNGAI

MB MENJAWAN SOALAN WARTAWAN DI TEMPAT TRAGEDI

DR. ZAMBRY MENDAPAT LAPORAN PIHAK BOMBA

SEBAHAGIAN PELAJAR YANG MENYERTAI KEM 1MALAYSIA DIBERIKAN TAKLIMAT OLEH GURU BERTUGAS

SEBAHAGIAN PELAJAR YANG MENYERTAI KEM

SEBAHAGIAN PELAJAR YANG MENYERTAI KEM

MB MELAWAT PELAJAR DI KEM

MB MELIHAT JACKET KESELAMATAN YANG TERDAPAT DI KEM ITU

SEBAHAGIAN WARTAWAN DAN JURUGAMBAR

PEMANTAUAN KERJA-KERJA MENCARI DAN MENYELAMAT

BINAAN JAMBATAN DI SEBELAH TEMPAT PERKHEMAHAN

Dipetik dari blog YB Ahmad Khusairi

2 comments

  1. Salam, sayunya hati bila baca berita nie. semoga Allah permudahkan segalanya.

     
  2. Tanpa Nama Says:
  3. Salam,saya adalah antara mangsa yg trselamat di kem trsebut.Ada beberapa perkara yg ingin yg sya britahu.Sbenarnya lebih krang 50 orng murid di atas jmbatan ketika ingin mnyeberang ttpi bnyak yg brjaya mlarikan diri drpd terhumban ke dlam sungai.Tetapi,22 orng murid yg terhumban kedlam sungai krana tidak smpat mlarikan diri.Namun yg terselmat cuma 19 orang mnakala 3 lgi murid hanyut oleh air deras.Maaf kalau sya ada mnyinggung hati atau perasaan.

     

Catat Ulasan

ULASAN ANDA AMAT BERNILAI. BERIKAN ULASAN YANG MEMBINA. TERIMA KASIH.

Related Posts with Thumbnails


















NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!











Web hosting



JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI

Translate

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Recent Post

Jom join Blog Cikgu Khai.....

YOUR MESSAGE HERE

IKLAN BANNER

IKLAN DI SINI Hanya RM10/bulan!!! Click here










NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting untuk semua!











IKLAN DI SINI Hanya RM10/bulan!!! Click here

Twitter

Follow by Email